Keheningan antara aku dan dia mula menguasai suasana di dalam lif. Dari tingkat paling bawah, lelaki di sebelahku menekan butang untuk menuju ke tingkat paling atas. Tingkat itu, sememangnya telah di tempah oleh seorang Dato' ternama. Sebagai antara tetamu jemputan, semestinya kami tahu bahawa hanya orang-orang tertentu sahaja yang mengetahui akan jemputan ini.
Aku melihat diriku pada kaca yang terpampang di dalam lif. Jujurnya, seumur hidupku aku belum pernah mengenakan alat solekan setebal ini walaupun dikatakan 'natural look' oleh kak Leah tadi. Apabila bibir ini dihiasi dengan warna merah jambu, semakin terserlah keanggunan diriku.
Seketika, diri ini menjadi malu dan segan tatkala berjumpa dengan para lelaki yang ada di atas kelak. Jantung aku mula berdegup laju. Sungguh malu rasanya jika aku menjadi antara pusat perhatian. Alangkah baiknya jika aku mengenakan pakaian sederhana sahaja dengan tudung labuh. Namun, semuanya telah dibuang.
Atau lebih baik lagi, aku duduk terperap sahaja di dalam bilik seperti selalunya.
Salah satu sisi, pada saat ini aku merasakan apa erti sebuah kebebasan walaupun masih di kongkong bak haiwan peliharaan. Setelah lebih dua tahun, aku akhirnya dapat menghidu udara luar, melihat keadaan sekeliling dan perlahan-lahan rasa ketenangan muncul dalam diriku walau hanya seketika. Namun, atmaku tidak lari dari degupan yang hebat akan kejutan oleh seorang lelaki ini.
Ting!
Suara dari lift mula menyentak lamunan aku seketika. Tatkala pintu besi itu terbuka luas, maka cahaya dari luar mula menyinari segenap kegelapan dalam lift ini.
Dapat aku lihat, pelbagai orang-orang berada sedang duduk bersantai di meja mengikut puak mereka masing-masing. Pakaian mereka, dan gaya duduk mereka sungguh berbeza berbanding jamuan biasa. Seakan-akan mereka sedang berada di majlis formal. Adakah ini majlis formal?
Tanpa disedari, figura lelaki di sebelahku sudahpun menapak keluar daripada lift ini sedangkan aku masih statik dengan termangu-mangu. Apabila lelaki itu menoleh menatap wajahku, dapat aku rasakan kegeraman dalam hatinya mula timbul. Segera ditariknya pergelangan tangan aku untuk mengikuti jejak langkahnya. Aku hanya menurut.
Aku melilaukan mata melihat ke arah sekeliling. Kini, pautan tangan kekar itu mula berada di lenganku untuk menghilangkan rasa kejanggalan antara kami berdua di mata orang ramai. Sedangkan aku sedikit jengkel dengan pautannya itu.
"Mister Harraz and Mia, sila duduk depan ye. Dato' dah tempahkan tempat duduk paling privasi untuk kamu berdua," ucap penyambut tetamu alias salah seorang pekerja di hotel ini. Aku hanya tersenyum kelat membalas senyuman pekerja itu.
"Is that Harraz wife?" soal salah seorang anak Dato' tatkala melihat figura bertubuh ramping dan berkulit sawo matang. Cantik juga. Lalu, insan yang berada di hadapannya mengangguk tanda 'iya,'.
Pemuda itu tersengih "Patutlah dia kurung bini dia. Bini dia spek model kot. Model pun kalah dengan bini dia mat!" puji salah seorang lelaki. Bibirnya digigit sedikit tatkala melihat tubuh ramping dan berwajah Melayu kacukan itu.
Setelah aku melabuhkan punggung pada sebuah kerusi empuk, beg sandang berjenama ini aku letakkan pada tepi pinggang. Jujurnya, aku sedikit kekok apabila melihat keadaan sekeliling. Maklumlah, aku tak reti bersikap formal. Aku bukan dari kalangan orang berada.
Sesekali, selain melihat wajah tegang Harraz yang bagaikan singa ingin menerkam mangsa, mata aku melilau melihat ke arah sekeliling. Tiba-tiba, mata aku tertancap pada satu susuk yang amat aku kenali. Wajah itu kelihatan sungguh tenang dan redup.
Wajah itu, berjaya membuatkan duniaku terhenti. Jantung aku berdegup semahunya. Perasaan aku kini bercampur baur. Entah kenapa, aku juga tak faham dengan perasaan yang tiba-tiba ini.

ANDA SEDANG MEMBACA
Sangkar Buatku
Storie d'amoreTatkala pilihan yang salah ini, telah menjadi memoir abadi dalam kisah hidupku. Sebuah memoir yang penuh dengan kegelapan di dalamnya. Tanpa ada sedikitpun cahaya yang sudi untuk menyinari. Dan itulah sangkar buatku. "Ini semua, pakaian orang dah...