Bab 14| Amarah

6 5 13
                                    

Dum!!

Suara dentuman dari kayu itu cukup untuk memberi gema satu rumah. "Siapa lah mamat yang acah sangat dengan aku tadi?" Harraz menggaru kasar kepalanya setelah tangganya menghentak kuat permukaan meja kayu yang dihiasi kaca dihadapannya. Geram. Dirinya rasa tercabar dengan lelaki yang kononnya ialah pekerja kepada Pak Hussein.

Apabila dirinya mula dikuasai emosi, kakinya refleks menendang kuat kerusi kayu di hadapannya.

Mendengar suara bising dari arah bilik Harraz, puan Asmah tersentak. Punggungnya yang sedari tadi dilabuhkan digagahkan untuk berdiri semula. Kakinya perlahan menapak setiap anak tangga menuju ke bilik anak terunanya yang satu itu "Haish, apa lah yang anak aku ni buat kat atas tu?" soal Puan Asmah pada bayu.

Suara ketukan pintu memasuki koklea Harraz. Namun, ketukan dan sahutan itu sama sekali tidak di endahkan.

"Raz, kenapa kamu ni nak? Kamu ada masaalah apa sekarang tiba-tiba je mengamuk tak tentu hala ni?" tangannya masih setia mengetuk pintu bilik Harraz "Buka pintu ni nak," rayunya penuh kerisauan. Sebagai seorang ibu yang telah berumur, banyak perkara bermain di kepalanya jika berada dalam situasi sebegini.

"Diamlah! Tak payah sibuk!" laung Harraz kasar.

Puan Asmah yang tadinya memegang tombol sambil menghadap ke arah pintu, kini dia terdiam membisu. Tubuhnya perlahan berpaling semula. Hatinya hancur di tengking sedemikian rupa oleh anak sendiri.

Melihat pak Deraman berada di hadapannya, tangan pak Deraman dipaut "Bang, kenapa dengan anak kita bang," air matanya akhirnya jatuh jua membasahi pipi gebu miliknya.

Tanpa banyak berkata, pak Deraman memujuk isterinya "Dah, jangan diusik lagi budak tu. Nanti makin menjadi-jadi pulak berang dia tu. Budak tu bukannya macam anak orang lain," seraya, bahu Puan Asmah dipaut lalu dibawa jauh daripada pintu bilik itu.

*

Setelah selesai melaksanakan solat fardhu, seperti biasa, tangan aku tadah untuk memohon keampunan, rahmat serta diberi kemudahan dalam segala cabaran yang aku tempuhi. Hari ini, aku rasakan sedikit lain daripada hari yang lain. hatiku terasa sungguh asing. Air mata, mula jatuh dari kelopaknya tanpa disedari. Rasa hiba mula menguasai diri.

Aku sentiasa terfikir, mungkin sampai ke hari tua lah hidupku bagaikan burung di dalam sangkar. Dibeli, di simpan bak hiasan, lalu dikurung selama-lamanya. Mungkin sehingga ajal menjemput diriku.

Tok!

Tok!

Tok!

Bunyi ketukan pintu mula menerjah masuk ke dalam koklea. Memberi impuls kepada tubuh badan untuk aku cepat membuka pintu. Namun, aku hanya memandang pintu itu kosong. Bukan kerana aku sedang melayani perasaan takut ku. Tetapi, suara ketukan itu sungguh aku kenal.

Tak lain tak bukan, selain dari mak Su. Atau lebih tepatnya lagi, suamiku yang durjana.

Tanpa membuang masa, aku bingkas bangun dari tempat aku duduk tadi. Seraya meluru ke arah pintu.

"Apa kau pakai ni?" soal wajah bengis itu yang hampir ingin tergelak melihat busana aku pada ketika ini. Aku diam sahaja tanpa sebarang jawapan. Jika aku jawab, maka semakin menjadi-jadi lah emosinya.

Kakinya mula menapak laju memasuki kawasan bilik ku. Entah kenapa, aku mula rasa tidak sedap hati. Tatkala matanya tertumpu ke arah sejadah milikku, kakinya yang masih mengenakan kasut memijak kain itu lalu mengambilnya semula. Dia tersenyum sinis memandang sejadah dan aku berselang-seli. Aku kehairanan.

"Mulai sekarang, pakaian kau, dengan segala benda-benda alah ni dah tak layak ada dalam bilik ni. Faham?" soalnya dengan penuh angkuh.

Tapi kenapa? Sudah murtadkah lelaki di hadapanku ini dari agama Islam?

Sangkar BuatkuWhere stories live. Discover now