BEG galas yang seberat hampir 8 kilogram aku bawa sedari tadi. Bebanan yang tersandang pada bahu hampir membuatkan bahu dan pinggang aku patah mengangkat segala harta benda milikku. Belum lagi dengan beg galas yang beratnya kurang lebih 7 kilogram. Manakala di tangan kiri, sebuah baldi yang berisi alatan untuk membersihkan diri menambahkan lagi bebanan di tubuh.
Kakiku melangkah membawa diri berjalan melepasi selautan para mahasiswa yang berada disekeliling. Di antara mereka, ada yang sibuk dengan kelas, ada yang sibuk dengan tugasan, dan ada juga beberapa dari mereka mempunyai nasib yang sama denganku. Yakni, mengangkat bebanan yang mampu mematahkan tulang belulang sementara menunggu bas persiaran hadir menjemput kami semua selaku pelajar unit beruniform kesatria.
"Bilqis, kau nanti sekhemah dengan aku taw," ujar seorang rakan sebilik aku, Ozi. Aku mengangguk tanda setuju.
Semestinya aku setuju. Kalau bukan dengan dia, dengan siapa lagi aku nak duduk dalam satu khemah. Ozi lah kawan yang paling aku rapat serta memahami aku. Walaupun perwatakan nya yang kasar dan kelelakian, tetapi hatinya lembut sekali. Kalau tiada Ozi, berkemungkinan aku tetap bersendirian kemana sahaja aku membawa diri di universiti ini.
Apabila bas tiba tepat di hadapan kami, aku dan Ozi lantas meloloskan diri ke dalam perut bas tersebut.
Setelah mengambil tempat duduk, seperti biasanya Ozi memasukkan earbuds ke dalam lubang telinganya. Entah lagu apa dipasang aku pun tak tau. Tiba-tiba, Ozi menghulurkan sebelah earbuds miliknya untuk aku pakai. Nak ajak aku dengar lagu sama-sama lah dikatakan. Aku mengambil objek kecil itu seraya meletakkan di lubang telinga.
Setelah benda alah itu aku masukkan ke telinga, mata aku terbeliak mendengar lagu dalam senarai milik Ozi. Lagu rock kapak zaman 80an sangat melambak beserta dengan lagu-lagu dugem kegemarannya.
Haihh. Macam-macam kawan aku ni.
Walaupun lagu sebegini bukanlah kegemaran aku, namun aku layankan sahaja.
Rambut Ozi yang pendek seakan-akan lelaki itu sesekali disapu nya perlahan ke belakang. Tubuh badannya kurus tinggi. Wajahnya manis tetapi tiada sedikit pun calitan alat solek seperti gadis-gadis yang lain. Bahkan alatan penjagaan kulit pun dia tak punya. Tidak selesa katanya. Serabut.
Bukan pick-me.
Tiba-tiba, Ozi membuka mulut "Orang bisu macam kau ni kan, boleh ke belajar bercakap?" soal Ozi yang tidak bertapis. Aku mengangkat bahu tanda 'tak tau,'. Andaikan aku boleh bercakap sudah lama aku bersembang panjang dengannya sepanjang perjalanan ke hutan ini.
Ozi mula merengus lembut tanda lelah dengan kekurangan aku. Tetapi aku sedikit pun tidak ambil hati. Aku dah biasa dengan reaksi orang yang bermacam-macam berkenaan dengan kekurangan aku yang satu ini. Malahan ibu selalu berpesan agar aku berfikiran terbuka akan reaksi orang serta cemuhan orang yang pelbagai.
"Cuba kau belajar bercakap dekat mana-mana app yang ada. Dekat YouTube ke kalau tak," saran Ozi. Rasanya, kalau lah Ozi beri saranan ini ke orang lain, sudah tentu Ozi di marahi pada ketika ini. Tetapi aku tidak menganggap itu sebagai satu penghinaan. Aku mengangguk perlahan.
Mungkin ada betulnya juga saranan si Ozi.
Ozi menghela nafas panjang "Kau nak tau tak, kalau lah aku ni kaya-raya, nak je aku hantar kau pergi luar negara untuk buat pembedahan suara kau tu supaya tak bisu," ujar Ozi. Walaupun kata-katanya berbaur kasar bagi sesetengah orang, aku tersenyum terharu mendengarnya. Aku lantas menaip papan kekunci pada telefon pintar 'Alhamdulilah, ada jugak orang yang ambil berat dekat aku selama ni,' tulis aku. Lalu, emoji peluk aku hadiahkan kepadanya.
Bukannya aku tak mahu menggunakan bahasa isyarat, tapi Ozi tak faham bahasa isyarat. Sepanjang 3 tahun persahabatan kami di universiti ini, Ozi hanya faham segelintir sahaja bahasa isyarat dari aku.
Ozi tergelak melihat gelagat ku lantas berkata "Aku bukan apa Bil, aku semak ah nak bercakap dengan kau guna bahasa isyarat, tulis-tulis bagai," luahnya jujur. Aku mengangguk memahami.
Aku menaip lagi papan kekunci 'Aku pun tak nak jadi macam ni Ozi, aku teringin sangat nak sembang banyak-banyak dengan kau,' balas aku lembut.
Ozi memandangku kembali dengan kerutan di dahi. Rasa bersalahnya mula bertandang dalam diam "Hek eleh minah karipap ni, aku cakap camtu je dah sentap. Rilek ah, bende boleh bincang kot," pujuk Ozi sambil memeluk bahuku sesekali dia menepuk-nepuk lengan aku. Aku tersenyum seraya terharu.
"Kau jangan macamni sistur, setiap apa yang berlaku dekat kau tak kisah lah kekurangan atau kelebihan, ada sebabnya kenapa Allah takdirkan kau macam ni," pujuknya lagi matanya kembali memandang aku "Oteyy?" soalnya dengan mimik manja. Aku tergelak melihat mimik mukanya. Pandai juga Ozi bermanja rupanya.
Aku lantas menaip papan kekunci pada skrin telefon lagi 'Kau ni dah macam ustazah lah,' tulis ku lalu aku tunjukkan kepadanya. Ozi tergelak "Alaa, biasa ah. Walaupun aku ni samseng, hipster, gangster dan emo," tangannya ligat bergerak seperti penyanyi rapper "tapi aku ni boek taw," sambungnya lagi.
Kali ini, lagaknya yang membuatkan aku kembali meluat. Aku mengenyilkan mata memandangnya seraya menjeling lembut.
...
"Apasal diorang dua tu lain macam je?" soal salah seorang mahasiswa perempuan kepada kawannya yang duduk tak jauh dari Bilqis dan Ozi.
"Hrmm, biasalah tu. Kau ingat student Universiti ni tak de yang pelik-pelik ke?" soal kawannya. Kepalanya di geleng "Fuh, nasib baik lah kita bukan golongan yang bukan-bukan," ujar kawannya lagi.
Mendengar itu, Ozi dapat bayangkan mulut dua orang perempuan di belakangnya terjuih-juah kepada dia dan Bilqis. Seakan-akan dia dan Bilqis mempunyai hubungan songsang.
Belum sempat kepala Ozi diarahkan kepada mereka, Bilqis lebih dulu menggenggam lengan Ozi. Kepala Bilqis menggeleng tanda 'jangan hiraukan mereka,'. Namun, tahap kesabaran Ozi yang senipis tisu membuatkan Ozi menepis lengannya daripada genggaman Bilqis.
Kepalanya ditoleh ke arah belakang bagi memudahkan dirinya melihat si empunya suara. Kedua-dua wajah gadis itu dipandang berselang-seli "You know what? Aku lebih kesian lah tengok relationship persahabatan korang berdua. Kaku semacam je sampai berpeluk bahu sesama kawan pun tak pernah," bidas Ozi sambil tergelak sinis.
Bilqis menepuk dahi tanda malu dengan perlakuan berani Ozi. Bahu Ozi ditarik sekali lagi menyuruh Ozi bersabar. "Kau ni sabar jap, aku tak habis cakap lagi dengan 'karipap bunga' kat belakang tu," gelaran 'karipap bunga' yang diutarakan oleh Ozi untuk mereka berdua cukup membuatkan lelaki yang duduk di hadapan kami tergelak.
Ozi sempat menepuk dahi kearah mereka "Oh ye, lupa aku nak bagitau. Dosa mengumpat orang tu besar taw," kepala Ozi terangguk-angguk beserta dengan mata polos Ozi ditunjukkan kepada mereka "Haa, aku sengaja laa nak pesan ni kan. Takut korang luperr.." sindir Ozi yang membuatkan mereka berdua terdiam.
.
YOU ARE READING
Sangkar Buatku
RomanceTatkala pilihan yang salah ini, telah menjadi memoir abadi dalam kisah hidupku. Sebuah memoir yang penuh dengan kegelapan di dalamnya. Tanpa ada sedikitpun cahaya yang sudi untuk menyinari. Dan itulah sangkar buatku. "Ini semua, pakaian orang dah...