Irdina membawa keretanya untuk ke kolej dengan melalui jalan yang biasa dia gunakan. Jalan ini sememangnya tidak ramai kereta atau motosikal yang lalu namun lebih cepat tiba di kolej.
"Haih la. Clara mesti dah sampai dekat kolej dah" kata Irdina sendiri.
Sewaktu dia sedang memandu kereta mewah itu. Tanpa dia sedar, ada satu kereta yang keliar dari lorong kecil di tepi jalan raya itu.
Seorang perempuan yang berada di dalam kereta itu sudah tersenyum sinis. Dia menurunkan brek keretanya lalu kereta itu bergerak ke arah kereta Irdina.
Membulat mata Irdina saat menyedari akan hal itu. Belum sempat dia mahu memberhentikan keretanya, kereta tadi sudah merempuhnya sehingga dia terjunam ke dalam gaung.
Perempuan yang tersenyum sinis tadi keluar dari keretanya sebelum dia berjalan jauh dari situ dan meninggalkan keretanya.
"Well, goodbye Tengku Safiah Irdina" kata perempuan itu.
Orang ramai berkerumun di tepi gaung yang dalam itu. Darren yang lalu di jalan itu mengerutkan dahinya tatkala melihat orang ramai.
"Kenapa tu?" Tanya Clara. Darren menggeleng kepala.
"Entah la Angel. Nak berhenti tengok siapa ke?" Kata Darren. Dia memandang sekilas ke arah isterinya.
"Eh jap, tu kereta Irdina la. Abang, stop" arah Clara kalut. Dia terus turun dari kereta. Darren mengikuti isterinya dari belakang.
Clara menutup mulutnya saat melihat sebuah kereta yang sudah terjatuh ke dalam gaung itu.
"Angel, pergi masuk dalam kereta. Kita balik rumah, abang nak call Faiq kejap" ujar Darren dingin. Clara menurut. Dia masuk ke dalam kereta.
Darren mengeluarkan telefonnya sebelum nombor telefon Faiq dicari.
"Hello Ren? Kenapa kau call aku ni?" Soal Faiq selepas mengangkat panggilan itu.
"Datang rumah aku sekarang, penting" Darren terus menamatkan panggilan tersebut tanpa menunggu balasan dari Faiq.
Dia masuk ke dalam kereta. Clara yang sedang menangis teresak esak itu dipeluk erat.
"Shuhh jangan nangis. Irdina tak akan apa apa. Abang janji dia akan selamat" pujuk lelaki itu.
Clara mengangkat kepalanya. "Janji?"
Darren angguk sekilas. "Janji"
To be continue..
YOU ARE READING
MY CUTE WIFE
RomanceHIS SERIES 3 (SPIN OFF HPA: THE TRUTH UNLOCK) Mᴜʜᴀᴍᴍᴀᴅ Fᴀɪϙ Aʀsʟᴀɴ & Tᴇɴɢᴋᴜ Sᴀғɪᴀʜ Iʀᴅɪɴᴀ Muhammad Faiq Arslan, seorang lelaki yang nakal tetapi tegas apabila berada di syarikatnya. Merupakan anak tunggal Muhammad Aisy Farhan dan Arsyana Nur Syazana...