Aku Bilqis.
Orang kata, cinta dari seorang jejaka itu lebih tulus daripada cinta seorang gadis. Maka aku lebih memilih untuk 'dicintai' daripada 'mencintai'.
Dengan pilihan ku, maka terbukalah tirai kisah asmaraloka untuk diriku ini.
"Oi, ikan bilis!"
Tatkala kaki aku sedang melangkah membawa diri, satu suara garau menyapaku dengan nada yang nyaring membuatkan kakiku terhenti. Kepalaku menoleh seketika mencari gerangan si pemanggil. Susuk figura yang tinggi lampai, berkulit putih dengan tubuh berisi memanggil aku.
Melihat figura yang amat aku kenali, senyuman aku terukir.
"Apahal kau senyum-senyum macam kerang busuk kat aku?" soalnya agak emosi. Kakinya masih menapak mendekati aku tatkala melontarkan soalan itu " Kau ingat aku panggil ni sebab nak bagi kau bunga ke apa?" soalnya buat kesekian kalinya.
Kini, wajahku telah hampir pada dada bidangnya yang lebar menandakan jarak antara aku dan dia, hanya berada kurang lebih seinci. Serentak, kaki kiri menapak ke belakang untuk menjarakkan sedikit diri darinya.
"..."
'Senyum pun salah ke?' balas aku kembali. Namun malangnya, kata-kata itu hanya mampu aku ucapkan dalam hati. Begitu juga dengan bibir ini yang terkunci untuk menjawab soalan Harraz si lelaki terkacak di kampung ini. Mataku menatap matanya mendalam dengan pandangan redup seraya kening mula mengukir sedikit kerutan tanda 'apa'.
"Dah lah bisu, banyak berangan pulak tu," sindirnya berharap aku akan terkesan dengan sindiran itu.
Malangnya tidak, sindiran sedemikian sudah lali di telingaku. Malahan, sindiran seta hinaan yang lebih kejam dari itu sudah sebati dalam lubuk hati seorang Bilqis.
Aku diam sahaja tanpa membalas apa pun.
"Nah duit," tangannya pantas menghulurkan duit 10 ringgit kepadaku.
Aku memandang lagi wajahnya "Mak aku suruh kau tolong beli maggi 2 bungkus dengan telur 3 biji. Baki kau simpan," arahnya kasar. Mataku terbeliak sebentar memandangnya, sambil melihat duit itu dan dia secara selang seli.
Bukan apa, aku penat berjalan jauh sedari tadi. Kini pula, aku disuruh untuk patah balik semata-mata untuk menolong dia. Kalau begini setiap hari, boleh patah kaki aku.
Harraz masih bercekak pinggang di hadapanku "Kenapa? Kau tak puas hati aku suruh kau?" soalnya yang sangat memahami kata hatiku. Maklumlah, sudah lebih 10 tahun jejaka ini kenal denganku.
"Kau nak tau sebab apa?" keningnya terjungkit. Tidak sabar mulutnya untuk menjawab soalannya sendiri. Jari telunjuknya mula diluruskan tepat dihadapan mataku "Yang pertama,..." matanya masih tidak lari untuk bertentang mata denganku
"Sebab kau bisu," jawabnya ringkas dan padat.
"Kau tau tak orang bisu macam kau ni tak boleh nak buat apa. Kau belajar lah pandai mana sekalipun, kerja hebat mana nak terima orang bisu?" soalnya. Tangannya mula di tongkatkan pada lutut agar ketinggiannya sama denganku. Senyuman sinisnya terukir seraya tergelak kecil.
Lalu, jari hantu nya diluruskan lagi menunjukkan "Yang kedua..." air liurnya diteguk untuk meneruskan ucapan "Sebab kau miskin. Duit 3 ringgit pun ntah ada ke tidak dalam kocek engkau. Sebabtu lah aku datang ni nak tolong kau," jari telunjuknya sempat menunjuk ke arah aku. Senyumannya terukir lagi buatku.
Lantas, tangannya menepuk-nepuk bahuku perlahan seraya berlalu pergi meninggalkanku yang terkebil-kebil sendirian di tengah bahu jalan ini.
Tanpa disedari, setelah aku mengorak beberapa langkah untuk menuju ke kedai yang agak jauh dari tempat aku berdiri, Harraz masih memerhatikan aku dari jauh. Menyedari itu, aku menoleh kembali ke belakang untuk memastikan apa lagi cengkadaknya.
Tiba-tiba sahaja, air muka Harraz yang tadinya seakan ingin mencekik ku berubah menjadi sedih lalu dia pergi sambil menyembunyikan perasaannya.
Melihat perubahan air muka Harraz, aku terus berlalu pergi tanpa mengendahkan Harraz.
Ah, dia kan benci aku. Buat apa nak ambil kisah tentang dia. Asalkan aku dapat upah berjalan harini.
.....
Harraz merupakan seorang doktor praktikal di sebuah Hospital kerajaan. Setelah menamatkan pengajiannya dalam bidang perubatan, kini Harraz telahpun berkhidmat di Hospital Jantung yang terletak di tengah-tengah bandar. Seminggu sekali, Harraz akan balik ke kampung untuk menziarahi kedua orang tuanya.
Perkenalan antara dia dan Bilqis bermula sejak umur mereka masih kanak-kanak lagi. Walaupun, umur Harraz lebih tua dari Bilqis.
"Ewww... Ada budak hitam lah kat sini!" seorang budak perempuan membuat gaya geli tatkala melihat susuk Bilqis yang berkulit gelap dan berbaju lusuh.
Tanpa disedari, seorang pelajar lelaki menolak tubuh kecil Bilqis sehingga dia tersungkur jatuh ke lantai. Makanan yang telah dibeli dari kantin sekolah sudah bertaburan di atas lantai. Dengan sabar, Bilqis mengutip makanan tersebut perlahan untuk membersihkan lantai yang telah berterabur dengan makanan.
Baru sahaja makanan itu dikutip, "meh sini, aku tolong kau kutip," ujar budak itu yang menenangkan sedikit hati kecil Bilqis. Bukannya menolong, malah makanan yang tadinya pura-pura dikutip oleh budak itu dilemparkan kembali ke wajah Bilqis. Dengan itu, pecahlah tangisan Bilqis di khalayak ramai.
"Tepi ah korang!" jerit satu suara yang amat Bilqis kenali. Yakni suara Harraz. Lengan Bilqis diangkat untuk membantu gadis itu berdiri. "Aku report korang bertiga dekat cikgu disiplin nanti. Tengok lah nasib korang macam mana," tegas Harraz selaku pengawas sekolah rendah itu. Seraya, Bilqis dibawa menjauhi tiga orang samseng sekolah tersebut.
Semenjak dari situ, Bilqis tidak pernah lagi dibuli oleh mana-mana pelajar walaupun pada hakikatnya dia tidak mempunyai penampilan yang kemas dan terlalu polos.
"Disebab kan aku, hidup kau dekat sekolah ni dah aman damai. Kalau tak ada aku, mungkin sampai sekarang kau masih dibuli," ujar Harraz kepada Bilqis dengan gaya angkuhnya. Harraz dan egonya berpisah tiada. Manakala Bilqis hanya menunduk mendengarkan setiap bait kata Harraz.
"Disebabkan aku dah banyak tolong kau, kau kene banyak tolong aku jugak," sambung Harraz sambil merenung Bilqis dengan renungan tajam. Bilqis hanya memberi anggukan tanda setuju.
.
'Sampai bila saya kena tolong awak?' tulis Bilqis pada secebis kertas lalu di hulurkan kepada Harraz. Kerana terlalu lama rasanya dia menjadi orang suruhan Harraz. Sehingga terkadang, Bilqis keletihan berjalan kesana-kemari semata-mata untuk menolong Harraz.Fikirnya, kini tibanya masa yang sesuai untuk dia bertanya kepada Harraz. Tambahan pula, mereka berada di kawasan yang lapang tanpa sesiapa pun.
"Soalan apa ni?" soalnya kasar sambil mengoyakkan kertas itu di hadapan Bilqis.
Lengan Bilqis ditarik kasar "Kau dengar sini elok-elok eh," mukanya berubah bengis serta-merta "Kalau tak ada aku dekat sekolah ni, kau dah lama kene buli taw. Ntah-ntah sampai sekarang pun kau masih kene buli," lengannya dilepaskan kasar.
"Jadi, kalau kau tak nak kene buli. Kau kena tolong aku sampai bila-bila," sambungnya lagi.
....
"Dah kau beli maggi dengan telur yang aku pesan tadi?" soal Harraz sambil menyilangkan tangan ke arah aku. Aku mengangguk seraya menghulurkan plastik yang berisi barangan yang telah dipesan oleh Harraz tadi.
"Baki?" soal Harraz. Aku menghulurkan not 5 ringgit kepada Harraz. "Tak payah bagi aku, kau simpan je untuk kau," balas Harraz ringkas.
Tanpa sebarang kata, aku lantas pergi dari rumah Harraz. Malas rasanya mahu berdiri tercegat terlalu lama di hadapan rumah orang. Tak manis rasanya tambahan pula dia merupakan seorang gadis.
...

ANDA SEDANG MEMBACA
Sangkar Buatku
RomansaTatkala pilihan yang salah ini, telah menjadi memoir abadi dalam kisah hidupku. Sebuah memoir yang penuh dengan kegelapan di dalamnya. Tanpa ada sedikitpun cahaya yang sudi untuk menyinari. Dan itulah sangkar buatku. "Ini semua, pakaian orang dah...