17| Rindu

21 7 7
                                        

Setelah membasuh tangan, aku menghala wajah ke hadapan. Yakni pada cermin yang terpampang luas di hadapan mata. Tatkala melihat diri ini, dapat aku rasakan diri aku yang sungguh berbeza dari yang lain. Sungguh berbeza dengan diri aku yang dulu. Dari bentuk wajah, bentuk tubuh termasuklah tona kulit.

Jika dahulu wajahku berisi, kini wajahku sedikit cengkung dek terlalu banyak bebanan yang aku pikul pada saban hari walaupun bebanan itu bukan dari fizikal. Jika sebelum ini tubuhku sedikit berisi, kini menjadi semakin susut sehingga muat dengan segala pakaian bersaiz S. Begitu juga dengan tona kulitku yang dahulunya gelap, kini menjadi lebih bersih walaupun sawo matang disebabkan sudah 2 tahun aku tidak merasa apa itu hembusan pawana lari luar.

Setelah agak lama termenung, aku seraya menutup pili air lalu menapak keluar dari tandas ini. Takut juga kalau masa untukku sudah terlebih 10 minit. Maklumlah, hidupku serta gerak-geriku sudah biasa dikongkong semenjak aku berkahwin dengan lelaki itu.

Setelah langkahku terhenti di hadapan pintu lift, belum sempat aku menekan butang di hadapan, satu suara mula menghentikan pergerakanku. Yang pastinya, suara itu berasal daripada koridor bangunan hotel ini.

"Mia!" panggilan yang diulang entah kali keberapa itu membuatkan kepala aku menoleh ke arah suara itu.

Maka dari situ, jantung aku berdegup laju kembali. Malahan lebih laju daripada tadi saat aku memandang ke arah susuk itu. Apabila rasa diri ini dipanggil, aku menapak selangkah demi selangkah ke arahnya. Kenapa dia panggil aku?

Saat kedua mata kami saling bertentangan, maka air muka itu kelihatan berubah sedikit gembira.

"Awak masih ingat saya tak?" soalnya dalam nada yang sedikit lirih. Aku mengangguk perlahan. Tipulah jika aku lupa akan lelaki di hadapanku ini. Lelaki yang pernah berada di dalam hatiku suatu ketika dahulu. Namun, disebabkan takdir dan keadaan, aku terpaksa berpisah dengannya dan berkahwin dengan lelaki yang langsung tidak pernah terlintas dalam fikiranku untuk dimiliki.

Lelaki di hadapanku kini tersenyum manis "Awak nampak berubah sangat berbanding dulu. Saya suka awak yang sekarang," tegurnya. Mendengar itu, aku menjadi tersipu malu dengan diriku sendiri. Seakan sebuah teguran untukku walaupun dia berfikiran terbuka. Sangkanya, mungkin aku memilih untuk selesa berpakaian sebegini.

"Tapi saya rindu awak yang saya kenal dulu. Masa kita mula-mula kenal," sambungnya lagi. Yang membuatkan pandanganku kembali menatap wajah hitam manis itu. Bibir berisi itu masih setia mengukir senyuman.

Aku membalas senyuman itu kelat "Saya pun rindu sangat diri saya yang dulu. Sedangkan awak, sampai sekarang masih sama semacam mana kita mula-mula jumpa dulu," sekian lama mendiamkan diri, akhirnya aku bersuara. Seulas senyuman aku hadiahkan kepadanya.

Mendengar itu, riak wajah lelaki itu berubah 360°. Terkejut dengan apa yang di dengarinya. Walaupun dalam jarak yang agak jauh, dapat aku rasa degupan jantungnya berdegup laju. Sebagaimana apa yang aku rasa pada saat ini. Namun, aku hanya berlagak tenang dalam keadaan atmaku yang mula dilanda gemuruh.

Tanpa membuang masa, aku seraya meminta diri "Saya naik atas dulu ye," untuk beredar darinya. Tak layak rasanya aku untuk berdiri di situ terlalu lama. Cukuplah perasaan asmaraloka ini timbul semasa aku masih bersama dengannya satu ketika dahulu. Bukannya pada saat-saat aku sudah berkahwin dengan lelaki lain.

"Saya tau, awak dah berkahwin. Dan saya pun tau, layanan yang awak dapat bukan layanan yang layak dipanggil sebagai isteri," kata-kata yang meluncur dari bibir itu, menghentikan langkahku.

Kening aku mula mengukir kerutan seribu tanda tanya "Dari mana awak tau semua ni?" soalku seraya menatap kembali wajah itu.

Lelaki itu merenung sejenak "Itu tak penting untuk awak tau. Yang penting, saya boleh tolong awak," balas lelaki itu ringkas namun berisi. Mendengar itu, minda aku mula berubah.

Sangkar BuatkuTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang