Bilqis POV:
Sesampai nya aku di kem perkhemahan ini, aku sama sekali tidak menyangka bahawa aku tidak dapat mengikuti aktiviti lasak pada hari ini. Aku tak pasti sama ada itu adalah berita gembira atau berita sedih. Bagi aku, itu merupakan sebuah berita gembira. Aku sememangnya tidak begitu berminat akan aktiviti lasak terutamanya apabila melihat pandangan orang-orang sekeliling terhadap kekurangan aku yang satu ini.
Dapat aku bayangkan, semestinya nanti orang-orang sekeliling serta jurulatih akan menyoal tentang kekurangan aku. Dapat juga aku bayangkan, badan aku yang lembik dan kurang aktif bersukan ini memanjat dinding, berlari dalam hutan, serta meniarap di atas tanah yang basah. Bila berlaku kecederaan, aku tidak berupaya untuk menjerit.
Dengan itu, aku percaya bahawa betul lah apa yang orang kata jika kita permudahkan urusan seseorang, maka urusan kita akan dipermudahkan jua.
Kad matriks dengan nama 'Arman Iskandar bin Mokhtar dari Fakulti Undang-undang Jenayah dan Sivil' aku ambil apabila terjumpa di atas lantai dewan. 'Kenapalah dia bawa kad matriks masa pergi kem macam ni?' sempat aku bermonolog sendiri pada bayu sebelum aku mencari kelibatnya. Belum sempat aku naik ke atas kembali, Ozi sudah dulu memanggil aku untuk memberitahu sesuatu.
Setelah aku kembali ke dewan, rasa bersalah mula bertandang di hati akibat daripada harta orang telah lama berada ditangan. Tanpa membuang masa, aku lantas pergi ke kawasan tapak perkhemahan lelaki yang letaknya dibawah sedikit berbanding khemah perempuan. Walaupun wisel sudah ditiup dan laungan Temenggung sudah memecahkan suasana keheningan, aku tetap tak endah dan mencari kelibat seseorang berbaju T merah tadi bernama Arman.
Lama aku berdiri di kawasan tempat laluan di pagar untuk mengecam wajah lelaki hitam manis itu namun tidak juga muncul kelibatnya. Fikiranku mula buntu. Akhirnya, aku memutuskan untuk naik kembali dan beranikan diri menuju ke kawasan khemah lelaki walaupun aku sememangnya malu.
Alhasil, alhamdulillah. Dapat juga aku mengelak daripada aktiviti sukan lasak. Walaupun mendapat hukuman, tetapi hukuman ini bukanlah satu masalah yang besar bagiku.
Malahan, Arman tidak menyuruhku untuk melalukan kerja-kerja berat melainkan hanya menyuruh aku untuk memotong bahan masakan, mengupas bawang dan buah-buahan, serta memotong sayur. Segala kerja berat seperti mengaduk masakan dalam kawah besar, mengangkat barang berat dan ulang-alik berjalan kesana-kemari dilakukan sendiri oleh Arman.
Seketika aku terfikir bagaimana jika Harraz mempunyai sifat seperti Arman? Mungkin sehingga kini aku tidak mengenali Harraz. Mungkin juga Harraz merupakan idaman gadis-gadis di kampung. Malahan, berkemungkinan besar Harraz sudah berkahwin sekarang walaupun masih menjadi doktor pelatih.
"Saya dah siap masak awak. Cuba awak rasa sikit," tegur Arman daripada belakang yang menghentikan lamunan aku seketika. Aku yang terperanjat seraya menoleh ke belakang melihat susuk Arman. Sebuah pinggan kecil berisi kari ayam dihulurkan tepat dihadapan aku "Rasalah," pelawanya ringkas.
Makanan itu lantas aku sambut lalu memotong sedikit dan menyuapkannya ke dalam mulut sebelum diletakkan di atas meja. Bacaan bismillah sempat aku baca di dalam hati. Maklumlah, lapar dikatakan. Melihat diriku yang kelihatan sedikit gelojoh, Arman menegur "Awak lapar ke?" soalnya seraya melabuhkan punggung di sebelah aku.
Aku mengangguk. Jujur.
Arman tergelak melihat aku. "Sedap tak saya masak?" soal Arman lagi. Aku mengangguk laju. Memang sedap. Tekstur karinya pekat sungguh dengan rasa pedas yang sederhana.
Tanpa disedari, sesudu nasi dicedokkan lalu pantas diletakkan di atas pinggan aku beserta dengan kuah kari dan seketul ayam. Aku terkejut. Selama ini, belum pernah ada seseorang yang melayani aku sebaik ini terutamanya lelaki apatah lagi Harraz.
Sebelum menjamah makanan itu, aku kembali melihat ke arah Arman 'Boleh ke saya makan?' bibir dan lidahku seakan ingin mengucapkan kata-kata itu, namun suaraku tiada. Manalah tahu, jika kami berdua tidak dibenarkan untuk makan sebelum waktunya.
Tanpa perlu aku tulis di atas kertas mahupun telefon, Arman seakan sudah faham lalu dia mengangguk 'Awak boleh makan,' balasnya dalam bahasa isyarat yang dia cipta sendiri seakan ingin membahan aku.
Melihat gelagat Arman, aku hanya mengecilkan mata tanda geram dan malu dengan kerenahnya itu. Seperti kanak-kanak pun ada. Tak ubah seperti adik aku, Badrul.
Arman tergelak melihat aku "Awak ni penyabar lah," puji nya secara tiba-tiba "Saya kacau awak pun awak tak marah. Pukul pun tak," sambungnya lagi memberikan sebab. Aku hanya mengangguk.
Aku bertanya kembali dengan membuat bahasa isyarat 'Buat apa saya nak marah?' bibir dan lidah aku juga turut bergerak supaya dia lebih faham. Arman tergelak lagi "Ye tak ye jugak kan," balasnya ringkas.
Pandangannya, kembali diarahkan kepada aku "Siapa nama awak?" soal Arman secara tiba-tiba. Aku lantas menunjukkan gelang tangan silver yang telah terukir namaku diatas. Sengaja aku menempah gelang tangan sedemikian, supaya memudahkan seseorang untuk mengetahui nama aku dengan mudah. Aku pun faham, bahawa tak semua orang memahami abjad dalam bahasa isyarat.
"Bilqis," baca Arman seraya menatap aku kembali. Aku mengangguk.
"Awak dari fakulti mana? Maklumlah sepanjang 4 tahun saya dekat UIAM tak pernah nampak awak pun. Atau sebab saya yang selalu terperap dalam bilik," soal Arman lagi. Sambil mengunyah, aku membuka skrin telefon yang menunjukkan bidang Aktuari.
"Actuarial Science? Pandai nya awak," puji Arman buat kesekian kalinya. Aku tersenyum malu seraya menggeleng menafikan hal sedemikian. Aku sebenarnya tidak lah sepandai mana. Aku hanya meminati bidang itu. Tambahan pula, bidang itu mempunyai peluang pekerjaan yang agak luas.
Setelah lama tersenyum, Arman bertanya "Awak ada pakwe tak?" keningnya terangkat sedikit nakal sambil mengenyil kan mata kearahku. Aku yang mendengar lantas terkejut sambil tersengih lucu.
Tangan aku ligat menaip atas papan kekunci dari telefon "Mana ada lelaki yang suka dengan perempuan macam saya," tulis aku sebelum menghalakan kata-kata itu padanya.
Arman sengaja membuat wajah marah "Janganlah cakap macamtu, ada tu... cuma awak je yang tak tau," ujar Arman cuba menenangkan hati aku. Aku tersenyum sumbing. Malas mahu percaya rasanya.
Tak ada.
Sejak bila pula ada lelaki sukakan aku? Sudahlah diriku tidak begitu cantik, kulit ku gelap, ditambah pula dengan bisu. Memang pakej lengkap lah dikatakan.
Tapi tak mengapa, mungkin inilah cara Allah s.w.t memelihara aku daripada sebarang kemungkaran. Kemungkaran yang bukan sahaja daripada nafsu lelaki, malahan juga kemungkaran dari segi bibir untuk mengeluarkan kata-kata yang tidak elok. Itulah kelebihan orang bisu seperti aku.
Tak lama kemudian, Arman menyambung pekerjaannya. Aku pula sibuk memotong bawang dan sayur-sayuran untuk dimasak oleh Arman kelak. Jauh dilubuk hati, aku begitu kagum dengan kepakaran memasak Arman. Setanding dengan mak-mak di luar sana.
Sedang asyik memotong bawang, rasa pedih di tangan secara tiba-tiba membuatkan lamunan aku terhenti. Cecair merah pekat jatuh menitik membasahi pisau dan bawang yang berdekatan dengan jari aku tadi. Sakit. Pedih. Bila tangan aku angkat, kelihatan bahagian kulit hadapan jari telunjuk yang sedikit terbelah.
Rasa perit itu aku tahan. Bibir aku ketap kuat.
"Ya Allah,... macam mana boleh berdarah ni Bilqis?" soal Arman yang menyedari keadaan tangan aku.
....
YOU ARE READING
Sangkar Buatku
RomanceTatkala pilihan yang salah ini, telah menjadi memoir abadi dalam kisah hidupku. Sebuah memoir yang penuh dengan kegelapan di dalamnya. Tanpa ada sedikitpun cahaya yang sudi untuk menyinari. Dan itulah sangkar buatku. "Ini semua, pakaian orang dah...