7 | Faheel

42 3 0
                                    


Masalahnya—
Dhia yang tidak suka berlari. Nama je kadet, tapi Dhia tak gemar bersukan bagai. Dan—
dia tak suka diusik waktu serius sebegini. Urgh.

Dhia memandang tajam wajah Faheel. Lama dia merenung bola mata Faheel yang berwarna coklat cair itu. Lelaki itu tersengih, sehingga sepet matanya.

"Okay saya mintak maaf. Saya just nak awak ada sekali dalam activity yang saya participate. Kalau awak tak join, awak tak boleh ada kat sini. Awak tahu kan rule universiti kita ni strict..."

Dhia sebenarnya tahu setiap kali ada peluang, Faheel mesti mahu ditemani Dhia. Walaupun UPNM ini adalah universiti tentera, tetapi peraturan sosial disini agak ketat. Tidak tertulis dalam perintah harian atau dalam buku peraturan universiti, tetapi jika kadet lelaki dan ladies berdua duaan pastinya mereka akan di cop menjadi target senior. Jika ada kes, nahaslah mereka nanti.

"Tapi saya yakin Dhia saya boleh punya. Dhia kot. ACE kitorang!" Sambung Faheel bersemangat. Dhia hanya membungkam di situ.

"Okay saya janji, saya lari laju laju sampai finish line dan saya akan cari awak balik dalam seluruh lautan manusia ni..."Sambil mengeyitkan mata kirinya lalu menunjuk ke arah peserta peserta lain.

"...dan saya akan teman awak lari sampai penamat. Ni first time awak join marathon kan. Doesn't matter if you finish within given time or not, Kita sama sama habiskan okay?". Pujuk Faheel pada Dhia.

"Hmm...yelah. Saya tunggu awak datang cari saya. Tak datang siap awak!" Dhia memberi amaran sambil mengacu jari telunjuknya ke arah dahi Faheel.

Faheel menunjukkan simbol crossed fingers promise pada Dhia.

"Saya janji Dhia!" Faheel memberikan senyuman manisnya sehingga menampakkan jawline yang selalu dibangga-banggakannya itu.

***

Semua peserta kini sudah berada di garisan permulaan termasuk Dhia dan Faheel. Kelihatan sesetengah peserta memeriksa pin pada bib nombor, tali kasut, ada juga yang masih merenggangkan kaki serta badan.

"Faheel cha! Amacam bang? Nak set podium ke? Hahaha" Kedengaran suara Akash dalam nada mengusik Faheel sambil menepuk belakang Faheel.

Akash juga adalah rakan sekelas mereka. Dia adalah antara 15 kadet India dalam intake mereka. Tak ramai non-muslim yang berminat untuk masuk ke UPNM. Dia sendiri tak pasti, adakah sebab kurang tempat yang disediakan atau mereka sendiri kurang berminat. Tapi kajian yang dibuat oleh HEPA, bangsa bukan melayu tidak berminat dalam dunia tentera kerana peluang melebarkan kerjaya tidak terbuka dan kurang luas. Mungkin stigma pucuk pimpinan tentera mesti orang melayu sahaja. Sebab itulah kebanyakkan mereka tidak begitu berminat dalam dunia tentera.

Walaubagaimanapun di UPNM— kehidupan sangat berbeza. Melayu, Cina, India dan Bumiputera Sabah Sarawak sangat rapat. Merekalah adik beradik baru, tempat bercerita dan menangis. Sepanjang 1 tahun asasi dan 2 tahun pengajian sarjana muda, mereka tak pernah bergaduh besar. Konflik rakan diuruskan dengan baik. Mereka semua dilatih untuk bekerjasama, tidak racist dan tidak judgemental. Itulah uniknya UPNM. Hal yang paling seronok apabila Bulan Ramadan. Mereka akan berbuka sekali. Ada juga kadet non muslim yang belajar belajar pakai tudung dan duduk di beranda masjid. Tiba perayaan kaum lain juga akan disambut secara meriah di Wisma Pegawai Kadet. Unik betul UPNM ini!

Pada pendapat peribadi Dhia, Akash merupakan salah seorang pelajar india yang kacak mungkin disebabkan wajahnya yang manis, juga tingginya dalam linkungan 182cm dan dia memiliki size badan yang fit, berkening lebat dan beralis lentik, rambutnya pula sangat lebat. Extra bonus? bahagian depan rambutnya yang beralun itu selalu hampir menutup keningnya. Namun Dhia merasakan tarikan utama Akash adalah kerana Akash tidaklah begitu ramah dengan perempuan dan sentiasa bersama-sama pelajar lelaki kecuali rakan perempuan sekelasnya sahaja. No wonder lah Dhia dengar gosip daripada Jiji ramai gadis india course lain dan junior yang menyimpan crush pada Akash. Dhia pun nak join jugak boleh tak? Ada group tak nak sign in? Sengih Dhia di dalam hatinya.

DHIAWhere stories live. Discover now