Irdina menjuihkan bibirnya sebelum mengambil tempat di hadapan lelaki itu. Dia meletakkan surat tadi di atas meja kerja Faiq.
"Apa ni? Sejak bila aku setuju nak kahwin dengan kau?" Tanya Irdina.
"Well memang aku bagi kau masa tapi jawapan yang aku nak tetaplah ya" kata Faiq tenang. Rasa marah Irdina semakin tinggi.
"Aku tak nak!" Bantah Irdina kuat. Faiq memeluk tubuhnya.
"Kenapa kau tak nak kahwin dengan aku sedangkan kau tahu yang kau suka aku selama ni?" soal Faiq mendatar.
"Sebab kita tak pernah sekepala dalam apa apa hal sekalipun. Kita asyik bergaduh je and aku tak ada minat yang sama dengan kau langsung Faiq!" Jelas Irdina.
Faiq mengeluh. Dia mendekatkan dirinya dengan gadis itu.
"Listen here, Irdina. Pada aku, cinta ni bukan lah kerana sekepala tapi untuk saling melengkapi satu sama lain and kita ada semua benda tu" kata Faiq.
"Kau suka makan, aku suka memasak, kau suka matematik, aku suka sains, kau suka membaca, aku suka menulis, kau suka mewarna, aku suka melukis. Ha kan dah melengkapi tu" sambungnya lagi.
Irdina diam. Tak dinafikan apa yang Faiq kata itu semuanya betul.
"Jadi tak ada sebab untuk kau tolak aku kan? So, yeah. Kita akan kahwin minggu depan sehari selepas majlis kahwin Irsyad dan Raisha" Irdina masih lagi diam tidak berputik.
Tak sangka yang secepat ini dia akan menjadi seorang isteri kepada lelaki yang menjadi musuh abadinya.
Faiq bangun dan mendekati gadis itu. "Jangan risau, aku akan jaga kau dengan baik. You have my words, Dina"
Irdina memandang Faiq lama. "Aku sayang kau" dia menunduk malu selepas mengatakan hal itu.
Faiq menunduk untuk memandang wajah cantik gadis itu.
"Aku sayang kau juga"
To be continue..
YOU ARE READING
MY CUTE WIFE
RomanceHIS SERIES 3 (SPIN OFF HPA: THE TRUTH UNLOCK) Mᴜʜᴀᴍᴍᴀᴅ Fᴀɪϙ Aʀsʟᴀɴ & Tᴇɴɢᴋᴜ Sᴀғɪᴀʜ Iʀᴅɪɴᴀ Muhammad Faiq Arslan, seorang lelaki yang nakal tetapi tegas apabila berada di syarikatnya. Merupakan anak tunggal Muhammad Aisy Farhan dan Arsyana Nur Syazana...