Dalam keadaan Harraz yang agak mamai, aku setia menemani Harraz menapak keluar melepasi pintu gelangsar hotel ini. Maklumlah, jika bukan aku, siapa lagi yang akan menemani lelaki ini. Lengan kekar miliknya, sama sekali tidak aku papah melainkan tangan kekar itu yang setia menggenggam erat lenganku bagi menyokong pergerakan tubuh badannya ketika ini. Sesekali, tangannya menyentuh sedikit pelipisnya menandakan kepalanya yang sudah teramat pening.
Sungguh tak dapat aku bayangkan, bagaimana keadaan kami apabila lelaki ini memandu kelak. Tambahan pula, perjalanan dari hotel ini ke rumah kami agak jauh. Takkanlah aku pula yang akan memandu nanti.
Tatakala kedua bayang kami telahpun tiba di hadapan kereta Bentley milik Harraz, aku lantas menuju ke hadapan pintu tempat dudukku tadi. Yakni, tempat duduk di sebelah pemandu. Belum sempat pintu dibuka, satu suara garau yang sangat aku kenali mula menusuk segenap gegendang telinga ”Mia,” suara itu membuatkan aku pantas memandang ke arah wajah maskulin itu. Bibir aku sungguh kaku untuk bertanya “apa”.
Maka dengan itu, aku hanya diam kaku tak bersuara.
“Aku tau, tadi kau ada jumpa lelaki lain. Aku tau, tadi kau sebenarnya nak melarikan diri dari aku kan,” tuturnya dalam keadaan mamai tanpa sedikitpun kekok di dalam nadanya itu. Mendengar itu, aliran darahku serasa ingin terhenti. Apa yang diperkatakan itu benar sungguh. Tapi dari mana dia tau?
Ah, mustahil dia yang hanya duduk di bahagian bar tahu apakah yang berlaku di bawah sana. Harraz tiada satupun kamera litar tertutup di bawa bersama. Walaupun yang bersaiz kecil. Aku yakin itu hanya firasatnya sahaja.
Aku menggeleng laju menafikan “Awak ada bukti ke?” soalku tanpa memandang wajah itu. Mendengar itu, Harraz sedikit geram. Wajahnya mamai dan kemerahan akibat daripada alkohol yang berlebihan dalam badan. Mindanya mula tidak keruan “Sejak bila pulak kau pandai menjawab ni? ” soalnya tegas. Mata setajam burung helang itu menatap diriku dengan kening berkerut.
Tanpa sebarang jawapan, aku pantas meloloskan diri dalam perut kenderaan. Malas mahu menjawab soalan daripada orang yang mindanya sudah pening-pening lalat tambahan pula spesis narsistik seperti Harraz.
Belum sempat aku menutup pintu kenderaan, figura tubuh kekar itu sudah berada di hadapanku bagi menghalang pergerakanku untuk mentup pintu ini. Daripada bahagian tubuhnya, aku perlahan kalihkan pandangan memandang tepat ke arah wajahnya. Melihat wajah itu, rasa ketakutanku kembali bertandang di hati. Wajah itu bengis. Lebih bengis daripada wajahnya ketika di bar tadi. Daripada berlagak tenang seperti tiada apa yang berlaku, kini aku mula menjadi cuak.
Tanpa disedari, lenganku ditarik sekuat hati membuatkan tubuh badanku yang tadinya berada dalam posisi duduk kini terbangun semula. Pintu kereta itu kembali ditutup dengan hempasan sekuat tenaga. Kini, tangan itu beralih posisi ke wajahku. Rahang ini dicengkam sekuat hati. Wajahnya seraya didekatkan ke wajahku “Cuba ulang sekali lagi apa yang kau cakap tadi,” pintanya sinis. Aku diam tanpa bersuara.
“Aku minta kau ulang balik apa yang kau cakap tadi!” tengkingnya kasar. Cengkaman tanganya kini menjadi semakin kuat di rahangku. Hampir ingin patah rasanya rahang ini. “Aku dah bagi peluang kau menjawab sekarang kan. Apasal kau diam?” tengkinngnya lagi yang membuatka aku terpaksa menahan malu di tempat umum sebegini.
Tangan itu mula diangkat setinggi langit. Ingin dihayunkan tepat ke wajahku “Kenapa diam?” soalnya.
Namun, belum sempat tamparan itu hinggap ke wajahku, satu tangan mula cuba untuk menahan pergerakan lengan kekar itu. Membuatkan aku yang tadinya menutup wajah untuk melindung diri, kini aku kembali melihat ke arah Harraz.
“Lelaki macam apa kau ni naik tangan dekat perempuan?” soal suara itu. Wajah itu memandang tajam ke arah anak mata milik Harraz. Tegang sekali. Menyedari itu, Harraz menepis kuat tangannya “Kau tak ada hak untuk masuk campur dalam urusan aku sekarang ni,” balas Harraz penuh ego. Jauh di sudut hatinya, terbit rasa malu terhadap lelaki di hadapannya kini.
YOU ARE READING
Sangkar Buatku
Любовные романыTatkala pilihan yang salah ini, telah menjadi memoir abadi dalam kisah hidupku. Sebuah memoir yang penuh dengan kegelapan di dalamnya. Tanpa ada sedikitpun cahaya yang sudi untuk menyinari. Dan itulah sangkar buatku. "Ini semua, pakaian orang dah...