Bab 3| Akulah Mia

23 13 3
                                    

Bukk!

Tiba-tiba sahaja, pintu bilik yang sudah tertutup rapat ditendang menggunakan kaki. Satu figura tubuh sasa dan kekar berdiri di hadapan aku "Kau ingat, kau kunci pintu macam ni aku tak boleh nak buka langsung ke?" soal suara garau dengan intonasi tinggi membuatkan kegerunan mula menguasai diriku. Pada detik ini, aku hanya merasakan diri aku kecil sahaja pada pandangannya. Bagaikan kucing bertemu harimau.

Tubuhku mula menggeletar. Tangan mula menutup telinga sebagai pelindung diri. Tanpa disedari, tangan aku dipaut olehnya. Pautan itu sungguh kuat sekuat hatinya yang menahan rasa geram.

Dengan genggamannya yang kuat, tubuh aku dibawanya berdiri secara paksa lantas tubuh aku dicampak ke arah balkoni yang berada tepat di hadapan bilik. Dengan hentakan yang kuat pada batang besi balkoni mengena tulang rusuk, kepedihan pada tulang rusuk aku tahan. Tangan aku bertukar arah ke bahagian tulang rusuk "Sakit," aku mengaduh jua.

Rambut aku dipaut kasar "Orang macam kau ni tak layak nak berkunci pintu bilik. Ini rumah aku, bukan rumah kau!" herdik lelaki itu kasar. Aku hampir tidak menyangka bahawa ini adalah suami aku. Dialah yang meminang aku. Dia yang memberi aku seribu satu janji suatu ketika dahulu. Dia juga yang mencari aku sehingga kini.

"Sakit!" rayuku dengan tangisan. Tangan aku beralih ke kepala. Terasa kulit kepala ini hampir terkoyak dibuatnya. Seraya, pautannya pada rambutku dilepaskan perlahan.

Kedua telapak tangannya yang berurat memaut wajahku yang telah basah dengan air mata. Dipaut kedua-dua belah pipiku untuk didekatkan ke wajahnya "Aku panggil kau terpekik melolong dari tadi, untuk makan taw sayang," ujarnya sambil memasang wajah tidak bersalah.

"Lepastu, kau sahut aku pun tak, kau buka pintu pun tak. Selama ni aku siapa Mia?" soalnya lagi dengan amarah di dada. Intonasinya cukup untuk menanamkan rasa trauma pada diri ini. Sepanjang aku membesar, belum ada orang yang mengherdik aku sebegini rupa. Tambahan pula, aku tak tau apa salah aku pada ketika ini.

"Kau pembunuh!" laung aku dengan tangisan. Suara aku bergema satu Villa ini.

Mak Su yang mendengar kata-kata dalam laungan ku tersentak. Tangannya terhenti seketika daripada membasuh pinggan. Dirinya berasa hiba.

Plakk!

Satu tamparan hinggap di pipi aku. Aku cepat mengusap pipi yang tadinya berada dalam pautan tangannya. Seketika, terasa cecair pekat selain dari air mata membasahi tapak tangan beserta jemari. Setelah tanganku dihalakan di hadapan mata, kelihatan cecair merah pekat berada di tangan. Posisi darah itu menunjukkan arah bibir aku yang pecah akibat tamparan itu. Memang aku ditampar sekuat tenaga.

"Kau ni dah tak sedar diri tu penumpang, kau fitnah lagi aku macamni," tengkingnya kasar. Dengan sepantas kilat, lengan kekarnya kini melingkar pula pada leher aku. Lengan berotot itu cuba mengepit leher aku membuatkan oksigen dalam paru-paru ini tersekat pada leher. Sekatan oksigen, membuatkan nafas aku terhenti.

"Kau ni memang sial! Kau perempuan paling murah yang pernah aku nampak!" laungnya berbentuk cemburu.

Lengan kekarnya kini, sudah hampir ingin meragut nyawa aku. Aku kehilangan oksigen. Darah yang tersangkut di kepala sudah tidak mampu untuk mengalir lagi akibat daripada hambatan yang kuat pada leher. Suara aku sudah tidak mampu dikeluarkan. Yang ada, hanyalah tanganku yang cuba untuk melepaskan lengan besarnya. Berkali-kali aku cakar, namun mungkin deria rasa lelaki ini sudah rosak gamaknya.

Kalaulah begini cara aku untuk meninggalkan dunia, maka aku terima. Kalau lah di dunia ini aku sudah tak mampu untuk menuntut keadilan, maka aku menunggu pembalasan pada hari dimana keadilan itu menjadi saksi kepada insan yang berhati busuk.

Maka, semakin lama, pautan lengan kekar itu semakin ditekan sekuat hati. Kudrat ku sudah tidak mampu lagi untuk melawan dia.

... ...

"2 minggu lagi, kita akan adakan program berkhemah untuk pelajar unit beruniform kesatria negara. Semua mahasiswa diwajibkan untuk hadir. Sijil penyertaan akan disediakan. Tarikh tersebut akan dihantar melalui Telegram,"

Ucapan tersebut masih terngiang dalam benak, membuatkan tangan aku tak belum berhenti lagi untuk mengemaskan pakaian, dalam sebuah bag besar milikku. Tak lupa, alatan yang penting juga aku sediakan tatkala program perkhemahan itu sedang berlangsung kelak.

"Haih, awal betul kamu kemas barang," tegur ibu dari arah belakang tatkala melihatku sekilas yang kelihatan sibuk. Lamunan aku terhenti seketika mendengar suara lembut itu.

Aku tersenyum sahaja. Tangan aku ligat bergerak beserta dengan mimik muka untuk menyatakan bahawa 'awal siap, awal jugak rehat. Nanti tak payah fikir lagi nak kemas barang,'.

Ibu tergelak mendengar jawapan aku seraya menyetujui "Ye, betul jugak," balas ibu ringkas seraya mengorak langkah meninggalkan aku yang sibuk.

Tanpa disedari, tangan aku tersentuh sesuatu yang bersalut dengan plastik kemas di dalam beg. Dengan itu, tangan aku menggenggam balutan plastik itu untuk melihat apa yang telah aku sentuh tadi. Macam kenal saja. Apabila bungkusan itu berada di hadapan mata, 'Coklat?' soalku pada diri sendiri.

Persoalannya, dari manakan coklat ini datang? Dan kenapa hampir setiap hari aku mendapatkan coklat di dalam Tote bag putih ini?

Aku tersenyum sumbing sambil mengingatkan ibu dan ayah. Ya, mungkin salah satu antara merek yang belikan aku coklat pada setiap hari. Kali ini, jenama coklat yang aku dapati ialah 'Van Houtten'.

Tapi kenapa perlu beli jenama mahal sedangkan banyak coklat murah yang dijual di pasaran. Aku suka coklat. Tapi aku rasa begitu bersalah dengan nilai untuk mendapatkan coklat ini. Jika sehari 8 ringgit, maka sebulan sudah dapat belikan barang dapur yang bergaya sikit di rumah.

Seperti biasa, di belakang coklat aku sentiasa mendapatkan nota kecil yang ditulis dengan tulisan tangan. Kali ini, kata-kata yang aku dapat ialah 'I love you,'. Ayat itu aku baca dengan penuh girang di hati. Rasa nak tergelak pun ada. Kepala aku tergeleng sejenak 'Alaa, tak payah lah guna bahasa omputih, bahasa Melayu pun cukup,' monolognya sendiri.

Tiba-tiba sahaja, fikiranku menerawang kepada Harraz. Adakah dia akan mencari aku, bila aku berkhemah dalam masa seminggu nanti? Maklumlah, aku kan tempat dia untuk jadi orang suruhan. Apakah dia akan pukul aku jika aku telah pulang ke rumah setelah seminggu berpetualang di hutan belentara?

Ah, biarlah si doktor tak siuman tu. Apa yang penting sekarang, aku tak sabar untuk berkhemah nanti.

...

Sangkar BuatkuWhere stories live. Discover now