TOK!
TOK!
Irdina yang sedang menyusun novel novelnya di rak buku yang dibeli oleh Tuan Farhan itu berpaling ke arah pintu biliknya.
Dia bangun dan membuka pintu. Ternaik keningnya tatkala melihat Faiq yang berada di hadapannya kini.
"Kau nak apa datang bilik aku ni Faiq?" Tanya Irdina pelik.
"Esok aku nak kau pakai baju cantik cantik sebab aku nak bawa kau keluar" kata Faiq.
"Tapi aku malas-"
"No excuse. Pukul 10 pagi esok aku tunggu kau dekat luar rumah, jangan lambat" kata Faiq sebelum dia berjalan ke biliknya.
Irdina menepuk dahinya. "Jantan ni memang degil betul. Ada juga yang aku hempuk pakai novel kang baru tau. Hilang ingatan setahun terus" bebel gadis itu sendirian.
Dia berdengus kasar sebelum menutup pintu biliknya dengan perasaan marah.
Faiq yang mendengar semua bebelan Irdina itu tersenyum lucu. "Dia ni kalau marah nampak macam anak kucing tau tak. Tak nampak garang langsung pun aku tengok," katanya.
"Dah kau suka dia memang lah kau cakap macam tu. Kau pun tau kan orang selalu kata cinta itu buta" sampuk Eidlan yang berada di dalam bilik Faiq itu.
"Apa kau rasa lepas dah kahwin dengan Dalia?" Tanya Faiq ingin tahu. Eidlan tersenyum.
"Happy. Rasa bahagia sebab aku berjaya dapatkan perempuan yang aku nak dari dulu" balas Eidlan.
Teringat pula sewaktu mereka tingkatan 1, dia selalu dimarahi oleh Darren kerana mendekati Dalia. Tapi sekarang, dia sudah menjadi suami yang sah kepada gadis itu.
"Kalau kau dah kahwin baru kau akan faham apa yang kami rasa tapi kau kena ingat, tanggungjawab seorang suami ni lagi besar dari tanggungjawab seorang abang" celah Darren yang bersandar di tepi pintu Faiq.
"Betul tu. Sebelum kau nak kahwin, pastikan kau dah bersedia kalau tetiba dia merajuk dengan kau ke apa ke sebab mood perempuan ni kita tak boleh sangka. Kejap ok kejap tak" sokong Eidlan.
Faiq duduk di atas lantai biliknya. "Jadinya, aku kena berusaha untuk dapatkan Irdina macam mana Eidlan berusaha nak dapatkan restu Darren dan macam mana Darren berusaha untuk ambil hati Clara semula?" soalnya.
"Betul! Eh-" kata Eidlan dan Darren serentak sebelum mereka menyedari sesuatu.
"Eh kau ni kan Muhammad Faiq Arslan. Memang nak kena lah" kata Darren. Dia melipat lengan baju kemejanya kerana dia baru saja pulang dari office.
"Entah kau ni. Sejak bila aku berusaha nak dapatkan restu Darren? Restu dia tak perlu pun, aku perlukan restu daddy je" kata Eidlan selamba.
Faiq tertawa. "Alah aku gurau je"
"Tak ada gurau gurau. Sini kau" kedua dua lelaki itu mengejar Faiq di tingkat 2 itu.
"Mummy! Tolong Faiq!" Jerit Faiq. Puan Arsyana menggelengkan kepalanya.
"Macam daddy dia" kata wanita itu di dapur.
To be continue..
YOU ARE READING
MY CUTE WIFE
RomanceHIS SERIES 3 (SPIN OFF HPA: THE TRUTH UNLOCK) Mᴜʜᴀᴍᴍᴀᴅ Fᴀɪϙ Aʀsʟᴀɴ & Tᴇɴɢᴋᴜ Sᴀғɪᴀʜ Iʀᴅɪɴᴀ Muhammad Faiq Arslan, seorang lelaki yang nakal tetapi tegas apabila berada di syarikatnya. Merupakan anak tunggal Muhammad Aisy Farhan dan Arsyana Nur Syazana...