Arman POV:
Dengan mengenakan pakaian sukan, Temenggung dewan kem perkhemahan meniup wisel berkali-kali untuk mengejutkan semua mahasiswa yang selesai berehat dan mendirikan khemah sebentar tadi. Wisel yang ditiup, cukup membingitkan telinga sesiapa yang mendengar terutamanya para mahasiswa yang berada di situ.
Dengan itu, semua pelajar berpusu-pusu keluar daripada khemah mereka menuruni cerun tanah yang agak curam sebelum menuruni anak tangga. Sedangkan Arman masih duduk termangu-magu di atas sebatang kayu besar itu.
Melihat Arman, Naim hanya sekadar menyapa "Aku pergi dulu taw," sebelum kelibatnya hilang di pandangan mata.
'Cis, kawan tak guna' desis hati Arman.
Fikirannya kusut memikirkan kad matriks itu. Hatinya berbelah bahagi untuk memilih samaada dia harus turun ke dewan atau hanya duduk di atas sebatang kayu ini bagi menyembunyikan diri. Kalau dia turun, berkemungkinan dia akan dihalau oleh Temenggung dewan puaka itu. Namun, jika dia memilih untuk duduk di atas ini, berkemungkinan besar dia dapat menyertai pelbagai aktiviti walaupun namanya tidak ada dalam sesuatu kelompok.
Akhirnya, Arman memilih untuk menetap di kawasan khemah.
"Eleh, mahal-mahal aku bayar. Takkanlah aku pilih untuk kene halau pulak," katanya pada bayu.
"Siapa yang masih ada dekat atas, sila turun sekarang. Tak kisah tengah buat apa pun, turun sekarang dengan kadar segera!" laung Temenggung menggunakan pembesar suara. Bukannya turun, Arman bingkas bangun untuk menyembunyikan diri di belakang khemah yang telah dibinanya tadi. Untunglah khemahnya berada di tempat paling belakang. Jadi senanglah Arman untuk menyembunyikan diri.
Nasib baik penolong Penghulu ataupun ketua-ketua tidak melakukan rondaan pada ketika ini. Kalau tak, naya lah dia.
Sambil bersembunyi, otaknya ligat berfikir macam mana cara dia untuk menyertai aktiviti nanti tanpa perlu menghadiri taklimat dan pembahagian kumpulan. Dia perlu merancang strategi yang bijak pada kali ini. Ya, perlu untuk keselamatan dirinya juga.
Tiba-tiba sahaja, muncul kelibat berwarna putih ingin mendekatinya dari arah sisi. Tanpa melihat susuk itu, dia perlahan-lahan bergerak menyembunyikan diri dalam keadaan mencangkung. Belum apa-apa, susuk itu telah berada tepat di sisinya sambil duduk melihatnya.
Tatkala kepalanya cuba ditoleh ke arah sisi, "Oh mak kau terkejut aku!" latah Arman dalam keadaan terkejut. Dadanya diurut perlahan menunjukkan jantungnya berdegup terlalu laju pada ketika ini.
"Mampus lah aku," katanya kepada bayu sambil menepuk dahi. Fikirnya, mungkin ini adalah penolong Temenggung.
Setelah tangannya dijatuhkan, matanya terbuka untuk melihat dengan lebih jelas gerangan perempuan berbaju putih berada di sisinya. Dirinya terdiam seketika. Dunianya seakan terhenti tatkala menatap mata yang lebar dihiasi dengan bulu mata yang tebal. Keningnya tebal berbentuk taji. Wajahnya sederhana namun cukup buatkan hatinya terpana.
Dialah gadis yang dia terlanggar tadi.
Belum apa-apa, kad matriks miliknya telah dihulurkan oleh gadis itu. Gadis itu hanya diam seribu bahasa tanpa berkata apa-apa kepadanya. Rasa bersalah mula bertandang dalam hatinya. Dia rasa, dia telah menyusahkan gadis itu.
"Mana awak jumpa ni?" soal Arman yang memecah keheningan antara mereka berdua. Kad matriks itu diambil dari tangan gadis di hadapannya kini.
Gadis itu hanya menunjuk ke arah dewan tempat kami bertembung tadi. Tangannya ligat bergerak untuk berkomunikasi dalam bahasa isyarat namun Arman tidak faham apa maksudnya. Arman tersenyum "Saya tak faham lah awak. Cuba awak bercakap," balas Arman.
Tiba-tiba, hatinya luluh melihat wajah gadis itu. Serasa bagai dunia ini terhenti seketika dan hanya milik mereka berdua.
Gadis itu menggeleng laju. Dia menunjukkan mulutnya seraya membuat isyarat tangan 'tiada'. Arman mengangguk faham "Ooo, awak bisu rupanya,". Entah kenapa, dia rasa lucu dengan gelagat gadis di hadapannya ini. Comel pun ada.
Gadis itu mengeluarkan secebis kertas dan pen. Kertas yang kosong itu ditulis 'Awak kenapa tak turun?' lalu ditunjukkan kepada Arman. Setelah membaca itu, Arman lantas tersedar di alam realiti "Eh, ye lah. Kita kena turun sekarang ni. Jom," jawab Arman yang bingkas bangun.
Dengan kad matriks di tangan, dia berlari anak menuju ke dewan itu diikuti oleh gadis tersebut. Sesampai nya dia di dewan, kad matriks diangkat setinggi langit untuk ditunjukkan kepada Temenggung.
"Apasal korang berdua lambat?" soal Temenggung dengan tegas.
"Orang tengah sibuk nak bahagi kumpulan, baru muncul dua ketul ni," bebel jurulatih perempuan dari atas pentas menggunakan mikrofon. Tak dapat dibayangkan bertapa malunya Arman pada ketika itu.
Arman menunjukkan kad matriksnya pada Temenggung alias rakan sefakultinya "kad aku hilang tadi Syam, ni ha check ah,"
Syam hanya mengerutkan kening memandang wajah Arman "Apakehey pulak aku kene check kad matriks kau?" soal Syam yang sudah kebingungan.
Melihat Arman dari jauh, Naim sudah ketawa semahunya sambil menampar-nampar lengan Eizlan. Sakit perutnya ditahan "Aduii, sakit perut aku Naim. Hahahaha," ketawanya terbahak-bahak. Rancangannya menjadi untuk mengenakan Arman.
"Bukanke kau kene check kad matriks mahasiswa dulu sebelum taklimat ni berlangsung?" soal Arman kebingungan.
"Siapa cakap?" soal Syam lagi.
"Prof. kata, kalau pelajar tu tak ada kad matriks dianggap orang luar," balas Arman lagi.
Mendengar itu dari arah kejauhan, ketawa Naim makin menjadi-jadi. Nasib baik Arman tidak melihat dirinya. Kalau tak, habislah dia.
"Kau mimpi apa semalam Man? Kad matriks tu tak payah bawak masa kem macamni. Kang kalau hilang, siapa nak bertanggungjawab?" jelas Syam yang sudah mula pening dengan Arman.
"Dah-dah... aku dah tak nak dengar lagi merepek kau ni Man. Disebabkan korang berdua lambat, aku dengan jurulatih ada hak untuk denda korang berdua," sambung Syam lagi selaku Temenggung yang sudah dilantik oleh jurulatih kem.
Pernyataan itu sudah cukup membuatkan mereka berdua tersentak. Terutama Arman. Namun, jauh dilubuk hati kecilnya gembira kerana dapat ditakdirkan bersama dengan gadis yang telah mencuri hatinya ini.
"Dendanya, korang tak boleh join 3 aktiviti untuk hari ni. Tapi, korang kene tolong memasak apa yang patut kat dapur sana. Denda ni khas untuk 2 orang paling lambat masuk dewan macam korang berdua ni," jelas Syam panjang lebar "Tak perlu lah korang dengar taklimat untuk hari ni. Untuk pemilihan kumpulan, aku letakkan korang berdua dekat kumpulan 7," sambung Syam lagi.
"Itu sahaja, sekian... terima gaji," ucap Temenggung sebelum beredar meninggalkan mereka berdua yang masih kebingungan. Pandangan Arman diarahkan kepada gadis itu. Berlainan dengannya, gadis itu kelihatan tenang seakan menikmati denda ini.
Ah, mungkin jiwa perempuan lain dengan lelaki. Perempuan lebih suka mengelak daripada melalukan aktiviti lasak. Berlainan dengan Arman yang sangat gemar aktiviti yang mencabar. Sebab itulah dia sanggup meninggalkan tugasannya semata-mata untuk menghadiri program kem perkhemahan ini.
...
YOU ARE READING
Sangkar Buatku
RomanceTatkala pilihan yang salah ini, telah menjadi memoir abadi dalam kisah hidupku. Sebuah memoir yang penuh dengan kegelapan di dalamnya. Tanpa ada sedikitpun cahaya yang sudi untuk menyinari. Dan itulah sangkar buatku. "Ini semua, pakaian orang dah...