19 | Eksotik

17 1 0
                                    



Dhia hanya mampu melemparkan pandangan ke luar. Jalan raya belum sibuk. Balam neon di sepanjang jalan dan cahaya bulan mampu menerangi alam sementara menunggu matahari untuk benar-benar bangkit dan mengambil tugas. Suasana subuh di apartment itu sunyi, seperti hari-hari selalu. Mama masih di surau, belum naik lagi.

Dhia melepaskan hela berat. Hari ini tiada dialisis. Target pagi ini adalah untuk menyiapkan tempahan embroidery. Tetapi entah kenapa dari semalam, semangatnya hilang. Jiwanya tak keruan. Keletah anak-anak mengaji hanya mampu menghiburkan dirinya sementara. Rasa terperuk dan jerih membelenggu jiwa. Dia hilang punca.

'Aku dah penatlah!'

Entah kenapa ayat tersebut terpacul itu dari bibir mungilnya. Dhia tekun melihat ke arah jalan raya dan kenderaan yang seakan semut kecil bersusun di bawah, dari tingkat tingkat 12 beranda rumahnya. Jiwanya seakan memujuknya untuk melompat agar dirinya bebas selepas ini.

Dhia menggeleng, hampir menghempaskan ram kayu dari tangan. Jarum dan kain cross stitch sudah jatuh di lantai. Tidak larat rasanya untuk Dhia membongkok. Sulaman bunga tulip kuning dengan dedaunan hijau masih belum siap sepenuhnya. Dhia terasa hancur hatinya pagi ini—

tanpa sebab.

'Kenapa Allah uji aku macam ni? Nak jalan susah. Nak hidup pun susah'

Bagitulah ada hari kesuraman dan kegelapan seakan memakan sisi jiwanya walaupun bibirnya sentiasa memberikan kemanisan pada manusia lainnya jika bertemu mata.

Dhia masih cuba memproses segalanya. Dia membentak dalam jiwa. Terasa sungguh berat dan perit rasanya apabila dalam sekelip mata sahaja Allah mengambil nikmatnya untuk berjalan dan bernafas secara normal.

Masih.

Bukan sahaja Dhia tidak mampu berjalan, hatta untuk bergerak ke bilik air yang tak jauh mana pun sudah hampir menarik nyawanya. Bibirnya hampir kebiruan kerana kekurangan oksigen setiap kali ke tandas. Dengan payah dia bergerak perlahan-lahan. Mengambil wuduk. Agar solatnya lunas. Tapi kepenatan berperang dengan sakit sendiri sudah cukup membuatkan dia rasa kecewa. Rasanya sudah kering air mata untuk mencari hikmah atas semua ini.

'Kenapa aku yang Kau Pilih? Besar sangat ke dosa selama ini? Adakah aku Allah benci pada aku?'

Matanya bergenang. Setiap manusia yang bertemu dengannya pasti akan kagum membilang dirinya kuat, positif dan ceria.

Namun—
tiada siapa yang tahu jihad dalamannya melawan hari hari yang mencengkam jiwanya secara tiba-tiba seperti hari ini.

'Kenapa?!'

'Astagfirullah.' Dhia melepaskan keluhan berat. Air matanya diseka.

Dhia menarik cadar comfortor untuknya berpaut. Dia yang dari tadi di birai katil, usai solat Subuh, dia tidak mampu untuk meneruskan sulaman dengan jiwa kacau sebegini. Dia mahu rehat. Harapnya rehat dapat membuatkan jiwanya lebih kuat dan ampuh dengan ujian yang berganda-ganda ini.

Dhia mahu mati. Itu yang selayaknya.




06.44am

Ting!

N: Nyxtcrtcise_75 @ Lutfan , D: Dhia

N:
'Hui! how are you?'

D: 'Ok. Hidup lagi. Awal. Subuh?'

N:
'Done. Hospital ke harini?'

D: 'Nope. Duduk rumah. Tunggu malaikat datang'

N:
'Haaa? For what?'

Jeda 1 jam. Dhia tidak ada mood. Disandarkan kepalanya di board katil. Kipas yang berpusing perlahan, lampu yang menyala dimatikan menggunakan remote control. Hanya cahaya mentari mulai masuk menembusi tempered glass jendela bilik Dhia.

DHIAWhere stories live. Discover now