AKU bingkas bangun lalu menuju ke arah sinki dapur. Jari yang telah basah dengan darah aku cuci dengan air paip. Tatkala aku menoleh ke belakang, kelihatan Arman telah menyiapkan aku sebuah pembalut luka yang sudah siap dibuka.
Melihat dia, aku kehairanan.
Dia nak tolong aku ke?
Arman lantas menapak mendekati figuraku "Meh jari awak. Kalau awak pakai sendiri kang tak kemas pulak," ujarnya sambil memegang pembalut luka itu di tangan bersedia untuk membalut luka aku. "Pakai benda alah ni kena guna dua tangan, baru kemas. Sebab tu lah saya buka dulu," jelas Arman bagi mengelakkan aku bersangka yang bukan-bukan.
Setelah aku menghulurkan jari, Arman lantas menampal pembalut luka tersebut di tangan aku secara berhati-hati. Setelah jari aku siap berbalut, tangan aku bergerak untuk mengucapkan 'Terima kasih,' sebelum Arman menjawab kembali "Sama-sama,"
...
Semenjak dari situlah, perkenalan antara aku dan Arman di kem perkhemahan kekal seiring dengan waktu pembelajaran kami.
"Kau nak pergi mana lagi ni Bil?" soal Ozi yang sudah kepenatan dengan kerenah aku. Tangan dan bibir aku bergerak dalam bahasa isyarat menunjukkan 'Kita keluar nak?' soal aku yang penuh mengharap. Ozi kehairanan "Alah, nak keluar buat apa?".
'Pergi jalan-jalan dengan kawan aku,' balas aku lagi. Aku sempat membesarkan mata agar dia terima ajakan aku. Kalau tak, alamat duduk bilik sahaja lah kami pada hari ini. Tiada rezeki.
"Tak, masaalahnya sejak bila pulak kau ada kawan ni?" soal Ozi kebingungan. Aku laju membuka telefon menunjukkan mesej aku bersama Arman beserta dengan gambar-gambar Arman. Ozi yang melihat agak tersentak "Oh, Arman. Mamat yang kau jumpa dekat kem tu," Ozi mengangguk faham.
Sambil meletakkan jarinya ke atas dagu umpama berfikir, Ozi membuat keputusan "Okay lah, kita pergi sekarang," putus Ozi yang membuatkan aku riang gembira.
Setelah kami keluar dari bilik, aku dan Ozi berjalan dengan jarak yang agak jauh. Dari tempat kediaman kami sehingga ke sebuah bangunan fakulti undang-undang. Belum apa-apa, Ozi sudah mengeluh "Mak aii, jauh jugak bangunan fakulti kita dengan fakulti dia. Patutlah tak pernah nampak dia sebelum ni," kata Ozi. Aku mengangguk setuju.
Setelah melihat kelibat lelaki berkulit hitam manis dengan kot hitam beserta dengan beg hitam dari jauh, Ozi memanggil Arman "Oi!" membuatkan aku malu seketika. Kalaulah aku ada cangkerang pada ketika ini, mungkin aku sudah bersembunyi di dalamnya.
Arman yang terperanjat seraya menyahut "Ha, datang pun awak," kakinya menapak mendekati aku dan Ozi. Melihat Ozi, Arman hairan "Ini kawan awak ke?" soalnya seraya menuding jari ke arah Ozi.
Aku mengangguk 'iya,'.
"Ooo. Kalau Ozi pun ikut sekali," Arman membuka pintu keretanya untuk meletakkan beg hitam serta membuka kot yang sedari tadi tersarung di badan.
Ozi mengerutkan dahi "Kalau aku tak join sekali, apa cerita bro?" soal Ozi inginkan kepastian. Wajahnya jelas geram dengan orang yang spesis bercakap setengah-setengah seperti Arman. Cubalah bagi habis.
Arman yang sedikit terperanjat dengan cara Ozi seraya tersengih lucu "Kalau Ozi tak join, maknanya jadi lah saya dengan Bilqis jalan-jalan makan angin," kata Arman. Ozi menghela nafas panjang sambil memandang aku yang tersenyum dengan rasa bersalah. Ikutkan hati, mahu sahaja di cekiknya aku pada ketika ini. Maklumlah, sudah jauh kami berjalan, tiba-tiba tak jadi pula.
Arman lantas bercekak pinggang "Kalau Ozi join sekali, maknanya boleh lah kita berempat jalan sama-sama," gurau Arman sambil tergelak ketawa. Manakala Ozi hanya memandang Arman aneh. Aku hanya tergelak bagi memeriahkan gurauan Arman sebentar tadi.
Arman dan menyakat, memang berpisah tiada. Agaknya itulah sebabnya kenapa Arman dikenakan oleh Naim sewaktu program kem perkhemahan beberapa bulan yang lepas.
Aku hairan 'berempat?' siapakah orang yang keempat itu? Soalku pada Ozi.
Ozi kembali memandang Arman "Ntah lah pakwe kau ni Bil," balas Ozi yang membuatkan aku malu disebut 'pakwe' padahal hubungan aku dan Arman hanyalah sekadar kawan biasa.
"Orang keempat tu, abang saya," balas Arman dengan senyuman. Jari Arman menuding ke arah seorang lelaki bersut hitam. Gayanya kemas dan segak. Personalitinya sungguh berwibawa.
Melihat itu, air muka Ozi berubah. Dirinya lantas tersenyum sumbing melihat bertapa kacaknya abang kepada Arman "Abang kau? Kau kan tengah ambil Bachelor? Abang kau..." belum sempat Ozi menghabiskan kata-katanya, Arman pantas memotong "He's a lawyer now. A criminal lawyer," balas Arman dengan bangga. Dia berharap, suatu hari nanti dia akan menjadi seperti abangnya.
Ozi mengangguk sambil membentuk mulut 'o' tanda faham.
Ozi lantas membuat gaya berbisik "Abang kau single tak?" soalnya dengan nada berbisik.
Setelah tubuhnya tegak dari menunduk tadi, Arman seraya melaungkan suara "Bang! Kau single tak? Ni, Ozi tanya kau," soal Arman. Melihat gelagat Arman, Ozi menjadi geram. Merah padam muka Ozi dibuat Arman.
Aku tergelak ketawa melihat kenakalan Arman.
"Single!" balas abang Arman dengan ketawa yang masih tersisa. Dia faham benar kerenah adiknya yang satu itu. Anak kedua lah dikatakan.
...
"Awak suka aiskrim tak?" soal Arman kepadaku. Tahu-tahu sahaja dia yang aku sedang asyik merenung ke arah aiskrim ilao-ilao di hadapanku kini. Sebelum ini, aku hanya melihat iklannya di dalam aplikasi media sosial. Tak pernah tahu bagaimana rasanya. Aku mengangguk tanda 'suka,'.
Tanpa berkata apa-apa, Arman bingkas bangun dari tempat duduk kami berempat. Kakinya melangkah menuju ke arah tempat penjual aiskrim. Melihat Arman, aku menjadi serba-salah. Aku tak minta pun.
Setelah itu, Arman kembali dengan dua aiskrim perisa pistachio bercampur coklat di tangan. Tak lupa juga dengan topping kacang hazelnut. Setelah punggungnya dilabuhkan kembali pada kerusi, aiskrim itu dihulurkan kepada aku "Kalau saya, saya suka perisa macam ni, cuba awak rasa," ujarnya. Aku sedikit terkejut dengan caranya. Sepanjang aku hidup, belum pernah ada lelaki yang melayani aku sebaik ini.
Aku mengangguk perlahan. Aiskrim yang lembut itu aku cedok sedikit dengan sudu lalu disuap ke dalam mulut. "Sedap?" soal Arman. Aku mengangguk tanda 'sedap'.
"Arman cakap, awak ni ada masaalah bisu, betul ke Bilqis?" soal Azlan, yakni abang kepada Arman. Aku mengangguk mengiyakan.
"Awak memang tak dapat bercakap ke atau ada masaalah suara? Bukan apa, saya tengok selalunya orang bisu ni dia ada masalah percakapan. Tapi mereka ada suara," soal Azlan lagi sambil menerangkan.
Aku menulis pada papan kekunci 'Saya ada masaalah dari segi pita suara. Kalau bercakap boleh, cuma bercakap berbisik je lah,' jelas aku.
Setelah skrin telefon aku tunjukkan kepada Azlan, maka mereka bertiga mulai faham kenapa aku bisu. Dan itulah jawapannya. Disebabkan oleh masaalah pita suara semenjak aku kecil lagi, maka percakapan aku juga turut terganggu sehingga menyulitkan aku untuk berkomunikasi. Hal ini, telah memberikan impak yang besar kepadaku, sehinggalah sekarang.
...
![](https://img.wattpad.com/cover/373246372-288-k797896.jpg)
YOU ARE READING
Sangkar Buatku
RomantikTatkala pilihan yang salah ini, telah menjadi memoir abadi dalam kisah hidupku. Sebuah memoir yang penuh dengan kegelapan di dalamnya. Tanpa ada sedikitpun cahaya yang sudi untuk menyinari. Dan itulah sangkar buatku. "Ini semua, pakaian orang dah...