Karl P.O.V
.
.
.
.
Aku kerling sekilas pada bahagian penumpang di sebelah aku.
Diam.
Dan berpeluk tubuh.
Pandangan matanya tepat menghala ke depan. Seperti tidak terganggu langsung dengan silauan cahaya dari lampu-lampu kereta lain.
Beginilah keadaan kami sejak keluar dari lobi hotel tadi. Tak bercakap, senyap dan rasa dingin. Tak tahu lah sebab aircond atau sebab aura orang di sebelah aku ni agak lain dari biasa.
.
.
.
******
Flashback
.
.
.
"Can't you see I'm talking to her? So rude." Marah Diana seperti jengkel dengan kehadiran Karina dan Arlyn.
Aku dah pandang dia. Beraninya dia berkata kasar seperti itu kepada mereka.
"They are my friends." Beritahu ku tegas.
Diana memandang aku, dengan wajah terkejut. "Really? I ingatkan staf you. Tak nampak macam kawan you pun."
Senang betul dia judge orang...
"Oh ya? Orang macam mana yang sepatutnya nampak macam kawan I ?" Soal aku tidak berpuas hati.
"You know, like us." Ujarnya penuh angkuh.
Aku pandang dia atas bawah. Aku nak berkawan dengan orang yang terang-terang sombong dan kurang ajar macam ni? Dalam mimpi pun jangan harap.
"Anyway, You free tak sekarang? Jom teman I , bar dekat sini quiet famous juga. Kita boleh spend time lama sikit. You dengan I je." Dia kembali memasang senyum menggoda.
Tidak dipedulikan aku yang sedang menahan marah. Tidak diendahkan kehadiran Karina dan Arlyn yang hanya beberapa langkah dari kami.
Semudah tu dia tukar topik. Takde kata maaf langsung yang keluar dari mulutnya.
Membara juga hati bila dia mengata Karina dan Arlyn, tetapi untuk aku berkasar dengannya di tempat umum seperti ini juga bukan pilihan yang tepat. Silap-silap boleh viral.
"Sorry I ada hal. Dah janji dengan diorang nak keluar. Kami pun dah lewat ni, I pergi dulu." Setenang mungkin aku menolak. Malas untuk berlama-lama, nanti tak pasal-pasal marah aku ni meletup.
Selangkah aku menapak, lengan aku ditarik semula dan terus dipaut.
" I nak ikut you all." Nada dia bukan bertanya, tapi lebih kepada ayat penyata.
Sudah~ Nak ikut pula...tadi mengata orang sangat. Ni gedik nak ikut.
"You nak ikut?"
"Yes, supaya I boleh lama-lama dengan you." Dirapatkan tubuhnya ke lengan aku. Tidak mahu lepas.
"You kena tanya kawan I dulu. Kalau diorang okay, I okay je." Tipu aku.
Aku terus pandang Karina. Buat signal mohon bantuan. Aku dah malas nak bersoal jawab dengan perempuan ni.
Orang sebelah dia tu jangan cakaplah, dari tadi pandang Diana macam nak terkam.
" Sure, jomlah. Kami nak singgah pasar malam dekat Jalan Bunga sana tu. You nak ikut, mehlah. Boleh kita lepak makan dekat foodtruck tepi jalan tu sekali. Cendol dengan char Kuew teow sana sedap juga. You pernah makan?"
Karina mereka-reka cerita. Padahal takde pun kami bercadang macam tu.
Langsung berubah wajah Diana.
"Ewwwwww....pasar malam. Tak nak lah ikut. Crowded, tak bersih, bau longkang kuat. Banyak tikus pula tu." Diana membuat muka geli.
ANDA SEDANG MEMBACA
Ice & Love (GxG) {ONGOING}
RomanceUpdate Rank: #1/635 in GxG (4 August 2025) #2/882 in lgbt (6 April 2025) P/s: maybe bagi korang just a cliche story..tapi try baca dulu. Sebab saya sedaya upaya untuk ubah jalan cerita supaya tak nampak cliche. Even cara pengenalan watak2 utama pun...
