15 | NERD 3

21 1 6
                                    




D: 'Hmm... Maybe we can try so we will know. Kan?'

N: 'Okay... You already know my username and even my real name. Ni first time I bagitahu orang nama I. You can add me whenever you feel comfortable. Bye Assalammualaikum'

Sender stop the chat. Please find new chat.

'Aik? Aku ke yang kena mesej dia?'. Berkerut kerut Dhia bermonolog sendirian.

'Amboi username cam rempitz tapi bila chat takdelah macamtu pulak. Hmm tapi takde masalah pun kalu chat kat tele ni. Bukan dia tahu pun nombor phone, gambar or nama. Ada username je...'

'Ishh kau ni Dhia, dah ngantuk ni sempat lagi nak fikir pasal ni. Nantilah fikir lagi....'. Dhia menarik kembali comforter hitam bercorak batik yang kian melorot ke hujung katil sehingga ke paras hidung. Lampu tidur dimatikan. Dhia tak mahu memikirkan hal Anonymous itu lagi.








"Dhia! Jauhnya kau mengelamun!" Nad menepuk peha Dhia. Bulat biji matanya. Dhia tersengih.

"Aku tanya ni... Mamat Nyx____ ape ke entah tu, kau still chat ke?"

"Chat jugak tapi dah jarang sikit sekarang. Dia cakap dia sibuk." Dhia menjulingkan biji matanya.

"Sibuk lah kau ni Nad. Kau dengan Zhafran macam mana pula?" Kini giliran Dhia mengusik Nad. Nad nampak sahaja macam gangster tapi dia ini malu-malu kucing juga sebenarnya. Sesuai benar dibuat menantu.

"Entahlah, kadang-kadang aku rasa dia tak suka aku. Nad menjungkit bahu. El dan Riya yang tadinya tersandar di kerusi bean bag kelabu kini duduk tegak. Bagai ada gossip baru, tapi kali ini bukan.
Ini adalah perihal hidup dan mati sahabat baik mereka.

"Kenapa cakap mcam tu?" Riya tak sabar. Panas hati bila ada orang berani mengacau salah satu ahli kumpulannya—NERD.

"Setiap kali chat dia macam nak tak nak. Aku seganlah nak lebih-lebih. Aku ni gadis Melayu terakhir kot. Sopan santun anak melayu... Senyum dibibir...." Nad menjuihkan bibir tanda rajuk.

"Kau overthinkingkan? Dari dulu kau macam ni." El segera memberi solusi kepada hal yang berlaku tanpa sempat Nad menjelaskan keadaan sebenar.

"Dia mula dah tu. Tapi tak perempuan lah kan kalau tak sikit sikit nak overthinking?" Dhia tergelak besar.

"Kau ni Nad, kan si Zhaf tukan kerja as PMO. Mestilah dia busy. Kau tengoklah sekarang PMX sekarang banyak buat lawatan luar negara. Agong pun akan bertukar tak lama lagi. Mestilah dia tak ada banyak masa sangat nak bercengkerama ngan kau..." El sempat memberi pesan melihat cebik Nad.

"Kalau dia mesej kau 24/7 kau cakap dia takda wawasan hidup pulak. Hahaha. Kan Piyah kan... apalah Aunty Nad ni". El sempat menyambung omelan sebelum menggeselkan hidung pada pipi anaknya itu. Feeyah hanya tersengih memeluk patung rabbitnya sambil mengedip mata seakan tanda setuju.

Suami El juga bertugas di Pejabat Perdana Menteri. Sedikit sebanyak El faham tugas pegawai-pegawai disitu yang digelar PMO- Prime Minister Officer. Cumanya mereka berlainan jabatan. Suaminya sendiri jarang pulang rumah on time. Mujur Feeyah jenis tak banyak ragam bersama pengasuh. Mudah kerja El di hospital dan di rumah.

"Kau supportlah aku. Aku perempuan kesepian tau." Nad berubah watak. Wajahnya dibuat-buat sugul minta simpati.

"Mendeeee... Kau sepi sangat ke duduk wad tu?" Dhia meneruskan gelak besar. Tak ada maknanya rasa sepi kerja di hospital melainkan rasa nak mati.

"Weyh Dhia, kau ingat tak masa kita posting orthopaedik tapi kita yang kena turun ED tengok 15 cases untuk malam tu je?"

"...Should be MO oncall tapi macam biasalah kita kan HO cabuk, so kita yang kene attend semua case tu. Macam nak tercabut kaki ngan nyawa ulang alik dari wad ke ED kan? Tak nak dah aku ulang! Bayarlah 100,000 pun TAKNAK hahaha". Nad menggeleng- gelengkan kepalanya sambil tertawa.

DHIAWhere stories live. Discover now