HAYYAN merenung tak berkedip melihat mesej yang baru sahaja diterimanya sepuluh minit yang lepas.
Yannis
Jangan lupa weekend ni kita balik Kedah.Hayyan mengetuk-ngetuk permukaan peha. Televisyen yang masih bernyala di hadapan langsung tak menarik perhatian dia.
Dah tiga hari berlalu sejak pertemuan antara Hayyan dan Yannis di restoran dulu. Hayyan buntu. Dia tak tahu macam mana nak beritahu Dato Mikhael dan Datin Jasmine tentang 'perkara' yang satu itu.
Tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba je Hayyan nak bertunang. Mahu luruh jantung Dato Mikhael dan Datin Jasmine nanti.
"Abang!" sergah Hanis, adik Hayyan.
Bahu Hayyan terjungkit ke atas. Dia terkejut. Mencerlung tajam mata dia perhatikan Hanis yang duduk di sebelah.
"Hanis dah kenapa tiba-tiba sergah along? Dah lama hidup ke?"
Hanis buat tak endah dengan kata sinis daripada Hayyan.
"Jauh abang termenung. Abang teringatkan siapa?" tanya Hanis.
Muka Hayyan yang tadi berkerut bengis mula reda. Dia beriak biasa.
"Tak ada fikirkan siapa-siapa," dalih Hayyan.
"Tipu!"
"Abang banyak lagi kerja nak buat. Tak ada masa nak kelentong Hanis, lah!" Hayyan bela diri.
Hanis juih mulut ke arah telefon Hayyan. Bukan dia tak nampak mesej yang baru diterima oleh Hayyan.
"Siapa 'Perempuan Gila' yang abang mesej tu?"
Seperti peluru, Hanis terus bertanya tanpa berkias.
Kasar Hayyan menelan air liur. 'Perempuan Gila' yang Hanis maksudkan ialah Yannis. Sengaja dia simpan nombor Yannis dengan nama tersebut.
"Tak payah sibuk lah!" Hayyan pura-pura marah.
Hanis mengesot ke arah Hayyan. Bersentuh bahu dia dan bahu Hayyan. Kening dijongket berkali-kali. Dia senyum senget.
"Girlfriend baru abang ke?" siasat Hanis.
Pap! Dahi jendul Hanis dijentik kuat.
"Abang... Sakit lah dahi Hanis!" ringis Hanis. Digosok dahi dia yang berdenyut.
"Siapa suruh Hanis merepek malam-malam ni?"
Hanis berdecit. "Mana ada Hanis merepek. Hanis nampak lah mesej abang dengan Perempuan Gila tu."
Hayyan buat tak layan dengan decitan Hanis. Mesej daripada Yannis dibalas sepatah.
"Kenapa dengan hujung minggu ni?" Sibuk Hanis bertanya.
Hayyan mendengus kasar. Adik siapa lah busybody sangat ni.
"Mind your own business, Hanis."
Usai berkata begitu, Hayyan bingkas bangun. Diatur langkah untuk naik ke bilik tidurnya. Malas dia nak menjawab soalan-soalan yang bakal diajukan oleh Hanis.
"Kepoh macam paparazzi," gerutu Hayyan.
-------
"MUMMY... Daddy..." panggil Hayyan.
Selepas diambil kira semua faktor, pagi itu, Hayyan putuskan untuk memberitahu Dato Mikhael dan Datin Jasmine tentang rombongan meminang Yannis.
Dato Mikhael dan Datin Jasmine mengangkat muka. Mereka memandang antara satu sama lain sebelum mata terpasak pada Hayyan.
YOU ARE READING
Status Hati: Complete!
Storie d'amore[SECOND ROMANCE BY HELLAFRO] Abad ke-21 ni wujud lagi ke istilah perigi cari timba? Perempuan meminang lelaki? Available lagi ke istilah tu? Atau sudah hanyut? Tapi kisah apa YANNIS MIKAYLA kalau istilah itu dikatakan kuno. Yang penting hati dan p...