Saya kembali 😚
Time Stamp.
Tuala yang diguna untuk mengeringkan rambut, disangkut ke batang leher. Duduknya kemudian dilabuhkan di sisi Anas yang sibuk mengunyah kek pemberian Sophie tadi.
Tanpa suara, Nathan melontar pandangan ke arah siaran TV walaupun tak faham cerita apa yang tengah ditayang.
"Kau tak nak ke?" Anas memecah hening selepas hampir 15 minit ruang tamu itu senyap. Wajah tak beriak Nathan dilirik.
"Tak." Pendek Nathan menolak. Dia dah kenyang. Sebelum mandi tadi, selamat lima potong kek disumbat masuk ke mulut. Lagipun dia dah gosok gigi.
Kenyang sebab kek atau kenyang sebab terfikirkan ayat si pemberi kek?
Bibir diketap dan tanpa sedar, nafas berat dihembus. Kepala dia belum berhenti dari memutar ulang ayat yang Sophie sebut. Entah kenapa Nathan jadi tak tentu arah.
Kau dah janji nak dapatkan Dhuha balik, kan? Kenapa jadi lembik pula lepas dengar cerita Sophie?
Sebab Nathan tak tahu sedalam itu luka yang dia toreh untuk Dhuha.
"Kau okey tak?" Anas mengubah topik. Nathan yang gelisah macam kucing hilang anak itu dijeling.
Bukan ke Nathan baru lepas keluar dengan Dhuha dan Layla? Konon nak buat quality time dengan adik dan bakal tunang tak jadi? Matlamat agenda tak tercapai ke macam mana? Balik tadi pun muka macam tak ada ghairah hidup walaupun dapat rezeki kek sebekas.
"Kau rasa aku patut lepaskan Dhuha tak?" Datar Nathan menjawab dengan mata masih belum beralih dari kaca TV.
Apa punya spesies soalan tu? Kunyahan Anas terhenti.
"Ada sesuatu yang jadi ke?" Nathan tak akan tanya soalan gaya putus harapan kalau tak ada apa-apa yang berlaku.
Semua yang mengenali Nathan tahu kut macam mana hubungan Nathan dan Dhuha. Bahkan selepas tiga tahun berlalu pun, masih ramai yang menunggu kelanjutan hubungan yang sempat kandas itu.
Nathan menyandarkan tubuhnya ke belakang sofa. Kedua tangannya naik meraup wajah diiringi hembusan nafas yang maha berat.
'Dhuha mungkin layan kau baik sebab dia cuba buka hati untuk maafkan kau sebagai kawan dia. Tapi, kalau lebih daripada itu, rasanya tak.'
Ayat Sophie kembali terngiang. Kemudian, berganti pula dengan setiap reaksi yang Dhuha tunjuk setiap kali Nathan membuka cerita tiga tahun lepas. Tak ada reaksi berlebihan selain raut yang kecewa dan mungkin sakit hati yang cuba disimpan.
"Leo?"
"Tiga tahun belakangan ni dia dah hadap banyak benda dan aku rasa macam tak layak untuk minta dia terima aku macam dulu balik." Nathan menggeleng kecil.
Mungkin Nathan perlu kekal dengan niat awal dia masa muncul semula dalam hidup Dhuha tempoh hari. Minta maaf dan jelaskan semua benda. Hanya itu, sebab permintaan untuk mereka kembali bersama sekarang ini terlalu euforia untuk jadi kenyataan.
YOU ARE READING
PALETTE
Short StorySelepas beberapa tahun, mereka dipertemukan semula dan kali ini dengan cerita yang berbeza. Palette (n.) a thin board or slab on which an artist lays and mixes colours. -Kalau kata Dhuha, Palette itu wadah yang menampung warna-warni hidup.