Selepas beberapa tahun, mereka dipertemukan semula dan kali ini dengan cerita yang berbeza.
Palette (n.)
a thin board or slab on which an artist lays and mixes colours.
-Kalau kata Dhuha, Palette itu wadah yang menampung warna-warni hidup.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Ada yang berubah sejak Dhuha kembali selepas tujuh hari menetap di rumah keluarganya. Dia sendiri rasa yang dia lebih banyak diam. Berbanding duduk bercerita di ruang tamu, Dhuha lebih memilih untuk tenggelam dalam kerja dan lemas dengan isi kepala yang berselirat.
Sophie dan Layla pun rasanya perasan hal yang sama, cuma dua orang gadis itu memilih untuk abai. Fahamlah agaknya yang Dhuha tengah serabut dan perlu ruang sendiri.
Macam petang tadi. Entah berapa lama Dhuha tertidur, sedar aje azan isyak berkumandang menerusi aplikasi di telefonnya. Ekstra terkejut sebab Sophie muncul tak lama selepas itu dengan nampan berisi nasi, sup ayam, air putih dan ubat. Nasib baik tengah cuti solat, tak adalah dia terkial nak mengganti.
Dhuha demam.
Tanpa banyak tanya atau keluar tazkirah berkajang pasal dia yang buat kerja mengalahkan android berprogram, Sophie terus menyuap makanan dan tampal Cool Fever ke dahi Dhuha.
"Dah lama ke aku tidur?" Dhuha menolak perlahan bubur ayam yang disua. Tekak dia perit.
"Let me see, kau dah tiga hari memerap dalam bilik dan keluar cuma untuk makan. Hari ini pula, langsung tak keluar. Aku masuk bilik kau asar tadi kau dah terbongkang, sekarang baru bangun." Ingat nak menjenguk sebab risau anak orang ini keras berkurung lama sangat, rupanya tak sihat.
Dhuha senyap tanpa memberi respons. Tahu salah sendiri sebab kerja tak tengok jam. Beberapa hari ini aje, enam draf manuskrip dengan anggaran ketebalan lebih kurang 200 hingga 400 muka surat berjaya disemak untuk penilaian. Mahu tak berasap kepala?
"Kau stress apa sebenarnya?" Dhuha yang kembali baring membelakangi Sophie itu disoal.
"Tak ada apa." Suara Dhuha tenggelam di sebalik selimut yang menutup hampir seluruh tubuhnya.
Sophie menghela nafas panjang. Dah terbaring dengan muka pucat kepala berdenyut macam ni pun masih berlagak kuat lagi. Nak tunjuk dekat siapa pun tak tahu. Ingat Sophie nak percaya macam tu aje? Bukan saja-saja Tshirt oversize kepunyaan abah Dhuha itu jadi peneman tidur.
"Nak pergi klinik tak? Badan kau panas." Belakang tangan Sophie menyentuh leher Dhuha.
"Boleh tahan lagi." Selimut ditarik semakin rapat ke tubuh. Kipas siling yang selalunya berputar gaya hidup segan mati tak mahu itu, malam ini terasa kencang pula putaran bilahnya.
"Jangan paksa diri sangat. Kalau tak tahan sakit, bagi tahu. Buat perangai degil, jangan sampai aku report mak kau nanti." Sophie merengus. Bekas makanan Dhuha tadi kembali disusun di atas nampan sebelum dia beredar.
Sehinggalah kedengaran bunyi pintu ditutup dan suis lampu dimatikan, Dhuha masih belum berubah posisi. Kepalanya berat, nafasnya juga hangat tapi matanya menolak untuk terpejam.
Lima minit kemudian, tangannya menyelak sedikit selimut yang buat dadanya sesak. Tubuh dihadapkan ke atas, terlentang sambil menatap kosong merenung siling. Tak sukanya keadaan serba tak kena begini!