6.

848 176 48
                                    

Here you go

Time Stamp

Dhuha dah cakap, apa-apa tindakan impulsif yang dia buat mesti akan berakhir dengan penyesalan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dhuha dah cakap, apa-apa tindakan impulsif yang dia buat mesti akan berakhir dengan penyesalan. Salah satu contoh, kejadian makan malam bersama Layla dan Sophie yang akhirnya berubah kepada sesi perang mulut antara dia dan Nathan.

Mujur esok dia tak perlu ke NF. Entah reaksi apa yang dia nak tunjuk dekat Layla kalau dia jejak kaki ke ofis. Haih! Keluhan dilepas. Tangan Dhuha naik mengusutkan rambut sendiri. 

Masih terbayang riak skeptis Layla saat Sophie menyuruh dia menghubungi Nathan supaya datang menyertai mereka bertiga.

Masa itu, Dhuha hanya mampu senyum. Kepala diangguk kecil apabila Layla menatap dia seolah meminta persetujuan. Dan kurang dari 10 minit, susuk menjulang Nathan muncul dengan Tshirt serta topi menutup kepala.

"Abang, Kak Sophie cakap rumah dia ada satu bilik kosong. Bolehlah Layla menyewa dekat situ." Layla menatap Nathan dengan pandangan memohon sebaik topik yang satu itu berbangkit.

"Hah, itu rumah pak cik aku sebenarnya tapi tak ada yang tinggal jadi aku ajak Dhuha duduk sekali bayar sewa." Senafas Sophie membuat penjelasan. Sebelum Nathan itu muncul lagi sebenarnya dia dan Layla dah berpakat dulu untuk pujuk Nathan.

Nathan senyap. Wajah Sophie ditatap. Kemudian beralih ke wajah Layla, sebelum berakhir merenung Dhuha.

"Kau protektif sangat dekat Layla ni kenapa? Biar ajelah kalau dia nak menyewa pun." Mungkin peratus kewarasan Dhuha masa itu berkurang sedikit sampai terlepas cakap tanpa sempat Nathan membuka suara.

Layla dan Sophie yang menonton cuma mampu senyap jadi pihak berkecuali. Tak sangka agaknya yang Dhuha boleh hilang kawalan begitu.

Dhuha tunduk menyembam kepala ke lutut yang ditarik rapat ke dada. Rasa nak menjerit sebab bengang dengan kebodohan sendiri. Nasib baiklah mereka berempat tak lama pun berada di restoran itu tadi, kalau tak mahu makin banyak tindakan impulsif luar kawalan yang Dhuha buat dan sebut.

Mungkin juga Nathan yang peka dan boleh menjangka Dhuha di ambang emosi yang meluap. Sebab itu dia terus meminta diri ajak Layla balik walaupun tanpa kata putus adiknya dapat izin untuk menyewa sekali atau tidak.

Kepala Dhuha terangkat sebaik suara Lee Hi melagukan Breath menyapa telinga. Ah, sudah. Dhuha jadi tak senang duduk. Lagu keramat itu memang dia save sebagai nada dering untuk seorang manusia aje. Dah kenapa abang si Layla tiba-tiba buat panggilan tak berjemput ini?

Ting!

Panggilan putus berganti pula dengan dentingan chat yang masuk.

Dhuha, ni aku Nathan.

Bibir diketap. Nak balas atau biar aje pesan daripada Nathan itu tak dibaca?

Ting!

Angkat please.

PALETTEWhere stories live. Discover now