BAB 9

114 6 0
                                    

"Tuan Muda Irsyad Haris Bin Tuan Irfan Zachary" sebut tok kadi itu.

"Saya" jawab Irsyad dengan nada yang tegas.

"Aku nikahkan engkau dengan Farzana Nur Raisha dengan mas kahwinnya sebuah banglo dua tingkat dan 2 juta ringgit tunai" kata tok kadi itu.

Irsyad menarik nafas dalam sebelum dihembus kembali. Raisha setia menunggu.

"Aku terima nikahnya Farzana Nur Raisha dengan mas kahwinnya sebuah banglo dua tingkat dan 2 juta ringgit tunai" lafaz Irsyad yakin.

"Sah?" Tok kadi itu memandang ke arah saksi.

"Sah"

"Sah?"

"Sah"

Selepas selesai langkah pembatalan air sembahyang, semua tetamu dijemput makan di dalam dewan yang luas itu.

Faiq mendekati Irdina sambil mendukung Haq Baihaqi, anak sulung kepada Isaac Ammar dan Hawa Nur Raudhah.

"Irdina" panggil lelaki itu. Irdina yang sedang beratur untuk mengambil nasi minyak itu menoleh.

"Faiq" sebutnya perlahan. Dia tersenyum manis.

"Kau nak ambil nasi apa?" Tanya Faiq sambil melihat ke arah nasi yang ada. Ada nasi minyak, nasi putih dan nasi tomato.

"Nak nasi tomato" balas gadis itu. Faiq mencedok dua senduk nasi tomato dan diletakkan ke atas pinggan Irdina.

"Terima kasih" Faiq mengangguk.

"Irdina, aku rasa aku nak percepatkan majlis kahwin kita la" kata Faiq selamba.

Terkejut Irdina dibuatnya. "Kenapa pula?" Soalnya tidak puas hati. Haq hanya melihat makcik dan pakciknya ini.

"Sebab aku takut nanti ada orang nak rampas kau daripada aku" terdengar jelas nada cemburu Faiq itu.

Irdina ketawa kecil. Teringat pula pada kejadian sewaktu mereka berada di pesta buku 3 hari lepas.

"Tak ada siapa nak rampas aku yang kasar ni" katanya.

Faiq mendekatkan dirinya dengan gadis di hadapannya ini. "Jangan kasar kasar sangat, nanti lelaki tak suka"

Irdina terkedu.

"Irdina? Kau dah ambil lauk kan? Jom duduk dekat sana" kata Faiq. Dia menunjukkan ke arah satu meja kosong di hujung dewan.

Irdina memandang ke arah tersebut dan mengangguk setuju. Mereka berdua mendekati meja itu.

Dalam diam, kata kata Faiq itu jelas terngiang ngiang di kepala Irdina.

"Jangan kasar kasar sangat, nanti lelaki tak suka"

Patut ke dia berubah menjadi agak lembut seperti perempuan lain?

To be continue..

MY CUTE WIFE Where stories live. Discover now