BAB 12

102 5 0
                                    

Faiq tekun mendengar semua maklumat yang diberitahu oleh Darren sebelum dia jatuh terduduk di atas lantai.

"Aku tak tahu macam mana benda tu boleh berlaku tapi yang pastinya ada orang tak puas hati dengan kau ataupun Irdina" kata Darren.

Faiq menunduk dan mengeluh berat. Arden bangun dan mendekati sahabatnya itu.

"Bawa bersabar Faiq. Ini semua ujian" pesannya.

"Kami belum kahwin lagi dah jadi macam ni. Siapa yang tak puas hati sangat dengan aku ni? Kenapa Irdina yang jadi mangsa?" Rintih Faiq perlahan.

Teringat akan senyuman manis gadis itu sewaktu sarapan tadi, sungguh manis dan comel saja pada pandangannya.

"Aku tak nak hilang dia,"

"Kau tak akan hilang dia. Kami janji kami akan cari dia sampai jumpa" kata Iskandar. Faiq mengangkat kepalanya dan memandang lelaki itu.

Iskandar mengangguk kepala sekilas dengan riak wajah kosong.

"Aku percayakan kauorang" kata Faiq.

Irsyad menyentuh bahu Faiq.

"Sabar lah Faiq. Seperti dalam Surah Al Insyirah ayat 5 dan 6, 'sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan'" nasihat Irsyad.

Faiq diam.

"Dah, kau pergi balik la dulu. Rehatkan diri, apa apa nanti kami call kau. Jangan banyak sangat fikir pasal ni nanti kau sakit" kata Darren dingin.

Yang lain mengangguk kepala setuju dengan kata kata lelaki itu. Faiq bangun dan keluar dari D'Mansion tanpa bersuara sedikit pun.

Darren memandang ke arah rakan rakannya yang lain. "Cari siapa dalang semua ni" arahnya.

"Baik Tuan Muda!"

To be continue..

MY CUTE WIFE Where stories live. Discover now