16.

900 167 63
                                    

Sebelum baca bab ni, bolehlah baca bab prolog dalam Palette versi ebook. Just incase ada yang tak faham 🫶

Time Stamp.

Pandangan dilontar ke sisi

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Pandangan dilontar ke sisi. Menatap Sophie yang sabar menunggu dengan plastik berisi ubat di tangan dan ke arah misi yang sibuk menanggalkan IV drip yang menusuk tembus ke uratnya. Rawatan dah selesai, maksudnya dah hampir dua jam juga dia terbaring di atas sofa empuk serupa kerusi urut ini.

"Semua dah settle kan?" Dhuha dan Sophie beriringan melangkah menuju ke pintu utama klinik. 

Ikutkan Dhuha, dia cuma nak tidur sampai esok melayan demam yang entah berapa lama lagi akan menyerang ini. Tapi, Sophie berkeras seret dia datang ke sini sebab katanya Dhuha dah macam mayat hidup. Muka pucat dan lembik tak bertenaga.

"Dah. Kau gerak dulu. Larat jalankan?" Tangan Sophie yang menghulur plastik berisi ubat terhenti di tengah jalan sambil dahinya berkerut menatap Dhuha. 

Mata diputar malas. Ingat aku ni lembik sangat ke? "Aku okeylah." Plastik ubat ditarik kasar.

"Jangan tumbang. Aku nak pergi toilet sekejap." Sejurus itu, Sophie beredar semula masuk ke dalam klinik. Sejak tadi kerja dia memang keluar masuk bilik air aje. Sejuk punya pasal.

Dhuha mengangguk malas. Langkahnya diatur menuju ke arah kereta yang terparkir pada tempat yang sama sejak mereka tiba tadi. Pintu penumpang sebelah depan dibuka dan dia terus mengambil tempat.

"Apa?" Kening dikerut sebaik perasan dengan tatapan tak berkelip manusia yang menjadi driver bidan terjun dia dan Sohie malam ini.

"Baru ada rupa orang." Nathan tersenyum nipis. Plastik ubat dalam genggaman Dhuha dijeling.

"Sebelum ni rupa apa? Zombie?" Rendah Dhuha menutur. Sweater hoodie kebesaran di tubuhnya ditarik rapat, menahan udara dingin aircond dari tembus ke kulit. Faktor kesihatan dia yang tak mencapai standard sihat ni, suhu 22 darjah pun rasa macam negatif 22 aje.

"Rupa orang tak ada semangat hidup. Sophie mana?" Tangan Nathan terhulur menaikkan suhu aircond. Dhuha di sisinya itu dilirik, mengalahkan orang yang tinggal di Alaska.

"Bilik air." Dhuha menyandarkan tubuh ke belakang. Kedua kaki diangkat membentuk sila sebelum dia melirik Nathan yang kembali sibuk menatap layar telefon.

Jangan tanya macam mana lelaki yang santai dengan Tshirt putih dan seluar trek hitam ini tiba-tiba muncul sebab Dhuha pun sama bingung. Keluar dari rumah tadi, kereta Nathan memang dah sedia terparkir di depan.

Main pass baton dengan Layla ke apa? Memandangkan hari ini Jumaat, Layla balik berhujung minggu di rumah keluarganya petang tadi dan malam ini abang si Layla pula yang tunjuk batang hidung.

"Kenapa?" Seolah tahu dia diperhati dalam diam, Nathan menoleh. 

"Kau buat apa datang rumah kita orang?" 

PALETTETempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang