EPILOG

136 5 0
                                    

"Abang..." Panggil Irdina. Dia tersenyum manis saat melihat Faiq yang sedang mencium dahi anak lelaki mereka yang baru saja lahir tadi.

Faiq meletakkan anak lelakinya di tepi sebelum satu kucupan diberikan di dahi isterinya.

"Rehat Andani, abang tahu Dina penat" kata Faiq. Irdina tersenyum nipis sebelum matanya perlahan lahan layu. Dia tertidur di dalam dakapan suaminya.

"Terima kasih banyak banyak sebab sudi lahirkan anak kita. Abang sayangkan Andani abang ni" bisik Faiq perlahan. Dia mengosok lembut kepala Zayyan.

Anak sulungnya itu tertawa kecil tatkala melihat wajah si bapa. Faiq memandang lama wajah polos anaknya.

Seperti tidak menyangka bahawa secepat ini dia akan menjadi seorang ayah.

"Papa..Sayang Zayyan sangat sangat tau" ucapnya lembut.

**

"Weh Faiq, anak kau lelaki ke perempuan?" Tanya Ayden yang baru saja masuk ke dalam wad bersalin Irdina bersama dengan Arden dan yang lain.

Arden menutup wajahnya. Malu. Memang dia tak mengaku yang Ayden ni adik dia, sejak bila ikut perangai bala Ammar entah.

Irdina yang sedang bersandar di kepala katil itu ketawa kecil sambil mendukung Zayyan.

"Muhammad Faiq Arslan, baik kau cakap cepat jantina anak kau. Daddy nak tahu ni" kata Tuan Farhan.

"Bukan adik aku" kata Tuan Arcy dan Tuan Darius serentak.

Faiq mengeluh sebelum mengukir senyuman manis. "Anak lelaki"

Riuh wad itu dengan suara Ammar, Ayden, Iskandar dan Hashr.

"Yeyyy anak lelaki" kata Hashr.

"New assassin coming!" Kata Iskandar.

"Zayyan Faqih in the house daa" Semakin lebar senyuman Faiq saat mendengar nama anaknya.

"Tuan Muda Zayyan Faqih Bin Tuan Muhammad Faiq Arslan? What a nice name" puji Tuan Arcy. Faiq mengangguk.

"Terima kasih uncle Ace" ucap Irdina. Tuan Arcy mengangguk sekilas.

Faiq memandang ke arah Irdina dan Zayyan.

Keluarga kecilnya. Kebahagiaannya.

MY CUTE WIFE Where stories live. Discover now