"Eh Faiq, kau buat apa dekat sini?" Sapa Darren. Dia dan Faiq bersalaman.
"Aku pergi rumah kau tadi ingatkan nak jumpa kau lah lepas tu mummy kau kata yang kau teman Clara dan Irdina pergi pesta buku. Itu yang aku datang sini" jelas Faiq.
Darren angguk kepala faham. Dia menunduk memandang Clara yang menarik hujung bajunya.
"Why Angel?" soalnya lembut.
Clara membisikkan sesuatu di telinga suaminya. Darren menegakkan semula badannya.
"Aku rasa kau boleh tumpangkan Irdina balik kot sebab aku nak bawa Adel pergi jalan jalan kejap" kata Darren. Clara tersenyum puas.
Laki kita sokong kita la. Kau ada? Oh lupa, readers suami pun tak ada. Ya allah jahatnya aku. Tapi tak apa la kan, sekali sekala orang kata hehe.
Faiq memandang Irdina yang turut memandangnya. Dia tersenyum manis seraya mengangguk kepala.
"Boleh tak ada masalah. Jom Dina, aku hantar kau balik" kata Faiq sambil membuka pintu kereta di sebelah tempat duduk pemandu.
"Aku balik dulu Lara" kata Irdina. Dia memeluk tubuh rakannya lalu masuk ke dalam kereta Faiq.
"Jaga dia, aku tahu apa ada dalam isi hati kau tu" pesan Darren. Dia menepuk bahu Faiq. Faiq angguk kepala faham.
Darren menarik tangan isterinya untuk mengikutinya. Clara akur.
Selepas saja kelibat Darren dan Clara hilang, Faiq masuk ke dalam kereta. Dia memandang Irdina.
"Kau beli novel apa je hari ni?" Tanya Faiq sekadar basa basi.
"Dia tetap Sempurna, HPA: THE TRUTH UNLOCK dan King Haidar" balas Irdina singkat. Terasa canggung tatkala berada di dalam kereta berdua dengan lelaki ini.
Sebelum ni ok je mungkin kerana Faiq baru saja meluahkan perasaannya baru baru ini.
"Best sangat ke baca novel tu? Aku tengok biasa je" kata kata dari Faiq itu membuatkan Irdina memukul bahunya.
Dia tergelak kecil. Tahu yang gadis ini tidak puas hati dengannya.
"Janganlah marah, aku kata je" dia tersengih seperti kerang busuk. Irdina menjelingnya tajam.
Tak lama kemudian mereka berdua sudah tiba di rumah keluarga Faiq.
"Dah jom keluar" kata Faiq. Baru saja dia ingin membuka tali pinggang keledarnya, Irdina sudah keluar dari kereta dan berjalan masuk ke dalam rumah.
Tergeleng kepala Faiq. "Comel sangat ni kenapa hah? Nasib baik kau bukan bini aku lagi"
To be continue..
YOU ARE READING
MY CUTE WIFE
RomanceHIS SERIES 3 (SPIN OFF HPA: THE TRUTH UNLOCK) Mᴜʜᴀᴍᴍᴀᴅ Fᴀɪϙ Aʀsʟᴀɴ & Tᴇɴɢᴋᴜ Sᴀғɪᴀʜ Iʀᴅɪɴᴀ Muhammad Faiq Arslan, seorang lelaki yang nakal tetapi tegas apabila berada di syarikatnya. Merupakan anak tunggal Muhammad Aisy Farhan dan Arsyana Nur Syazana...