22 | 2007

33 0 0
                                    




"Dah nak dekat 3 tahun kita tak jumpa sejak covid. Kalau tak mesti kita ada annual meeting joyah-menjoyah, haha". Iman tersengih sambil menyikat rambut anak tunggalnya, Syafiq.

Menitis peluh Syafiq dari dahinya kerana melengas dengan bahang panas tengahari itu.

"Iman, tolong kuatkan sikit fan aircond tu bagi suhu cold 16c". Dhia menunjukkan alat kawalan suhu aircond biliknya yang berada disebalik dinding belakang pintu.


Saat ini kehangatan membara sinar mentari seakan merebak ke seluruh biliknya. Udara terasa lengang, riak angin sepoi-sepoi hanya singgah sesekali. Iman segera menutup rapat tingkap bilik Dhia, lalu menekan butang cold mode. Cuaca luar benar benar terik, habis basah belakang badan bajunya.

"Nak jumpa Dhia lah paling susah sejak lepas SPM, lepas tu masuk pulak UPNM, nak cuti raya pun susah, dan kalau cuti pun tak sampai seminggu. Cuti sem lagi lah tak ada. Sibuk memanjang dengan latihan" Sambung Nani memuncungkan bibirnya.


Mereka bertujuh kesemuanya duduk bersila di atas lantai bilik Dhia beralaskan permaidani berbulu halus sambil memangku anak masing masing. Hanya Dhia dan Nurul sahaja saat ini yang masih lagi bujang.


Suami mereka semua berkumpul, juga turut sama membuat mesyuarat tingkap di bahagian ruang tamu kampung Dhia. Biasalah, rumah kampung sememangnya amat luas. Hanya ada sedikit perabot namun lebih banyak hiasan pada dinding rumah yang dipenuhi dengan gambar nostalgia dan barang-barang antik kepunyaan keluarga Cikgu Yusuf.


Nurul sebenarnya merupakan pasangan yang paling lama bercinta sejak zaman sekolah sehingga kini. 'Setia ke hujung nyawa' motto yang mereka bagi padanya. Tunangnya, Id, masih belum mahu pulang ke Malaysia walaupun beberapa kali telah dipujuk Nurul dan juga keluarga lelaki itu sendiri. Mereka bercinta sudah lebih 10 tahun!


Id memberitahu Nurul bahawa dia masih ingin mengumpul duit dan aset untuk masa hadapan mereka. Entahlah Dhia pun 'no comment', terutama yang melibatkan hati dan perassan, hanya tuan badan sendiri yang merasai. Mungkin Id mempunyai rancangan yang lebih besar untuk mereka berdua.


"Ish aku kan ada sekarang ni. Kecoh lah minah ni. Haaa cepatlah siapa nak mula dulu menjoyah? Nak update pasal kehidupan sekarang ni ke nak throwback zaman kegelapan dulu? Cepat! Jangan lama sangat nanti mengamuk budak-budak ni. Mak diorang ni selalu lupa daratan. Haha". Sakat Dhia.


"Nani paling untung sebab anak tak nak berkepit dengan dia tapi nak dengan laki dia je!". Athea menepuk-nepuk manja peha Nani yang gebu, mengusiknya.


"Siot ah Nani!!". Zi pula bergabung menyambut usikan Athea. Beginilah mereka— Sorang mula menyakat, yang lain akan jadi tukang support.


"Biarlah! Tenang sikit hidup aku. Apa guna laki. Aku dah beranak, dah susukan semua. Dialah jaga pulak! HAHAHA". Terkekek-kekek Nani gelak dengan selamba membalas usikan mereka.


"Kepala hotak kau Ni. Hahaha. Siak lah minah ni hahahhaha". Iman mencekik belakang leher Nani. Geram betul Iman mendengar jawapan Nani.

"Dia mengada-ngada je ni. Kadang saje aku marah. Asyik nak speaking 24jam pulak tu ikut dalam tv tu. Mak kau ni bugis tau. Bila cakap melayu tak nak sahut. Eh, geram je aku lah. Memang kena bebel dengan aku, pandai pulak lari kat daddy dia. Hahaha". Tersedu-sedu Nani menahan gelaknya. Suka benar dia menyakat anak bujangnya yang baru sahaja mencecah umur 3 tahun itu.

DHIAWhere stories live. Discover now