KRING!
"Abang, telefon" laung Clara dari depan pintu utama Ace Mansion. Darren yang sedang berbual dengan Faiq dan Qaiser itu menoleh.
"Angel tolong jawabkan untuk abang la" kata Darren. Clara menurut. Ternaik kening wanita itu saat tidak dapat membuka lock screen telefon Darren.
Dia mendekati suaminya. "Abang" kata Clara.
"Why Angel? Hm?" Darren menarik tangan isterinya. Dia mengangkat tubuh kecil itu dan diletakkan di atas ribanya.
"Adel tak boleh buka fon abang. Tak tahu password" dia mencebikkan bibirnya.
Faiq dan Qaiser hanya melihat ke arah pasangan itu. Macam baru lepas kahwin pun ada.
"2805. Itu password telefon abang" beritahu Darren. Clara masukkan kata laluan tersebut. Tersenyum wanita itu tatkala kata laluan itu betul.
Berkerut dahi Faiq. "2805? Tarikh lahir siapa pula tu?" soalnya.
"28, Julai. Hari jadi Darren, 2 Mei pula hari jadi aku" jelas Clara kepada sepupu suaminya itu.
"Dan 28 Mei adalah tarikh hari perkahwinan kami berdua" sambung Darren.
Terangguk angguk kepala Faiq. Qaiser pula tersenyum nipis mendengar balasan pasangan itu.
"Abang!" Panggil Irdina kuat sebelum dia berlari anak ke arah Faiq.
Faiq tersenyum manis. Dia mendepakan tangannya lalu Irdina masuk ke dalam pelukan suaminya.
Qaiser berpeluk tubuh. Nampak nya aku je la yang tak ada pasangan dekat sini.
"Single eh? Sian dia" usik Faiq.
"Dia dah kahwin lah" kata Darren. Membulat mata Faiq, dia menoleh ke arah Qaiser.
"Sejak bila kau kahwin ni? Kenapa aku tak tau pun?" Tanya Faiq.
"Tak penting" balas Qaiser. Dia mengangkat bahunya dengan wajah kosong.
"Ikut perangai kau la ni Darren" perli Faiq.
Clara tertawa kecil. Dia memeluk leher suaminya. Darren menggelengkan kepalanya.
"Kau dengan isteri kau macam mana, Qai? Ok?" soal Darren prihatin.
Terbit satu senyuman nipis di bibir rakannya itu tatkala di sebut tentang isterinya.
Laju kepala dianggukkan. "Alhamdulillah, tak ada apa apa masalah pun dalam rumah tangga kami. Bahagia je" balasnya.
"Ha bagus la tu. Nampak bahagia je kau ni lepas kahwin macam si Faiq ni" sindir Darren kembali. Ambik kau, perli aku kan tadi.
Faiq mencebik namun dia akui itu di dalam hati. Sememangnya dia berasa bahagia saat berada di sisi Irdina.
Tengku Safiah Irdina, isteri dan bidadari syurganya.
To be continue..
YOU ARE READING
MY CUTE WIFE
RomanceHIS SERIES 3 (SPIN OFF HPA: THE TRUTH UNLOCK) Mᴜʜᴀᴍᴍᴀᴅ Fᴀɪϙ Aʀsʟᴀɴ & Tᴇɴɢᴋᴜ Sᴀғɪᴀʜ Iʀᴅɪɴᴀ Muhammad Faiq Arslan, seorang lelaki yang nakal tetapi tegas apabila berada di syarikatnya. Merupakan anak tunggal Muhammad Aisy Farhan dan Arsyana Nur Syazana...