"Hai Faiq, selamat pagi" sapa Irdina yang baru saja turun dari bilik tidurnya.
"Selamat pag-"
PUFT!
Tersembur air teh panas yang baru saja Faiq minum selepas dia melihat pakaian yang dipakai oleh gadis itu.
Ternganga lelaki itu dibuatnya. Irdina memandangnya hairan. Dia mengambil tempat di hadapan Faiq.
"Kau dah kenapa Faiq? Sampai ternganga mulut tu tengok aku?" Tanya Irdina pelik. Puan Arsyana meletakkan bihun goreng ke dalam pinggan Irdina.
Semakin terkedu Faiq saat melihat senyuman manis Irdina. Jarang jarang dapat melihat senyuman itu.
'I think I'm falling harder for her now' getus hati Faiq.
Dia berdehem membuatkan Irdina mengangkat kepala dan memandangnya.
"Kenapa kau pakai baju macam ni?" soal lelaki itu. Irdina memandang baju yang dia pakai.
"Kenapa? Salah ke? Kau juga yang cakap jangan kasar sangat nanti lelaki tak suka kan so aku ubah la penampilan aku" balas Irdina.
Faiq menepuk dahinya. "Memang lah tapi aku tak suruh kau ubah penampilan kau. Cukup jadi kasar macam dulu. Kalau nak sangat jadi lembut, waktu dengan aku sorang je!" Tegas lelaki itu.
Semakin hairan Irdina. "Kenapa pula?"
"Sebab aku tak nak lelaki lain jatuh cinta dekat kau. Cukup aku sorang je yang tergila gilakan kau. Kau lembut dengan aku je, bukan dengan lelaki lain"
Dia memandang Irdina atas bawah sekali lagi. Cantik sungguh gadis kecil ini.
Dengan baju abaya berwarna biru tua dipadankan dengan tudung bawal labuh berwarna biru muda menambahkan lagi kecantikan Irdina yang semestinya sudah cantik itu.
"Halah kau cemburu cakap je lah" usik Irdina. Faiq mengangguk dengan wajah tanpa riak.
"Memang pun"
Irdina mencebik. Dia bangun dan membawa pinggannya ke dapur sebelum dia kembali semula ke meja makan.
"Aku nak pergi kolej ni. Petang nanti kau ambil aku kan?" Tanya Irdina.
"Haah kau tunggu je dekat kolej tu jangan nak pergi mana mana. Aku sendiri yang akan datang jemput kau" kata Faiq. Irdina tersenyum.
"Baik Tuan Muda, aku pergi dulu ya. Byee" Faiq menghantar pemergian gadis itu dengan hujung matanya.
Terbit rasa tidak sedap hati dalam dirinya namun dia menafikan. Mungkin itu semua adalah permainan setan semata mata.
To be continue..
YOU ARE READING
MY CUTE WIFE
RomanceHIS SERIES 3 (SPIN OFF HPA: THE TRUTH UNLOCK) Mᴜʜᴀᴍᴍᴀᴅ Fᴀɪϙ Aʀsʟᴀɴ & Tᴇɴɢᴋᴜ Sᴀғɪᴀʜ Iʀᴅɪɴᴀ Muhammad Faiq Arslan, seorang lelaki yang nakal tetapi tegas apabila berada di syarikatnya. Merupakan anak tunggal Muhammad Aisy Farhan dan Arsyana Nur Syazana...