Karl P.O.V
.
.
.
.
Aku terjaga bila telefon aku memainkan alarm pagi yang memang telah ditetapkan khas untuk hari-hari cuti. Contohnya, hari ini...hari Ahad.
Dengan mata yang berat dan separuh terbuka, aku cuba mencapai telefon mengikut arah bunyi tersebut. Diatas rak kecil ditepi katil. Dapat sahaja, jari aku terus mematikan alarm.
Aku tengok jam....
8.01 pagi.
"Uh...mengantuknya." Aku membaringkan semula badan. Menelentang diatas katil.
Mata aku terpejam tetapi otak aku mula ligat memproses data-data. Menyusun jadual aktiviti yang sepatutnya dibuat harini.
Finally, hujung minggu yang lapang tanpa kerja.
Sudah berminggu-minggu hari aku padat dengan kerja di pejabat dan aktiviti lain. Masa cuti atau masa free aku penuh dengan interview, photoshoot, join event, bagi talk. Jumpa orang tu, jumpa orang ni.
Tipu kalau kata tak penat.
Tetapi, tiada kerja yang mudah di dunia ni. Kau nak berjaya , kau perlu usaha, konsisten dan sedia berkorban. Tiada duit yang jatuh dari langit dengan tiba-tiba.
.
.
.
'Apa yang mengantuk sangat mata aku ni? Aku buat apa semalam?'
Dah macam pita rakaman otak aku memutar semula kejadian-kejadian semalam.
'Semalam keluar makan dengan Karina, terjumpa minah gedik tu. Arlyn panggil aku biy dan first kiss kami. Sampai rumah jam 2 lebih... sebelum tidur, kami sambung borak pasal dia, life dia....'
'Kami?'
'Arlyn?'
Mata aku serta merta terasa segar. Aku kalih kepala ke sebelah. Kosong.
Yang ada hanya kesan cadar yang sedikit berkedut, bukti memang ada orang yang tidur di sebelah.
Aku apa lagi, terus duduk. Pandang sekeliling bilik. Sama juga kosong.
"Sayang?"
Senyap.
Tiada juga bunyi air dari dalam bilik air. Maknanya dia tiada di situ.
'Takkan dah balik?'
Tanpa berlengah, aku bangun dari katil dan berjalan ke pintu bilik. Buka sahaja pintu, semerbak aroma masakan dari tingkat bawah...dan sedikit bunyi-bunyian pinggan atau apa entah yang tengah berlaga.
Aku melepas nafas lega.
Aku risau dia balik ke rumah sewanya tanpa memberitahu aku dahulu.
Kerana semalam dia memang meminta aku untuk menghantar ke rumahnya, tapi aku seperti biasa...beri ugutan dan alasan sehinggalah dia mengalah dan bersetuju untuk ikut aku balik ke sini.
Sebolehnya aku tak nak Arlyn balik sendiri. Selagi mana aku tak sibuk , aku boleh hantarkan dia balik...aku akan buat. Yang penting dia selamat depan mata aku.
Yakin Arlyn masih berada di bawah, aku memutuskan untuk mengemas katil dan kemudian membersihkan diri.
Setengah jam kemudian, aku siap memakai t-shirt putih berserta sweatpants kelabu. Pakaian santai aku di rumah. Rambut yang sudah aku keringkan menggunakan hairdryer, aku gayakan sedikit agar nampak lebih kemas.
Aku berjalan menuruni tangga dan terus membawa langkah kaki aku ke dapur.
Dia, masih lengkap dengan gaun tidur satin paras peha berwarna pink, dan robe satin dengan warna sama yang talinya diikat pada pinggang. Rambutnya yang panjang berwarna coklat gelap diikat dengan gaya messy bun. Menampakkan lehernya yang jinjang.
ANDA SEDANG MEMBACA
Ice & Love (GxG) {ONGOING}
RomantikaUpdate Rank: #1/635 in GxG (4 August 2025) #2/882 in lgbt (6 April 2025) P/s: maybe bagi korang just a cliche story..tapi try baca dulu. Sebab saya sedaya upaya untuk ubah jalan cerita supaya tak nampak cliche. Even cara pengenalan watak2 utama pun...
