"12 tengah malam semalam, Damian dan Ayden jumpa Irdina dekat bawah gaung tu. Alhamdulillah, dia selamat" ujar Darren di dalam panggilan.
Terus terbangun Faiq dari tidurnya, selepas dua hari pencarian mereka baru kali ini dia mendapat berita tentang si gadis.
Dia terus masuk ke dalam bilik air untuk mandi sebelum dia menuju ke TD Hospital.
KLAK!
"Faiq?" Panggil doktor lelaki yang di arahkan untuk mengawasi keadaan Irdina.
Faiq bangun dan mendekati lelaki itu. "Damian, how's Irdina? Is she hurt?" Soalnya risau.
Damian dengan wajah datarnya sama seperti ayahnya hanya menggelengkan kepala.
"Dia ok. Dia hanya cedera dan kekurangan air saja. Jangan risau, aku dah tambahkan air dalam badan dia mungkin lagi dua tiga hari dia akan sedar" jelas doktor muda itu.
Faiq mengucapkan syukur. Senyuman manis terukir di bibirnya.
"Kalau tak ada apa apa lagi dah, aku pergi dulu. Kalau dia bangun atau ada apa apa jadi, kau tekan je butang merah sebelah katil dia" pesan Damian.
Faiq mengangguk faham. Damian terus berjalan ke arah biliknya.
Doktor Muda Damian. Lelaki itu menganti tempat yang dulunya di jaga oleh ayahnya, Tuan Arcy Xaivier Darius.
Tak menunggu lama, Faiq terus masuk ke dalam wad gadis itu. Hanya bunyi mesin pernafasan saja yang kedengaran.
Dia melabuhkan duduknya di atas kerusi yang disediakan. Dia menggengam tangan Irdina yang masih lagi belum sedar.
Teringat akan perbualannya bersama si gadis di halaman rumahnya minggu lalu.
"Irdina, dalam ramai ramai penyanyi dalam Malaysia ni, kau minat siapa?" Tanya Faiq sekadar ingin tahu.
Irdina berfikir lama sebelum menjawab. "Erm insomniacks, kenapa?"
Faiq menggelengkan kepalanya tanda tidak mengapa.
"You know what, Irdina? I'm begging you to 'pulang' then I'll pretend to be 'remiensensi' without you in my life and realise no one could replace you because you're 'sempurna' for me"
Faiq berkata seolah olah dia bersendirian di dalam wad itu. Dia menunduk sambil menahan air matanya.
"I miss you....Andani"
To be continue..
YOU ARE READING
MY CUTE WIFE
RomanceHIS SERIES 3 (SPIN OFF HPA: THE TRUTH UNLOCK) Mᴜʜᴀᴍᴍᴀᴅ Fᴀɪϙ Aʀsʟᴀɴ & Tᴇɴɢᴋᴜ Sᴀғɪᴀʜ Iʀᴅɪɴᴀ Muhammad Faiq Arslan, seorang lelaki yang nakal tetapi tegas apabila berada di syarikatnya. Merupakan anak tunggal Muhammad Aisy Farhan dan Arsyana Nur Syazana...