29 | Akash & Dhia

11 0 0
                                    



"Akhir tahun ni aku balik Malaysia!" Akash seakan berbisik di skrin telefon. Kelihatan jelas lesung pipitnya di skrin telefon Dhia.

"Jauh sikitlah muka tu! SUMPAHLA! YEAYYYY ALAAA TAK SABAR!" Dhia mengesat air matanya. Sudah tidak dapat dibezakan yang mana air mata emosi sedih mahupun gembira saat ini kerana air matanya laju sahaja mengalir.

Walaupun hanya setahun Akash berada jauh di kawasan bergolak di sana namun hampir 5 tahun juga mereka tidak berjumpa.

"Haha. Chill la. Tak payah la nangis." Akash mengusik Dhia.

"Yelah nanti kau balik kita kawin tau. Kau masuk meminang. Hantaran aku bagi discount 10% sebab kau baik dengan aku selama ni add lagi 15% sebab kau makin handsome uhuuu." Dalam keadaan mood swing Dhia masih lagi mengusik Akash sambil memuncungkan mulutnya seakan yakin tawar belinya itu akan berjaya.

"Haha. Acah la dia ni. Jangan risau aku ada belikan hadiah special untuk kau. Dekat 5 tahun kan kita tak jumpa Dhia?"

"Hadiah dari dulu janji tak dapat dapat. Blergh. Hadiah hantaran ke? Jangan hadiah bini mata biru dari sana dah la. Siap ah!" Dhia menjeling tajam. Akash tergelak besar mendengar usikan Dhia. Bukan Dhia sahaja yang mengusiknya bila hendak kawin, hampir seluruh unitnya juga begitu.

"Haha. Gila la kau ni. Walaupun ramai cuba usha aku tapi aku tak layan tau Dhia. Hahaha" Akash masih lagi galak tertawa melayan drama Dhia yang tidak pernah habis dari zaman belajar lagi.

"Bajet siot kau. Hmm. Aku tau kau setia dengan aku. Awhhhh love you Akash! With allll my heart. Miawww!" Dhia menggayakan gaya cakaran kucing garang walaupun dengan venti mask oksigen di bahagian mulut dan hidungnya.

"Hahaha. Dah jangan cakap banyak sangat nanti semput. Nanti kan hadiah daripada aku!" Akash mengangkat sebelah keningnya.

"Apa dia bagitaulah sekarang!" Berlapis kerutan pada dahi Dhia jelas kelihatan.

"Mana boleh! Tak surprise la. Kecoh siot kau ni hahaha" Akash masak betul dengan perangai Dhia yang sukar untuk bersabar jika ingin mengetahui sesuatu perkara apatah lagi gossip.

"Diam! Tapi kalau bukan cincin kawin 77 karat aku taknak!" Ujar Dhia tersengih.

"Hahaha. Apa barang cincin? Geli je. Adalah! Nantikan jeng jeng jeng.."

"Aku pun ada hadiah untuk kau jugak Akash. Main tukar tukar hadiah pulak ye hahaha. Make sure lebih RM20!" Dhia gelak sehingga kedua matanya menjadi hampir tertutup.

"Yeke?? Bestnya. Tak sabarnya nak dapat hadiah dari kau..."

"Eleh ye ye je tapi takdelah mahal. Aku buat sendiri je tau. Bukti cinta dan kasih sayangku terhadapmu. Akashku. ahakss. Hahaha" Sebutir sebutir perkataan dituturkan seakan membaca puisi.

"Wow specialnya. Thanks, Dhia. I really appreciate it." Ujar Akash tersenyum lebar.

"Kemain thanks lagi. Haha. Okay aku nak rehat nanti apa apa aku bagitau kau okay?" Dhia mula menyandarkan badannya kebelakang kepala katil beralaskan bantal putih tebal. Badannya saat ini terasa sedikit lelah.

"Okay take care Dhia. Nanti aku call lagi okay?"

"Okay love you Akash! Thank you call.." Dhia tersenyum lebar namun tersembunyi disebalik topeng oksigen itu yang nampak hanyalah senyuman pada kedua matanya.

"Haha. No worries Dhia. Take care" Akash senyum lalu mematikan voice call mereka.

Lega rasa hati dan fikirannya saat ini lepas menangis dan berbual dengan Akash. Bagaimana rasanya orang yang sepenuhnya mampu bergantung kepada Allah tanpa meluahkan pada manusia? Dhia masih tidak mampu.

DHIAWhere stories live. Discover now