Kami telah mengemas kini Garis Panduan Kandungan kami.
Semak garis panduan terkini untuk terus berkongsi cerita dengan selamat.

IL 31: Tarik Diri

449 30 6
                                        

Author P.O.V
.
.
.
"Lepastu Kak Rina yang jumpa biy dulu dan call ambulans kan?"

Pergerakan tangan Karl yang membilas pinggan, terhenti. Lantas dia menoleh kearah Arlyn yang duduk diatas tabletop, dengan kaki tergantung dari lantai.

Pijama maroon milik Karl yang dipakai Arlyn kelihatan sedikit besar pada tubuh kecilnya.

"Macam mana sayang tau?"

"Kak Rina pernah cerita, cuma dari side dia. Itupun tak sepenuhnya. Sebab tu sayang nak dengar sendiri cerita sebenar dari side biy pula."

"Lagi apa yang sayang dah dengar?"

"Emm...tak banyak pun. Yang sayang tau biy kena tahan wad, dan doktor diagnos biy ada depression dengan anxiety. Sampai situ je yang Kak Rina cerita."

Karl mengangguk faham. "One more, PTSD."

"PTSD?"

"Post Traumatic Stress Disorder . Nak mudah faham, biy ada trauma. Rasa trauma biy yang menyebabkan biy jadi depress dan anxiety."

Karl kembali membilas saki baki sabun pada pinggan di tangan. Pinggan yang digunakan untuk makan malam mereka sebentar tadi.

"Biy trauma pada laut? Kan?" Tanya Arlyn.

Karl angguk.

"Setiap kali biy tengok laut, jantung biy akan berdebar laju. Dengan sendiri biy akan terbayang kejadian malam tu. Hampir setiap malam biy mimpi benda yang sama juga. Masa mula-mula dulu, biy jadi takut nak tidur sebab mimpi-mimpi biy. Biy rasa benda tu real sampai biy boleh sesak nafas."

"Tahap teruknya trauma biy, even gambar laut pun biy tak boleh tengok. Tapi lepas biy jumpa psikiatri dan ikut kaunseling...biy dah boleh kawal sikit anxiety biy. Cuma, kalau gambar laut tu bergerak, lebih - lebih lagi dalam suasana malam contoh macam dalam video atau movie, biy masih susah nak kawal trauma biy. Sebab tu biy akan elak untuk tengok apa sahaja berkaitan laut."

"Biy masih jumpa psikiatri? Masih ambil ubat?"

Karl mengangguk lagi. "Masih. Cuma tak sekerap dulu. Ubat biy sekarang pun untuk makan bila biy perlu je. Tak macam dulu, setiap malam wajib makan tanpa skip."

Siap sahaja, dia mengelap tangan dengan tuala bersih yang memang tersedia berhampiran sinki.

Langkah kaki diatur mendekati Arlyn yang masih duduk menghayunkan kaki seperti kanak-kanak, diatas meja batu bercorak marble tersebut. Khusyuk mendengar cerita Karl.

Karl meletak kedua tangan diatas tabletop, pada kiri dan kanan Arlyn. Seperti mahu mengepung cinta hatinya. Cukup untuk menompang tubuhnya yang dicondongkan sedikit untuk berhadapan dengan Arlyn.

"Hmmm...tak sangka fanatic betul peminat biy yang sorang ni. Pandai betul korek rahsia orang kan? Siap tanya orang dalam." Usik Karl.

Arlyn tersenyum manis. Kedua tangan dikalungkan pada belakang leher Karl. Kini kedudukan mereka berdua lebih hampir. Tiada lagi rasa kekok diantara mereka. Yang tinggal hanya rasa hangat dah kemanisan.

"Mana ada! Kak Rina yang cerita dulu, sayang tak tanya pun. Dah alang-alang dia cerita...kita dengar lah. Tapi apa salahnya korek-korek sikit pasal crush kita. Heeee...." Arlyn tersengih.

"Lagipun masa tu, kita ni berani minat dari jauh je. Dapat crush dalam diam pun dah cukup. Takde langsung angan-angan nak jadi girlfriend biy. Nak dekat-dekat dengan orang tu pun, dia mana sudi nak pandang. Garang pula tu. Takut!" Sambung Arlyn masih menyeringai.

Ice & Love (GxG) {ONGOING}Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang