TELEFON pintar berdering menandakan ada mesej yang sampai dari aplikasi WhatsApp. Dengan itu, gajet tersebut aku capai lalu mesej yang baru sahaja sampai aku baca sekilas
'Turun kejap if awak ada free. Ada benda saya nak sembang dengan awak,' mesej ringkas itu, membuatkan aku melihat penghantarnya. Dan si penghantar itu adalah, Arman.
'Awak nak bersembang pasal apa ni?' soal aku kembali setelah jemari menaip atas papan kekunci. Diriku diselubungi kehairanan. 'Adalah. Awak boleh turun pergi kafe sekejap,' balas Arman lagi.
Membaca itu, aku lantas bersiap ala kadar. Kakiku menapak satu demi satu anak tangga menuju ke kafe. Ikutkan hati, malas rasanya mahu berjumpa dengan Arman secara tiba-tiba begini. Namun apa boleh buat, manalah tahu ada hal penting.
Setelah diriku terpacak di hadapan kafe, kelihatan Arman duduk menyendiri menghadap sebuah laptop di hadapannya. Waktu malam begini, menaikkan lagi rasa kesejukan tubuh badan. Jaket aku tarik sedikit bagi mengetatkannya di tubuh badan. Setelah langkah aku tiba di hadapan Arman, aku melabuhkan punggung.
Wajah hitam manis milik Arman aku tatap sambil menunggu apa yang ingin dikeluarkan dari mulutnya. Tatkala Arman membalas tatapanku, aku dapt merasai wajah Arman yang serius. Jika sebelum ini wajahnya kelihatan sedikit nakal dengan beribu akalnya untuk menyakat, namun kini wajahnya kelihatan tegas memandangku.
"Kenapa awak takut pula dengan saya ni? Chill, saya cuma nak awak temankan saya je untuk buat assignment ni sikit," ujarnya dengan senyuman segaris di bibir.
Aku mengangguk tanda faham seraya menyoal 'Kenapa awak nampak serius semacam je malam ni?' tangan aku bergerak dalam bahasa isyarat tak lupa juga untuk menggerakkan bibir agar dia lebih faham. Setelah memahami apa yang aku sampaikan, Arman tersengih "Tak ada apa lah awak," balasnya bersahaja.
Entah kenapa, fikiran overthinking aku muncul. Lantas, aku melontarkan soalan kepadanya 'Awak ada girlfriend ke?' soalku dengan bahasa isyarat. Wajahku berubah inginkan kepastian. Bukan apa, manalah tahu, teman wanita Arman cemburu dengan aku. Takut juga aku.
Arman tersengih lucu dengan soalanku "Saya mana ada girlfriend awak. Awak je lah girlfriend saya. Hahaha," balas Arman dengan gelak ketawa. Lain sungguh menyakat dia pada malam ini. Dalam keadaan menjengkelkan, aku hanya mengenyilkan mata memandangnya. Nakal sungguh.
Namun dalam diam, siapa tahu bahawa jantung aku sedang berdegup kencang tatkala pernyataan itu terkeluar dari mulutnya.
Tak mungkin rasanya Arman suka akan gadis seperti aku. Dia anak orang berada, wajahnya mungkin tidak setampan Harraz, tetapi wajah itu manis sekali dipadankan dengan misai nipis bak keli di atas bibirnya yang tebal. Hidungnya mancung bagai kacukan India. Kulitnya sawa matang tetapi tetap kelihatan bersih dan terawat.
Mungkin kebanyakan wanita lebih menggemari kriteria lelaki seperti Harraz, tetapi sejujurnya aku lebih meminati lelaki seperti Arman.
Aduh! Boleh tahan gatal juga aku rupanya.
Ah, aku tak pernah menyimpan perasaan terhadap mana-mana lelaki sebelum ini termasuklah kepada Arman. Menyukai seseorang dalam diam, sama sahaja seperti menaruh harapan yang tidak pasti terhadap diri sendiri. Bila harapan setinggi langit, maka diri akan jatuh tersungkur di atas tanah.
"Cuti semester ni, awak ada pergi mana-mana tak? Atau stay je dalam bilik dorm?" soal Arman yang memecahkan keheningan antara kami berdua. Aku hanya menjawab 'Saya balik kampung,' balasku dengan bahasa isyarat.
"Ooo, saya nak ikut," balas Arman lagi membuatkan aku terperanjat.
Aku lantas bertanya 'Macam mana awak nak ikut saya?'. Kalau diikutkan, malas rasanya jika Arman ikut. Nanti apa pula kata mak dan ayah bila aku balik ke rumah dengan seorang lelaki.
YOU ARE READING
Sangkar Buatku
RomanceTatkala pilihan yang salah ini, telah menjadi memoir abadi dalam kisah hidupku. Sebuah memoir yang penuh dengan kegelapan di dalamnya. Tanpa ada sedikitpun cahaya yang sudi untuk menyinari. Dan itulah sangkar buatku. "Ini semua, pakaian orang dah...