Bab 5| Arman Iskandar

23 17 3
                                    

ARMAN melabuhkan punggung pada kawasan tanah yang hanya dilapik dengan kain khemah. Tidak dapat dinafikan, rasa punggungnya sedikit perit akibat daripada batu kerikil pada tanah di kawasan dia memasang khemah tersebut. Sebidang tikar diambil seraya dibentangkan pada lantai tempat dia duduk bagi memberi keselesaan walaupun sedikit.

Sesekali, matanya melirik ke arah jam tangan miliknya. "Pukul 12.50, maknanya 5 minit lagi dah masuk waktu Zohor," katanya pada bayu. Lantas, tangannya bergerak dengan lebih pantas untuk mempercepat sesi mengemas barang-barang miliknya. Baginya, walaupun dirinya tidaklah sebaik orang lain, namun solat fardhu merupakah salah satu perkara yang tidak boleh ditinggalkan walaupun hanya sekali.

"Oi Man, jumpa jugak kau eyh. Aku ingat kau tak nak join kem ni. Maklumlah, kau kan banyak assignment," tegur salah seorang lelaki yang sebaya dengan Arman.

Arman yang sibuk dengan sejadah dan songkok yang dibawa dari rumah seraya membalas "Dah kawan kau yang paksa aku, mana taknya aku ada depan kau sekarang ni," lengan bajunya yang panjang dilipat kemas untuk memudahkannya mengambil wuduk nanti.

Lelaki itu mengangguk tanda faham. "Habis tu assignment kau macam mana?" soal Eizlan lagi. Arman menggaru kepala sejenak "Ah! Yang itu pandai-pandai lah aku settlekan nanti," jawab Arman yang kelihatan bercelaru juga fikirannya. Maklumlah, Arman sudah menduduki semester akhir. Semestinya pada semester itu, Arman seharusnya memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap pembelajarannya berbanding dengan program kokurikulum sebegini.

"Oh ye Man, aku dengar ada satu lagi universiti yang ikut sesi perkhemahan ni kan selain universiti kita?" soal Eizlan lagi ingin tahu. Eizlan menyentuh dagu tanda berfikir "UiTM rasanya Man," teka Eizlan lagi. "Alah, kau ni penyibuk jugak lah Lan. Baik kita sembahyang dulu ni. Kang tak pasal-pasal kita terlepas sebab kau dok pikir Uni mana," bebel Arman yang sememangnya tidak berminat untuk mengetahui universiti mana satu.

Asalkan kem perkhemahan ini berjalan dengan lancar dan menyeronokkan. Tak rugi juga kalau dia sanggup tinggalkan tugasan yang menumpuk semata-mata untuk sertai kem ini.

"Alamak ai, tak sportrim la pulak kawan aku ni," rungut Eizlan seketika.

...

Arman berjalan dengan kadar yang cepat tatkala dirinya di panggil dari atas. Entah apa yang mereka perlukan, Arman sendiri pun tak pasti. Kelihatan sekumpulan kawan-kawan seperjuangannya sedang sibuk melambai tangan ke arah Arman untuk memanggilnya. Tatkala kakinya hampir menapak keluar daripada dewan kem,

Bukk!

Dirinya hampir hilang imbangan disebabkan perlanggaran yang kuat antara dia dan seorang gadis. Air muka Arman seraya berubah marah serta merta. Ikutkan hati, mahu dimarah sahaja gadis yang sudah terjelepok jatuh itu pada ketika ini. Namun, tahap kesabarannya masih ada. Lagi pula, berkemungkinan besar gadis itu juga tidak sengaja melanggarnya.

"Sorry," ucap Arman ringkas terhadap gadis itu. Gadis itu bingkas bangun seraya menatap wajah Arman seketika. Arman yang melihat hanya menegur "Okay tak?" soal Arman. Namun, gadis itu hanya mengangguk seraya berlalu pergi tanpa sebarang kata. Kening Arman sedikit berkerut melihat kerenah gadis itu.

'Memang kurang bercakap kot,' monolog Arman sendiri. Bahunya di jungkitkan sedikit. Lantas, perjalanannya diteruskan lagi.

"Apahal ni korang panggil aku tiba-tiba?" soal Arman apabila dirinya sudah tiba di kawasan tapak perkhemahan kawannya. Eizlan yang sibuk membetulkan khemah menjawab "Ni ha, kau tolong ah aku buat khemah ni. Aku tak reti Man. Kau kan pandai bab-bab khemah ni,". Arman menghela nafas sejenak "Lah, itu je rupanya. Meh, aku buat," ujar Arman seraya turut membantu kawannya.

Setelah siap membaiki khemah, Arman merehatkan dirinya sejenak di atas sebatang kayu besar. Sebiji gula-gula getah dimasukkan ke dalam mulutnya bagi menghilangkan rasa bosan.

Tiba-tiba sahaja, fikirannya menerawang kepada gadis yang melanggarnya tadi. Entah kenapa, perasaannya lain tatkala teringat tentang gadis itu.

Dirinya tiba-tiba sahaja rasa bersalah dengan gadis itu tadi. Mungkin, kerana reaksi wajahnya yang agak kasar kepada gadis itu. Atau mungkin, gadis itu terasa hati dengan riak wajahnya tadi menyebabkan gadis itu tidak menyahut soalannya sama-sekali melainkan hanya mengangguk. Matanya melilau ke arah dewan tadi untuk mencari kelibat gadis itu.

Hilang.

"Man, kau usha awek lawa tak ajak aku," tanpa disedari, bahunya ditepuk laju daripada belakang membuatkan lamunan nya terhenti serta-merta.

"Kau ni memang busuk hati dengan aku lah Naim. Aku duduk elok-elok ni pun kau dah buruk sangka dengan aku," balas Arman separa bergurau. Naim mengambil tempat di sebelah Arman "Ye lah, mana lah tau. Aku sebagai kawan ni ingin menasihati je. Risau jugak kalau kau dah melencong ke arah yang bukan-bukan," usik Naim. Arman yang sudah biasa dengan loyar buruk Naim, hanya menjeling sekilas. Malas mahu layan sangat.

"Man, nanti kalau kita nak masuk dekat dewan, Temenggung akan check kad matriks kita taw," ujar Naim. Tangannya dinaikkan menunjuk ke arah pintu utama dewan.

"Eh, apahal pulak. Bukannya kad matriks tak perlu bawak ke time kem aku dengar tadi?" Arman terkejut mendengar kata-kata Naim.

Naim menoleh ke arah Arman "Siapa yang cakap tu?" soal Naim. Keningnya dinaikkan ingin kepastian.

Arman menjawab ringkas "Professor Bakri. Semalam,".

Naim pantas mengambil sebiji gula-gula Arman "Itu semalam pagi Man. Semalam tu, aku jumpa lagi prof. Prof cakap, harini wajib bawak. Dia suruh aku bagitau info ni dekat semua student malam tu jugak. Haaa. Kau ada bawak tak?" soal Naim sambil mengunyah gula-gula getah milik Arman.

"Jadi, kau bagitau semua student kecuali aku? Kau memang anak halal Naim. Kau memang anak halal!" tunjuk Arman tepat ke arah wajah Naim. Hatinya sedikit geram. Manakala Naim membuat gaya terkejut "Aih, aku pulak yang kene! Siapa suruh tak tanya aku," jawab Naim selamba.

"Nasib baik aku ada bawak," Arman meraba kocek seluarnya. Kosong. Jantung Arman berdegup laju "Eh, tak patut. Mana dia tadi?" soal Arman kepada bayu. Badannya bingkas berdiri mencari kelibat kad matriks nya yang sepatutnya berada dalam kocek seluar sebaik sahaja dia selesai menunaikan solat zohor tadi. Berkali-kali tanganya diseluk ke dalam kocek seluar.

"Ha, sudah. Prof pesan dekat Temenggung, kalau student tu tak ada kad matriks, dia halau keluar sebab dianggap orang asing. Kalau tak pun, kau tak dibenarkan masuk dewan nanti. Pastu apa-apa acara pun kau tak boleh join," bebel Naim panjang lebar. Wajahnya serius menunjukkan tiada unsur gurauan dalam kata-katanya.

"Kau ni buat aku takut je. Kan aku dah isi borang pendaftaran, siap bayar lagi puluh-puluh ringgit untuk masuk kem ni. Takkan lah sedap-sedap je Temenggung tu nak halau aku keluar," bebel Arman lagi.

Naim hanya mengangkat bahu "Law is still a law Man. Kau ni nama je amik course Law," balas Naim sambil tersengih.

...

Sangkar BuatkuWhere stories live. Discover now