BAB 15

104 4 0
                                    

"Kau datang sini dengan siapa, Clara?" Tanya Irdina. Clara mengambil tempat di sebelahnya.

"Darren yang hantar aku tadi. Lepas tu dia kata dia nak jumpa dengan Arden dekat bawah" jelas Clara. Irdina mengangguk faham.

Sedang mereka berbual, ada seseorang membuka pintu wad itu dari luar secara kasar.

Clara terus bangun dan mengacukan pistol milik Darren kepada sosok tubuh tersebut. Membulat mata Irdina.

SEJAK BILA KAWAN AKU NI BOLEH MENEMBAK?!

"Kau siapa? Apa kau nak sebenarnya?" Soal Irdina kepada lelaki itu.

Lelaki itu tersenyum sinis. "Aku nak bunuh kauorang berdua"

Dia berlari mendekati katil Irdina sebelum Clara melepaskan dua das tembakan pada bahu lelaki itu.

Lelaki itu mendesis sakit. Dia mengambil pisau rambonya yang sudah terlempar jauh dan dibaling ke arah Clara.

Wanita itu sempat mengelak namun hirisan pisau itu terkena di bahagian pahanya hingga menyebabkan Clara terjatuh.

Lelaki itu sudah mengangkat pistolnya dan diacukan kepada Clara. Wanita itu hanya boleh menahan sakit.

Perlahan lahan picu ditarik. Irdina dan Clara masing masing menutup mata rapat.

BANG!

BANG!

Terus terbuka mata mereka. Irdina memandang ke arah lelaki tadi yang sudah menyembah lantai dengan berlumuran darah sebelum memandang ke arah pintu wad.

"Kau siapa?" Tanya Irdina. Clara mengangkat kepala. Dia sedikit terkejut melihat sosok tubuh lelaki ini.

"Tengku Qaiser Mikhael" sebut Clara.

Qaiser memandang kedua dua gadis itu dengan tatapan kosong. Dia berjalan ke arah lelaki yang mencerobohi wad Irdina tadi dan mengambil pistol lelaki itu.

"Angel?" Panggil Darren kalut. Dia berlari mendapatkan isterinya manakala Faiq pula pergi ke Irdina.

"Aku rasa aku tahu ni kerja siapa" kata Qaiser selepas dia membuka telefon lelaki tadi.

"Siapa?" soal Faiq dan Darren serentak.

Qaiser tersenyum sinis.

To be continue..

For the first time having a collaboration with _amieraa

MY CUTE WIFE Where stories live. Discover now