"Aku nak kita kahwin" kata Faiq. Irdina memandang lelaki itu.
"Kau pasti ke ni Faiq? Kahwin bukan benda yang boleh buat main tau" kata Irdina. Faiq mengangguk kepala yakin.
"Aku yakin, aku dah bersedia nak jadi suami kau. Aku tak nak kau sakit macam ni lagi dah lepas ni. Aku akan jaga kau" ucap Faiq serius.
Irdina membuat riak wajah geli. "Kau jangan nak serius sangat boleh tak Faiq? Geli aku tengok"
Faiq mencebik. "Kenapa pulak?" soalnya tidak puas hati.
"Aku tak biasa la bila kau serius macam ni. Rasa kekok kau tahu tak" balas Irdina.
Faiq menjeling manja ke arah gadis kecil itu. "Fine, aku macam biasa je"
Irdina tersenyum senang. "Ha baru betul"
"Dah, kau jangan putar belit cerita, lepas tu tukar topik eh. Jawab soalan aku tadi, aku ajak kau kahwin ni" Irdina menjuihkan bibirnya.
"Aku terima kalau mas kahwin 4 juta macam Darren dengan Clara" kata Irdina.
Faiq tersenyum sinis dalam diam. "Ouh dear, setakat 4 juta tu apa lah sangat. Kau nak 14 juta pun aku boleh bagi la, tak ada hal pun" balasnya.
Semakin panjang muncung gadis itu. Faiq menjentik dahi Irdina.
"SAKIT LAH ANAK FARHAN!" Marah Irdina. Faiq tertawa.
"Rindu nak ajak kau gaduh" Irdina menunjukkan penumbuknya di hadapan wajah lelaki itu.
"Penumbuk nak penumbuk?" Semakin kuat ketawa Faiq.
Tidak tahan lagi, Irdina terus meluku kepala lelaki itu. Ha ambil kau, nak sangat kan!
Faiq mendesis sakit. "Sakit la Irdina.." rengeknya sambil mengosok kepalanya yang terasa sakit itu.
"Padan muka kau!"
To be continue..
YOU ARE READING
MY CUTE WIFE
RomanceHIS SERIES 3 (SPIN OFF HPA: THE TRUTH UNLOCK) Mᴜʜᴀᴍᴍᴀᴅ Fᴀɪϙ Aʀsʟᴀɴ & Tᴇɴɢᴋᴜ Sᴀғɪᴀʜ Iʀᴅɪɴᴀ Muhammad Faiq Arslan, seorang lelaki yang nakal tetapi tegas apabila berada di syarikatnya. Merupakan anak tunggal Muhammad Aisy Farhan dan Arsyana Nur Syazana...