Arlyn P.O.V
.
.
.
"Kau tak gerak lagi?" Suara Erin kedengaran sebaik keluar dari biliknya. Lengkap berpakaian kerja, beg sandang di belakang badan dan helmet ditangan.
Dia menghampiri aku yang masih sibuk menyediakan sandwich untuk bekal sarapan aku hari ini.
Helmet berwarna putih tersebut dipeluk ke tubuh.
"Tunggu orang." Balas aku, masih fokus menyusun satu persatu sandwich ke dalam bekas segi empat berwarna hijau mint.
"Tunggu orang ke... tunggu girlfriend datang jemput?" Erin tergelak kecil dihujung ayat, mengusik.
Laju aku angkat kepala, dan menjegilkan mata.
"Shh!! Jangan lah cakap kuat-kuat. Nanti dorang dengar." Tegur aku.
Aku sebolehnya tak nak housemate yang lain tahu. Yelah, kita nya dah lah tak rapat mana. Buatnya diorang jenis-jenis yang tak suka relationship yang macam ni. Tak ke naya?
"Okay sorry-sorry." Erin membuat gaya seperti menzip mulut.
"Banyak kau buat sandwich ni. Ada nak jual ke?" Sambung Erin. Anak matanya bergerak-gerak mengikut pergerakan tangan aku.
"Saja buat extra. Untuk bos sekali. Dia request buatkan sarapan." Balas aku tersenyum sendiri. Teringat permintaan bos semasa kami bertelefon semalam. Comel je minta buatkan breakfast.
"Eeee.... senyum-senyum. Ni lah orang tengah angau. Semua benda pun nak sengih sendiri." Cebik Erin.
"Eh, kau pun dulu sama juga okay. Kau ingat aku tak nampak? Ingat aku tak perasan. Calling dengan boyfriend suara gedik-gedik, manja-manja, tapi dekat rumah gelak kalah hantu." Bidas aku laju.
Huh! Apa? Ingat aku yang ayu-ayu macam ni tak reti nak melawan? Tengoklah aku belajar dari siapa? Of course tuan badan yang tengah berdiri di sebelah aku sekarang ni.
Erin memberikan jelingan. Tau pun kalah! Padan muka.
"Dah lah, aku nak merajuk dengan kau." Erin membuat gaya acah-acah merajuk.
"Ni sandwich untuk aku takde ke? Lapar lah pula tengok kau buat. Sedap betul bau."
Aku memuncungkan mulut kearah kepingan roti yang masih didalam plastik.
"Kau buat sendiri. Tinggal letak sayur, inti dia, lepastu makan." Ujar aku.
"Hmmm yelah. Sejak dia ada girlfriend ni, makin kedekut dah dengan aku. Sandwich pun nak berkira." Erin menunduk dan membuat nada sedih.
"Eeee...gedik betul."
Sedas cubitan pada pinggangnya.
"Aaaa... sakitlah makcik."
"Mampus lah Karl kalau hari-hari kena cubitan mak ketam ni. Tak lama lagi lebam-lebam lah badan dia. Nanti aku nak suruh Karl buat cover report siap-siap, tulis dalam tu penderaan fizikal oleh teman wanita."
Aku berpaling kearah Erin sambil bercekak pinggang.
"Nak kena lagi ke?" Aku mengangkat dua jari dan membuat gaya seperti mahu mencubit.
Laju Erin menggeleng dan tersengih.
"Ampun! Ampun!" Dua tangan diangkat seperti memohon maaf.
"Eh, aku gerak dulu lah. Nanti makin jem, tak leh nak cilok-cilok." Erin mengerling jam dinding yang bergantung pada ruang tamu.
Serentak...
Ting!
Tanda notifikasi baru masuk didalam telefon aku. Baru sahaja aku mencapai...
ANDA SEDANG MEMBACA
Ice & Love (GxG) {ONGOING}
RomanceUpdate Rank: #1/635 in GxG (4 August 2025) #2/882 in lgbt (6 April 2025) P/s: maybe bagi korang just a cliche story..tapi try baca dulu. Sebab saya sedaya upaya untuk ubah jalan cerita supaya tak nampak cliche. Even cara pengenalan watak2 utama pun...
