BAB 5

154 5 0
                                    

"Weh nak tak kalau kita beli pokok ni lepas tu letak kat rumah and siram hari hari?" Tanya Faiq yang sedang membelek satu pokok di dalam kedai Mr DIY itu.

Irdina menoleh. "Tu pokok palsu weh kau siram 3 tahun pun tak besar besar HAHAHAH"

Terletus tawa mereka berdua. Nasib saja tiada siapa di situ.

"Gurau gurau" dia meletakkan semula pokok bunga tadi di tempatnya sebelum melihat barangan yang lain pula.

"Faiq, nah" Faiq mengambil seekor buaya mainan yang dihulurkan oleh Irdina. Dia memandang gadis itu hairan.

"Kau nak suruh aku buat apa dekat buaya ni?" soalnya pelik.

"Bawa balik. Tu kan spesies kau, kesian pula dia tinggal dekat sini" kata Irdina selamba. Membulat mata Faiq.

"Tak apa. Kau tunggu jap kau tunggu" Faiq memandang sekeliling sebelum matanya tertancap pada cermin yang saiznya hampir sama tinggi dengan Irdina.

Dia tersenyum sinis lalu menarik tangan Irdina untuk mendekatinya.

Irdina menarik kasar tangannya semula. Dia berdengus kasar. "Kau ni dah kenapa tarik tarik aku?" Tanya gadis itu tidak puas hati.

"Kau nak aku belikan kau cermin ni tak? Ye lah kau kan selalu tengok cermin dekat sekolah dulu, insecure la katakan. Nak tak aku beli cermin besar ni?" Perli Faiq.

Baru saja Irdina hendak mencubit lengan lelaki itu, Faiq sudah berlari anak ke arah Darren yang mendekati mereka bersama dengan D'Adhean, D'Adheen dan Clara.

"Darren kau tengok budak tu, dia nak cubit aku" adu Faiq. Tergeleng kepala Darren.

"Uncle ni semua nak mengadu kat daddy" kata D'Adheen yang berada di dukungan Darren.

"Haah, pergi lah dekat aunty Dina tu" sokong D'Adhean yang duduk di dalam troli pula.

Walaupun mereka berdua baru saja berusia 4 tahun, Adhean dan Adheen sudah petah bercakap. Mungkin kerana mengikut genetik Darren.

"Nak mengadu sikit pun tak boleh" Faiq memeluk tubuh sambil bertentang mata dengan anak buah sulungnya, Adhean.

"Kauorang berdua nampak macam dah boleh kahwin dah. Serasi je aku tengok" kata Clara.

Irdina menggelengkan kepalanya laju. "Tak nak aku kahwin dengan  jantan ni"

"Ye la tu nanti kau pula yang kata 'Faiq, aku suka kau. Aku terima lamaran kau' ha macam mana"

"Tak adanya aku nak kata macam tu"

"Ada"

"Tak ada!"

Darren mengeluh. Mula dah dua orang ni. Memang kena kahwin la

To be continue..

MY CUTE WIFE Where stories live. Discover now