"YANG kau ni basah satu badan dah kenapa? Nak kata hujan, tak ada pula aku dengar bunyi hujan," tegur Diya yang sedang menjamah maggi di meja makan.
Yannis melangkah mendekati Diya. Kerusi di hadapan Diya ditarik lalu punggung dihenyak kasar.
Berkerut dahi Diya. Amboi, penat betul gayanya tu!
Diya jatuhkan sudu ke dalam mangkuk. Ditompang dagu dengan tangan sambil memandang Yannis yang masam mencuka.
"Cuba cerita dekat aku, apa yang jadi tadi? Aku nampak kau hempas-hempas pintu kereta Hayyan. Kenapa ni, Yannis?" tanya Diya lembut.
Ternganga kecil mulut Yannis. Didekatkan muka beberapa inci ke depan muka Diya.
"Kau nampak?"
Soalan Diya, Yannis balas dengan soalan juga. Diya tayang sengih.
"Aku nampak. Aku tengah call mak aku sambil tengok langit malam tadi. Lepas tu aku terdengar bunyi benda terlempas. Tu yang aku boleh nampak kau hempas pintu kereta Hayyan tu," cerita Diya.
Yannis mengeluh lagi. Disembamkan muka ke atas meja.
Bahu Yannis diusap. Diya dengar keluhan kasar Yannis.
"Kau kenapa ni, Yannis? Murung semacam je aku tengok."
Kalau tadi Yannis jatuhkan muka ke meja makan, sekarang Yannis dah bersandar malas di kerusi.
"Hayyan tu lah," adu Yannis.
Sebal hati Yannis apabila teringatkan kata-kata sinis Hayyan semasa di luar rumah tadi.
Hayyan memang tak pernah fikir perasaan orang. Ikut sedap mulut dia je herdik-herdik orang.
"Kenapa dengan Hayyan? Apa yang dia dah buat pada kau? Beritahu aku. Biar aku lunyai-lunyai muka dia yang kacak tu," balas Diya dengan aksi menenyeh.
Bersinar mata Yannis memandang Diya. Wah, ada geng nak pukul Hayyan!
"Betul ni kau nak lunyai-lunyaikan muka Hayyan tu?" tanya Yannis teruja.
Dengan dahi berlapis, Diya menjawab.
"Yalah. Yang kau excited sangat ni dah kenapa?"
Tadi bukan main murung lagi Yannis. Sekarang, boleh pula Yannis teruja. Pelik.
"Hayyan tu lah... Boleh pula dia simbah air dekat muka aku ni. Habis basah lencun tudung aku," adu Yannis geram.
Satu saat.
Dua saat.
Tiga saat.
Tawa Diya bergema.
"Hayyan... simbah kau? Ahahahahaha," soal Diya berselang tawa. Sungguh, lawak betul cerita Yannis ni!
Yannis pandang muka Diya dengan muka yang tertanya-tanya. Sirna terus rasa teruja yang bertapak tadi.
"Kau dah kenapa tiba-tiba gelak? Tak siuman ke?"
Diya gelak lagi. Sedaya upaya dia cuba untuk menahan diri daripada ketawa. Sakit perut dia sebab gelak banyak sangat.
"Diya... Sampai hati kau gelakkan aku," rajuk Yannis.
Tadi, Diya juga yang cakap nak lunyai-lunyai muka Hayyan. Tiba-tiba, Diya berubah angin pula.
Diya berhenti ketawa. Sebelah tangan memegang perut manakala sebelah tangan lagi diangkat separas dada.
"Okey, okey... Aku tak gelak dah. Tapi, sumpah lawak cerita kau ni!"
Cemberut muka Yannis bertanya. "Apa yang lawak?"
YOU ARE READING
Status Hati: Complete!
Romance[SECOND ROMANCE BY HELLAFRO] Abad ke-21 ni wujud lagi ke istilah perigi cari timba? Perempuan meminang lelaki? Available lagi ke istilah tu? Atau sudah hanyut? Tapi kisah apa YANNIS MIKAYLA kalau istilah itu dikatakan kuno. Yang penting hati dan p...