Kami telah mengemas kini Garis Panduan Kandungan kami.
Semak garis panduan terkini untuk terus berkongsi cerita dengan selamat.

IL 27: Lovebirds

489 38 6
                                        


Arlyn P.O.V
.
.
.

Beberapa hari kemudian...

Ting!

Denting notifikasi dari telefon yang tidak jauh dari aku.

Secepat kilat aku capai. Kenapa? Kerana bunyi notifikasi tersebut aku hanya tetapkan khas untuk seorang sahaja.

🤍My Albi🤍
Are u okay?

Aku menaip pantas.

Saya okay😊
Why?

Tanda typing...

🤍My Albi🤍
Xde, saja tnya.
Muka tu jgn stres sngt.

Automatik!

Aku panggung kepala, memandang sekeliling pejabat. Tapi takde pula kelibat dia di mana-mana sudut.

Tengok mana?

Typing...

🤍My Albi🤍
Tulah busy sngt, aku lalu pun tak nak pndg😔
Nmpak mcm aku je rindu dia~

Senyuman aku terukir. Aku tersengih sendiri.

'Eee... comelnya!'

Bagitahu aku sekarang, siapa je yang tak bahagia bila dapat chat macam ni. Lagi-lagi bila kau tengah serabut dengan kerja.

Aku menyentuh satu persatu huruf pada skrin...

Mana ada🥺
Saya tak perasan lah
Miss u too 😘.

Berserta sticker kartun membuat flying kiss.

Ini bukan gedik. Ini memang betul luahan perasaan aku. Tak salah kan kata rindu pada partner sendiri.
.
.
Hubungan kami? Sudah tentu masih rahsia, masih sorok-sorok. Datang kerja bersama, tapi seperti biasa...bos akan turunkan aku di bangunan sebelah dan kami akan datang secara berasingan. Elak dihidu oleh staf lain.

Bila ada masa, kami akan saling menghantar chat-chat ringkas seperti ini. Nampak simple tapi cukup...cukup untuk menaikkan semula mood hari tersebut. Bahagia.
.
.
Typing...

🤍My Albi🤍
Karina ajak dinner skali.
.
.
Oh okay, xpe.
Pergilah, have fun.
Nnti saya balik sendiri😊
.
.
🤍My Albi🤍
Karina ajak kita, baby.
Bukan aku sorang.
.
.

Mata aku langsung membulat.

'Kita? Aku salah baca ke?'

Kita?
Kak Rina tau psl kita?
.
.
🤍My Albi🤍
Tau, aku dah cerita.

Ookay...

Aku ingatkan Erin seorang je yang tahu tahu tentang kami. Rupanya bos pun dah cerita dekat kawan baik dia sendiri.

Tapi tak hairan lah. Kak Karina dah macam ahli keluarga bos. Satu-satunya orang yang bos percaya dari dulu. Dia ada masa susah senang bos. Dia juga doktor kepercayaan bos.

Ice & Love (GxG) {ONGOING}Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang