Bab 6| Harraz

26 17 10
                                        

Harraz merenung sendiri seakan-akan sedang menunggu seseorang "Aishh, mana lah minah bisu ni?" soalnya pada bayu. Hatinya geram memikirkan Bilqis yang sudah 2 hari tidak nampak batang hidungnya.

Nafasnya dihela panjang "Dia balik Uni lagi ke?" monolognya sendiri.

"Ke... dia sengaja tak nak keluar dari rumah sebab tak nak tengok muka aku?" fikir Harraz lagi. Dia tersengih seketika seraya berfikir cara untuk berjumpa dengan Bilqis.

Lantas dia bingkas bangun daripada tempat duduknya. Lauk ayam masak merah yang sudah dihidangkan di atas meja makan, Harraz cedok lalu dimasukkan ke dalam bekas kurang lebih 4 ketul. Puan Asmah yang melihat gelagat pelik Harraz seraya menegur "Kamu nak bagi siapa pulak ni Harraz?" soal puan Asmah. Tambahan pula, lauk yang dimasak hanya cukup-cukup untuk mereka bertiga dalam rumah.

Harraz yang terperanjat melihat kelibat puan Asmah seraya menjawab "Suka hati Harraz lah mak. Mak ni pun buat semak kepala Harraz je," jawab Harraz kasar. Puan Asmah yang sudah terbiasa dengan sikap angkuh anaknya seraya berkata "Bukan mak nak menyibuk Raz, tapi lauk ni mak masak cukup-cukup untuk kita bertiga makan je. Kita dekat rumah ni bukannya banyak sangat makan," jelas puan Asmah lagi.

"Habis tu?" soal Harraz selamba. Tangannya berhenti seketika sambil memandang ibunya "Mak. Kita ni bukannya miskin sangat macam keluarga pak Hussein tu, dah lah anak dia tu bisu," bebel Harraz yang tiba-tiba sahaja menyentuh keluarga pak Hussein. Gayanya sungguh kelihatan kebudak-budakan pada mata puan Asmah. Tak padan dengan umur 26 tahun.

Kening puan Asmah berkerut mendengarnya "Kenapa tiba-tiba kamu sebut tentang keluarga pak Hussein pulak ni? Kamu nak bagi lauk ni dengan mereka ke?" soal puan Asmah lagi inginkan kepastian. Dia bukannya tidak mahu anaknya memberikan lauk itu kepada mereka, dia cuma pelik dengan sikap Harraz yang tiba-tiba itu.

"Mak sendiri yang cakap kan, sedekah tu amalan mulia. Jadi Harraz nak bersedekah lah ni. Mak boleh masak lauk lain lagi," bebel Harraz.

Setelah bekas itu ditutup rapat lalu dimasukkan ke dalam plastik, Harraz mengorak langkah keluar daripada rumah "Harraz pergi dulu, Assalamualaikum," ucap Harraz lalu kelibatnya hilang begitu sahaja pada pandangan mata puan Asmah.

Kepala puan Asmah hanya menggeleng melihat gelagat anak teruna nya yang satu itu.

Sebagai anak tunggal mereka, Harraz sememangnya telah membanggakan mereka berdua dengan bermacam-macam kejayaan yang telah ditunjukkan. Namun, disebalik pujian orang-orang sekeliling terhadap Harraz, puan Asmah memendam seribu satu kekecewaan dengan sikap Harraz. Sikap biadab, sikap panas baran, kesombongan Harraz dan banyak lagi. Sehingga terkadang puan Asmah menyalahi dirinya sendiri akan didikannya yang mungkin selama ini salah dalam membesarkan anak tunggalnya itu.

... ...

Deruman kereta berbunyi memasuki koklea telingaku. Suara itu menunjukkan sebuah kenderaan mewah memasuki kawasan perkarangan rumah mewah ini. Buku yang tadinya aku baca, aku simpan seketika. Tahulah aku siapa yang datang ke rumah ini.

Setelah pintu besar ruang tamu itu dikuak luas, kelihatan seorang gadis jelita dengan solekan tebal diwajah memasuki dengan selamba ke dalam rumah ini. Wanita itu memandang figuraku dengan reaksi 'siapa kau?'. Pantas, lengan kekar lelaki di sebelahnya dipaut "Siapa ni sayang?" soal wanita itu kepada suamiku tatkala memandang aku. Wajahnya kelihatan sombong seakan-akan jijik melihatku. Aku diam sahaja tidak menjawab.

Lelaki di sebelahnya menjawab "Bini aku, Mia," balasnya bersahaja memperkenalkan aku.

Wanita di sebelahnya terkejut besar. Mulutnya melopong. Matanya kembali memandang lelaki di sebelahnya "Jadi selama ni awak ada wife? And you keep it as a secret to me?" soalnya. Wajahnya jelas menyimpan seribu satu soalan yang ingin diluahkan tetapi tidak mampu untuk membuka mulut lagi.

"Who says it's a secret babe? Now you know it right?" balas lelaki itu lagi. Aku hanya memandang senario mereka berdua dengan wajah poker tanpa reaksi. Aku faham. Dia memang sengaja membawa wanita yang berlainan untuk ditunjukkan di hadapanku. Niatnya ingin membuatkan aku cemburu dengannya.

Kali ini, lelaki itu memegang kedua belah bahu wanita yang baru sahaja dibawa memasuki rumah. "Even I have a wife, but my heart is always beating for you," ujar lelaki itu sambil menuding jari ke arah dadanya. Seraya menarik tangan wanita genit itu menaiki anak tangga. Wanita itu hanya menurut "But you know right. I can't accept all of this. I couldn't sharing you with another b*tch," balasnya dalam nada marah. Langkah mereka, perlahan-perlahan hilang dalam pandangan aku.

Nampaknya, aku hanyalah dianggap patung di rumah ini.

Cemburu?

Oh, aku sedikitpun tidak menyimpan perasaan terhadap lelaki itu. Jadi apa makna cemburu pada ketika ini? Aku malah kesian melihat wanita secantik itu hanya membesar dijadikan bahan pemuas nafsu serakah lelaki. Hanya disebabkan harta, kekayaan, dan wang ringgit.

Air mata aku sudah cukup kering untuk menghadapi semua ini. Penat pun ada.

Melihat mereka memasuki sebuah bilik master room yang terletak di tingkat tiga, aku hanya memandang kemaksiatan itu dengan pandangan kosong. Buku yang tadi aku tutup kembali aku buka untuk menyambung baca apa yang aku tertinggal tadi. Maklumlah, aku tiada telefon seperti orang lain untuk melayari internet dan media sosial.

Kali terakhir aku ada telefon, adalah sewaktu aku berumur 24 tahun. Semenjak aku berkahwin dengan lelaki pembawa bala dalam hidupku ini. Dan kini, sudah genap 2 tahun hidupku bagaikan burung dalam sangkar. Bagai katak dibawah tempurung. Aku bersuami, tetapi aku tidak dianggap isteri. Ingin memberontak pun tiada gunanya.

...

"I'm wondering why your wife doesn't seems jealous with you? How much money did you give her per month?" Elena memandang lelaki dihadapannya. Entah kenapa, fikirannya menerawang ke arah gadis bertudung di ruang tamu tadi. Hendak rasa bersalah, namun Mia hanya memandangnya kosong sedari tadi.

Lelaki itu hanya diam tanpa sebarang kata.

Elena hanya tergelak memandang kekasihnya "Why you marrying such a dumb women like her?" soalnya dengan nada sombong.

Entah kenapa, hati lelaki itu panas mendengarnya "She is not as dumb as you think. I know her," balasnya ringkas. Malas mahu menjelaskan panjang lebar tentang isterinya.

Elena menemui sebuah fail di atas meja kekasihnya "What kind of file is this? About that budak kampung?" soalnya. Tangannya pantas membuka fail itu dengan penuh emosi. Matanya terbeliak.

Melihat helaian yang seterusnya, Elena semakin panas hati. Lantas, helaian itu dicampak ke wajah kekasihnya. Dirinya merasa tersaingi dengan gadis bernama 'Mia'.

Kekasihnya hanya diam tanpa sebarang kata memandang ke arah Elena. Tanpa disedari, tubuh Elena dipeluk dari arah belakang dengan tujuan menyejukkan sedikit sebanyak hati Elena. Namun, Elena menepis tangan kekar itu.

...

Sangkar BuatkuTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang