1.

2.5K 220 73
                                    

Palette kembali!


Everyone, meet Dhuha Inayat
& Layt Intiqab✨

Palette (n.)
a thin board or slab on which an artist lays and mixes colours.

—Kalau kata Dhuha, Palette itu wadah yang menampung warna-warni kehidupan.

Time Stamp.

Jika membahas tentang pertemuan semula, dari sekian banyak cara yang wujud— entah itu kebetulan atau dirancang— yang pasti pertemuan semula mereka ini tidak termasuk kebarangkaliannya yang dibayang dalam kepala

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jika membahas tentang pertemuan semula, dari sekian banyak cara yang wujud— entah itu kebetulan atau dirancang— yang pasti pertemuan semula mereka ini tidak termasuk kebarangkaliannya yang dibayang dalam kepala.

Dhuha tunduk dengan senyuman segaris terukir. Betullah kalau Allah berkehendak, macam mana atau apa pun caranya pasti akan berlaku.

Macam sekarang.

Sepatutnya Dhuha tengah sibuk siapkan skrip untuk podcast minggu depan dan semak manuskrip yang menuntut dibaik pulih, tapi entah macam mana boleh berubah dia punya perancangan.

Mungkin boleh tuding jari dekat gadis di sebelah dia ini. Pagi tadi, Nasya menghubungi dia. Junior Dhuha itu meminta dia datang ke universiti untuk tolong semakkan laporan aktiviti dan run down program Kelab penyiaran sepanjang satu semester.

Entah sejak bila Dhuha jadi penasihat bertauliah pun dia tak pasti. Nasya kata, Puan Dee selaku penyarah penasihat kelab yang keluar titah supaya Nasya menghubungi dia.

Semua sebab prestasi Dhuha masa zaman kegemilangan jadi pengacara podcast dulu. Ditambah lagi, sekarang ini Dhuha masih aktif dalam bidang yang sama walaupun bertugas di balik tabir.

"Kak Dhuha kenal ke tetamu jemputan dekat depan tu? Dengar kata, dia pun alumni macam kakak." Nasya berbisik, merapatkan wajahnya ke telinga Dhuha. Cakap kuat sangat, nanti kantoi pula usyah penceramah.

Dhuha tak menjawab. Hanya senyum yang makin lebar tertarik di sudut bibir yang menjadi respons.

Macam mana dia boleh lupa?

"Terima kasih abang Leo sebab sudi datang, saya panggil abang boleh? Ke nak panggil encik?" Hadi, MC yang menjadi moderator pengisian majlis antara waktu maghrib dan isyak di depan sana, berseloroh.

"Tak payah formal sangat, panggil Leo je." Lelaki yang santai dengan Tshirt dilapisi kemeja lengan pendek dan seluar jean itu tergelak kecil.

"Saya panggil abang jelah. Panggil Leo rasa macam derhaka sangat."

"Patutlah ramai je jemaah yang turun masjid waktu hujung minggu ni. MC dia Hadi rupanya." Nasya mencebik kecil. Ingatkan malam ni ramai warga hostel yang tak ada sebab balik kampung.

PALETTEWhere stories live. Discover now