Bab 15| Keluar

14 6 5
                                        

Pakaian berwarna merah hati ini sudah pun dikenakan pada tubuh badanku. Berbanding dulu, tubuh badanku sekarang menjadi semakin susut dan tidak bermaya. Sungguh jauh bezanya berbanding dengan diriku pada ketika dahulu. Dari perut, peha sehingga bahagian jejari tangan pun sudah mula melekap pada tulang.

Namun, bukan itu yang menjadi tumpuan aku pada ketika ini.

Yang menjadi tumpuan aku adalah pada pakaian yang aku kenakan. Tipulah jika aku mengatakan pakaian ini merupakan pakaian murah. Sudah tentunya mahal, dan jelas menampakkan jenama terkenal dari luar negara. Ya, inilah kali pertama aku mengenakan pakaian mahal.

Potongan pakaian jenis satin ini sungguh elegan dengan terdapat satu belahan di tepi yang agak luas dari bahagian hujung kaki hingga ke tengah paha. Pakaian ini tidak mempunyai lengan sama sekali yang menutupi bahagian dada malahan terdedah sehingga tiada sebarang tali bahu pun untuk menyokong pakaian ini dari jatuh ke bawah dada. Dan itulah yang aku risaukan dengan fesyen sebegini.

Tanpa di sedari, pintu bilik ku di kuak dari luar menyentakkan segenap lamunan aku sebentar tadi.

Melihat ke luar pintu, pandangan aku ke arah si empunya badan menimbulkan seribu satu soalan.

Siapa ni?

Adakah wanita ini simpanan yang lain lelaki tak siuman itu?

Jika iya, kenapa kali ini seleranya jatuh kepada wanita yang lebih berusia?

Senyuman wanita itu, tidak aku balas. Melainkan aku bertanya "Mana mak Su?" dengan wajah poker mendatar. Entah kenapa, telah lama rasanya aku tidak melihat susuk mak Su di dalam rumah ini. Segala makanan, tidak lagi dihantar ke bilik melainkan aku sendiri yang turun ke bawah sambil mencari-cari kelibat mak Su. 

Berkerut kening wanita itu tatkala soalan itu aku ajukan kepadanya "Siapa mak Su tu puan? Sa- saya tak tau pun," soalnya kembali dalam keadaan kebingungan. Sempat dia tersengih seketika dalam kehairanan.

Aku terdiam seketika "Mak Su. Pembantu rumah ni," jelas aku ringkas kepada wanita di hadapanku ini.

Wanita itu tersenyum lembut "Setahu saya, Tuan cakap tadi... saya sorang je pembantu dekat rumah ni," balas wanita itu. Dan kini, aku tergamam dengan jawapan itu.

"Saya rasa, mungkin mak Su di pecat Puan. Jadi, saya yang gantikan kerja-kerja mak Su," sambung wanita itu lagi. Seulas senyuman manis dihadiahkan kepadaku. Aku hanya membalas senyuman itu kelat.

Banyak perkara bermain dalam mindaku pada ketika ini. Kenapa semuanya seakan tiba-tiba? Kenapa dalam hidupku penuh dengan kejutan pada saban hari semenjak aku berkahwin dengan lelaki durjana itu?

Perlahan, wanita itu mendekati aku. Bahu aku disentuh penuh rasa segan oleh wanita bergelar pembantu rumah itu. Wajah aku perlahan dihala pada cermin meja solek.

"Wah, banyak nya alat solek Puan. Mahal-mahal pula tu," tegur wanita itu separa bergurau. Aku tersengih mendengarnya. Sungguh ramah wanita itu rupanya.

Fikirku, dalam keadaan tak siuman dan pemarah, pandai juga dia mencarikan pembantu rumah yang terbaik.

Rambutku yang sentiasa diikat sanggul, dibuka perlahan seraya dikemaskan ke belakang bagi menampakkan wajahku dengan lebih jelas "Harini, saya yang jadi MUA puan ye. Hehe... " Ujarnya dengan sengihan di hujung kata bagi memudahkan dia untuk berasa selesa denganku. Jauh dari sudut firasatku, dapat aku rasakan dia berasa segan denganku. Kekok sungguh tangannya tatkala melakukan kerja-kerja.

"Nama saya, Aliah puan. Kalau ada apa-apa, puan boleh panggil saya kak Leah," ucapnya bagi memulakan pembicaraan kami. Jujurnya, aku bukan tak ingin untuk bersembang dengannya, cuma aku tak biasa untuk berjumpa dengan orang-orang baru dalam hidupku. Mungkin kerana aku sentiasa dikurung dalam bilik ini agaknya.

Sangkar BuatkuTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang