18.

864 166 42
                                    

Satu atau dua bab lagi sebelum epilog 😆

Time Stamp.

Nathan tak main-main dengan apa yang dia cakap

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Nathan tak main-main dengan apa yang dia cakap. Dua hari selepas lelaki itu muncul dengan kenyataan yang mengejutkan, barulah Nathan kembali menghubungi Dhuha. 

Itu pun selepas dia memastikan yang Dhuha betul-betul sembuh dan menghabiskan tablet antibiotik yang dibekalkan pihak hospital.

Kemuncaknya, 10 minit sebelum waktu kerja selesai Nathan menghubungi Dhuha memaklumkan yang dia menunggu di depan bangunan NF. Nasib baik Dhuha memang masuk ke ofis hari ini sebab ada meeting tentang bukunya yang akan terbit.

Perangai mengalahkan warden asrama.

Tapi warden asrama mana yang ajak orang di bawah jagaan dia pergi Golden Screen Cinema?

"Kakak betul tak nak masuk sekali?" Layla berjalan di hadapan dengan tubuh menghadap dua lagi manusia yang menjadi penemannya hari ini.

Oh, terbalik. Dia yang diangkut jadi mahram sebenarnya.

Rasa was-was dia masa abang tiba-tiba belanja tiket wayang tadi nyatanya berasas. Abang dengan Kak Dhuha nak habiskan masa sementara dia 'dihantar' masuk ke panggung supaya tak jadi nyamuk.

"Dia tak minat tengok wayang. Dah pergi masuk, lima minit lagi cerita nak mula." Nathan memintas. Kedua bahu Layla dipegang sebelum ditolak menuju ke arah ruang legar GSC. Menghalau.

"Jangan balik dulu!" Layla sempat memberi amaran sebelum susuknya hilang di sebalik kerumunan orang ramai yang sama beratur menunggu giliran.

"Nak tak?" Dhuha mengambil tempat dulu pada kerusi yang disediakan berjajar di tengah laluan. Matanya melirik Nathan sekilas sebelum bertih jagung disuap ke mulut.

"Tak nak." Kepala digeleng. Ruang kosong di sisi Dhuha diambil.

Nathan memanjangkan tangan ke belakang menjadi penyanggah tubuh untuk bersandar. Matanya memerhati sekeliling. Tengah minggu yang nak menginjak ke pukul 9:15 malam ini boleh tahan ramai manusia yang berkunjung.

Anak mata Nathan kemudian singgah menatap Dhuha yang sama meliarkan pandangan. Di tangan gadis itu ada sekotak bertih jagung perisa karamel dan di antara mereka, ada botol air mineral yang dibeli dari kiosk.

"Sedap sangat ke?" Senyumannya terukir nipis. Dhuha makan macam berselera sangat, gaya tak pernah telan bertih jagung aje.

Dhuha geleng. "Nervous." Wajah Nathan langsung tak dipandang.

Mahu dia tak gelisah dan gelabah? Nathan janji untuk buka cerita pasal perbualannya dengan arwah abah dulu kut! Topik yang akan berbangkit sekejap lagi itu agak berat. Paling tidak, untuk Dhuha yang mati-matian menahan debaran ini.

Nathan masih dengan senyumannya.

"Abah tak cakap banyak pun sebenarnya." Hampir seminit, barulah Nathan membuka mulut. Nafasnya ditarik panjang.

PALETTETempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang