PROLOG

328 6 0
                                    

"Aku suka kan kau, Irdina. Aku nak kita kahwin" kata Faiq sambil memandang Irdina yang tinggi hanya setakat bahunya saja.

Hampir melopong mulut Irdina mendengar kata kata selamba Faiq itu. Biar betul mamat ni nak ajak aku kahwin?

"Weh, kau sedar tak kita dekat mana sekarang ni? Kita dekat majlis perkahwinan Dalia dan Eidlan lagi tau. And kau boleh melamar aku dekat sini?" Tanya Irdina tidak percaya.

Ya, pada pagi tadi Dalia sah menjadi isteri kepada Eidlan Qayyum. Sekarang ni hanya tinggal dua orang anak Tuan Arcy yang masih lagi belum berkahwin iaitu Cahaya dan Dariel.

"Aku tahu dan aku sedar. Lagipun tak salah kan kalau aku nak lamar kau dekat taman ni, cantik apa tempat ni" balas Faiq.

Lihat saja lah di sekeliling mereka, taman bunga yang berada di belakang hotel milik Qayder ini sememangnya cantik tapi itu bukan persoalannya.

"Aku tak suka kan kau, Faiq. Malah, kita selalu bergaduh. Macam mana kau boleh suka aku?" Kata Irdina berterus terang.

Dia menunduk. Takut jika Faiq marah akan apa yang dia kata tadi.

"Kau pernah dengar tak orang dulu dulu kata, 'jangan benci nanti tersuka'. Ha macam tu la perasaan aku pada kau. Ia datang secara tiba tiba tanpa aku sedar" jelas Faiq.

"Aku tahu kau mungkin terkejut dengan apa yang aku cakap ni tapi percayalah, aku betul betul sayangkan kau, Irdina" sambung Faiq lagi.

"Aku tak cantik macam perempuan lain, Faiq." Irdina masih lagi tidak mahu kalah.

"Kecantikan yang sebenar bukanlah pada paras rupa tapi pada perangai dan adabnya. Kalau cantik tapi tak beradab buat apa" bidas Faiq tenang.

Dia mengeluh tatkala melihat Irdina yang masih lagi diam tidak berputik dan menunduk.

"It's ok. Ambil masa berapa lama pun yang kau nak. Aku tunggu" kata lelaki itu lalu dia masuk semula ke dalam dewan.

Irdina terkaku. "Aku pun suka kan kau, Faiq. Tapi aku tak nak kau jadi macam Darren nanti" gumamnya sendiri.

To be continue..

MY CUTE WIFE Where stories live. Discover now