8 | Dhia & Faheel

42 3 4
                                    




"Awak macamana okay ke ni?" Jelas kerisauan pada wajah Faheel. Percik-percik peluh masih keluar dari liang roma wajah Dhia.

"Tak okay sangat...kaki saya dah start cramp lah... Makin teruk pulak rasa..." Ujar Dhia termengah mengah mengetap bibirnya.

"Jom kita berhenti kejap tepi ni saya tolong pushkan tapak kaki awak. Hopefully betterlah. Awak pakai tak KT tape yang saya bagi tu?"

Dhia mengangguk dan akur untuk berhenti duduk di laluan tepi kerana kejang kakinya semakin teruk, malah setiap langkah yang dipaksa terasa seperti hirisan yang menembus betis kaki kirinya, menyebabkan kesakitan yang amat sangat. Faheel membuka kasut Dhia dengan berhati-hati, lalu perlahan-lahan menggerakkan tapak kaki Dhia ke arah bertentangan.

Dhia menggetap giginya menahan sakit. Ketika Faheel melihat corak stokin kartun avocado yang di kaki Dhia, dia tidak dapat menahan tawa kecilnya. Stokin yang berwarna-warni itu, dengan avocado yang tersenyum lebar, seakan-akan membawa sedikit keceriaan dalam situasi itu. Gelak tawa Faheel memenuhi ruang di antara mereka, memberi sedikit kelegaan di tengah-tengah kesakitan yang dirasai Dhia.

'Alahai stokin kau Dhia.. Perangai je gangster' Kata Faheel dalam hati. Kelihatan Dhia juga turut sama cuba tertawa namun masih dalam kerutannya menahan sakit kejang di betis dan tapak kakinya itu.

"Tahan sikit okay?". Pujuk Faheel.

Dhia mengangguk sambil mengelap dahinya yang lencun dengan peluh. Otot betisnya semakin menegang dan menarik dengan kuat. Faheel menghulurkan botol kecil di pinggangnya kepada Dhia. Tanpa berlengah, Dhia meneguk laju air tersebut, mengalir tumpah di dagu dan bajunya.

Hampir 10 minit juga Faheel membantu Dhia untuk cuba berdiri kembali. 5 kali percubaan untuk berdiri masih gagal dek kerana terlalu sakit namun akhirnya Dhia berjaya berdiri walaupun masih sakit apabila cuba mengambil melangkah. Kesakitan yang dirasakannya kurang sedikit demi sedikit dari sebelumnya.

"Awak pegang bahu saya lah, macamni awak tak boleh nak teruskan kalau sendiri. Teruk sangat injured muscle awak tu. Macamana sekarang ni, awak nak lari ke jalan?". Cadang Faheel pada Dhia.

"Tak nak lah saya! kalau orang nampak seganlah saya. Nanti orang fikir apa pulak saya pegang bahu awak, gedik sangat...". Dhia menolak cadangan Faheel sambil mengesat wajahnya yang berpeluh dengan lengan bajunya. Dia masih terhincut hincut untuk bergerak kehadapan. Dikuatkan semangatnya untuk menghabiskan larian tersebut. Bukan untuk Faheel tapi untuk dirinya sendiri. Malu je kalau DNF.

"Janganlah degil makcik. Siapa berani cakap bukan bukan, try cakap depan muka saya... tengok berani mana...". Kata Faheel sambil menarik lengan baju Dhia lalu diletakkan di atas bahunya.

'Dah sakit macamni pun sibuk nak fikir orang cakap apa'. Tak faham Faheel dengan pemikiran sempit Dhia.

Dhia terkejut namun kesakitan otot betisnya benar benar menghalang dia untuk bergerak sendiri walau dalam kadar berjalan biasa. Ketinggian mereka tidaklah terlalu jauh beza jadi Dhia tidaklah merasa lenguh pangkal lengannya berpaut pada Faheel. Ketinggian Dhia 158cm, Faheel pula 168cm. Lebih kurang beza 10cm. Mereka berdua meneruskan baki 5km.

"Lagi berapa minit nak cut off time ni?". Soal Dhia mengah. Rasanya dekat 30 minit dia berpaut pada Faheel.

"Ada lagi masa. Sempat... Awak okay ke ni Dhia?". Soal Faheel risau akan melihat rupa Dhia yang dah rupa kain lap meja yang baru keluar dari spin mode extra hot temperature.

"Kaki saya macam dah better banyak jugak. Jomlah kita slow jog. Hopefully lepas lah saya ni... Buat malu je kalau tak habis...". Kerut Dhia kerisauan.

Faheel mengangguk faham. Dhia pun sudah boleh berdiri sendiri tanpa bantuannya. Dhia memulakan langkah larian perlahannya. Faheel tahu Dhia masih dalam kesakitan namun dia kenal sangat Dhia— tidak pernah mengalah selagi dia tidak memberikan sepenuh yang dia ada walaupun sisa baki kekuatannya. Bukan untuk pencapaian diri sendiri sahaja tetapi juga untuk orang sekelilingnya. Begitulah seorang Nur Dhia binti Yusuf pada mata Syed Faheel bin Syed Farhan.

DHIAWhere stories live. Discover now