9.

844 178 63
                                    

Time Stamp.

Tudung yang pagi tadi kemas melilit di atas kepala, sekarang hanya dijatuhkan kedua hujungnya

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Tudung yang pagi tadi kemas melilit di atas kepala, sekarang hanya dijatuhkan kedua hujungnya. Cucuk peniti di bahagian paras tulang selangka dan perut, lepas tu semat kerongsang dekat bahagian paling bawah sekali. Tak kisahlah kalau dah jadi gaya ustazah pun. Janji labuh tutup dada, cukup.

Sekilas Dhuha melihat muka sendiri pada cermin bilik yang dijadikan surau wanita dalam ofis NF itu. Pucat. Bedak dan lipbalm yang terhapus masa ambil wuduk tadi kembali ditepek ke wajah. Tak adalah rupa macam orang kurang zat walaupun sikit lagi nak jadi begitu.

Pulun kejar dateline punya pasallah sampai kadang tak cukup rehat dan makan tak teratur. Nasib tak rebah aje.

"Kak, lepas ni kita terus balik rumah kan?" Layla yang sama baru selesai melipat telekung, menyoal.

"Ha'ah, Layla nak singgah dekat mana-mana ke?" Nak melencong ke mana lagi? Berjalan pun Dhuha rasa macam tak jejak tanah sekarang ini.

"Tak adalah, Kak Sophie tanya. Dia balik lewat sebab ada kerja sikit dekat studio." Pesanan balas untuk housemate seorang itu dikirim.

Bibir tercebik kecil. Hari ni hari Khamis, biasanya waktu darurat macam ni memang waktu hectic untuk budak-budak RKB siapkan bahan content. Jadual tayang podcast setiap hari Jumaat.

Jangankan Sophie yang jadi host, Dhuha yang jadi content writer secara tak langsung ini pun sama terkejar. Itu yang serupa zombie tak cukup sinar matahari dia berkurung hadap laptop.

Jam yang dipasang melingkar pada pergelangan, dilirik. Lagi 10 minit sebelum jarum pendek itu menginjak ke angka lima. Rasanya budak-budak NF yang lain tengah berkemas untuk balik.

"Tak sedar dah masuk sebulan Layla intern dekat sini." Layla menggeliat malas sebelum merebahkan badan ke karpet tebal di lantai. Rasa nak tertidur terus. Suhu aircond pun macam nak suruh dia pejam mata aje.

"Menyesal tak?" Wajah Layla dilirik.

"Menyesal tu tak, tapi Layla terfikir macam mana kalau Lalya pilih untuk intern dekat studio je dengan Kak Sophie." Boleh praktis ilmu 'penyiaran' yang dia belajar dekat kolej. Tapi ilmu 'jurnalistik' yang agak tersesat jadi editor newbie ini tak adalah menyimpang dan susah sangat.

"Kenapa Layla pilih untuk intern dekat sini?" Sebenarnya Dhuha dah lama nak tanya tapi lepas tengok Layla yang beberapa minggu ini nampak berdedikasi sangat sebagai editor in disguise, dia buat kesimpulan sendiri yang Layla memang minat.

"Kakak."

Sesaat Dhuha lambat untuk menangkap ayat Layla.

"Kakak?" Telunjuk mengarah ke muka sendiri.

Layla angguk. "Layla sambung Broadcasting And Jurnalisme kan memang sebab ikut kakak."

Kali ini lidah Dhuha terus keras untuk menutur ayat. Ah, betullah dah tiga tahun berlalu. Dia tersenyum nipis nyaris tak kelihatan. Tiga tahun yang berlalu ini, Layla pun dah nak habis belajar dah.

PALETTETempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang