30 | ImagiNur

10 0 0
                                    



2.00 pm

Kedengaran lagu Flowers by Johnny Stimpson berkumandang di dalam Grab mengingatkan Dhia kepada—Lutfan.

Sudah hampir 3 tahun mereka berkenalan di alam maya. Dhia tidak menyangka bahawa begitu pantas masa berlalu. Dari seorang stranger—

Dhia dan Lutfan menjadi rapat. Lutfan dengan personaliti MBTInya INFJ memang gemar berbual mengenai topik yang mendalam dan berat. Kalau sekadar bertanya soalan basic seperti tengah buat apa, makan apa, pasti Lutfan akan mengambil masa yang lebih lama untuk membalasnya malah hanya sepatah dua jawapannya.

Tetapi cuba bertanya mengenai topik 'Mengapa kita perlu percaya wujudnya tuhan?'—
pasti mesej itu boleh berlanjutan sehingga dua atau 3 jam mengalahkan patah karangan SPM.

Akhir-akhir ini kelihatan Lutfan lebih agak terbuka dalam berkongsi mengenai kehidupannya, struggle dalam kerjayanya, malah trauma yang dihadapinya ketika kecil.

Mungkin Lutfan mula memberikan kepercayaannya dan berasa selamat berkongsi pada Dhia dan Dhia juga tidak keberatan berkongsi perkara yang sama. Mungkin 'trauma bond' menjadikan mereka berdua semakin rapat dan saling mempercayai.

Dhia sukar untuk bertemu seseorang yang boleh membincangkan sesuatu topik dengan sangat mendalam dan luas—
kebanyakkan kawan Dhia merupakan xxFJ jadi mereka lebih gemar perkara yang mudah dan tak memberatkan mereka untuk berfikir dengan mendalam apatah lagi melibatkan Mengapa? Kenapa? Bagaimana.

Lain pula antara Dhia dan Lutfan kerana mereka berdua gemar mengutarakan soalan dan berkongsi mengenai sesuatu perkara sehingga ke details yang paling rumit dan kecil untuk dirungkaikan.

Dhia mencapai telefonnya dan segera menghantar pesanan ringkas pada Lutfan. Ada rancangan besar yang ingin diberitahu Lutfan saat ini.!

D: 'Hi Assalammualaikum Lutfan! Busy ke tuuu?'

L:
'Hey Dhia! Taklah tapi stay kat office kejap ni nak settlekan document. You?'

D: ' I dalam grab nak pergi beli barang sikit. Minggu ni I pindah rumah eh bilik. Hehehe'

L:
'Eh kenapa?'

D: 'Saje nak berdikari. Huhu. Tapi dah ada 3 housemates jugak dalam rumah tu. Takdelah I sorang tapi takdelah pack sangat. 4 je total'

L:
'Wah bestnya. Eh you ingat tak yang malam ni filem ImagiNur keluar kan?'

D: 'Aah I ingat nak tengok malam ni. Jom?'

Dhia sengaja memancing Lutfan. Ini kali keempat Dhia mencuba untuk bertemu dengan Lutfan. Tapi setiap kali ada sahaja alasan yang diberi walaupun kadangkala tidak masuk akal.

L:
'Eh takpelah. Hehe. Saya errr balik lambat petang ni. Maybe lepas maghrib baru sampai rumah'

Dhia tahu Lutfan masih bujang dan tidak mempunyai teman wanita walaupun Lutfan tua 2 tahun dari Dhia kerana kawan baik Lutfan di universiti—Zul.

Zul saat ini juga bekerja di syarikat yang sama dengan Lutfan. Jadi kadangkala jika ada apa apa yang terlintas— Dhia akan terus bertanya pada Zul.

D: 'I dah beli 2 tiket online pukul 9pm dekat IOI. I tunggu okay? Hehe. Bye'

Dhia tekad. Dhia ingin bertemu dengan Lutfan. Lutfan banyak membantu memberikannya semangat selama dua tahun yang gelap ini. Sekurang-kurangnya mereka perlu bertemu walaupun sekali. Banyak yang Dhia ingin katakan kepadanya.

Pada awalnya, Lutfan seakan tiada masalah untuk berjumpa dengannya, malah Lutfan sendiri menyatakan bahawa muzium sesuai menjadi tempat pertemuan pertama mereka, namun apabila Dhia seakan serius, Lutfan pula cuba mengelak.

Mereka bukannya duduk di negara berlainan, bukan juga negeri yang lain. Masing-masing berada di kawasan Selangor/Kuala Lumpur.

Alasan yang sama diberikan Lutfan adalah tidak bersedia, segan dan tidak biasa. Namun Dhia merasakan 3 tahun adalah tempoh yang cukup lama diberikannya pada Lutfan untuk mencari ruang tetapi keputusan Lutfan tetap sama. Malam ini Dhia tekad. Mereka harus bertemu.

Dhia melihat bluetick pada pesanan yang dihantar Dhia. Lutfan tidak memberikan balasan.

Begitulah Lutfan. Dia akan senyap secara tiba-tiba tanpa memberikan penjelasan dan kadangkala hilang berhari hari malah berminggu tanpa berita jika merasa berhadapan dengan konflik.

Dhia tetap tekad. Kalau malam ini Lutfan tetap tidak datang—

Dhia harus berbincang secara matang dengan Lutfan arah persahabatan mereka. Takkan selamanya mereka bersahabat di dalam telefon?





8.50pm

Sudah hampir sejam Dhia berdiri di luar pintu South Entrance— menunggu kehadiran Lutfan. Dhia memeluk tubuhnya yang berasa dingin walaupun telah dibaluti dengan sweater Hardrock berwarna coklat cair. Kelihatan hujan renyai di luar masih tidak menunjukkan untuk berhenti sejak petang tadi.

'Takkanlah Lutfan sanggup biarkan aku kat sini sorang-sorang?' Dhia membelek tiket wayang onlinenya. Lagi 10 minit cerita ni akan bermula. Dhia membuat keputusan untuk membeli tiket ini pada petang tadi antara sebabnya adalah kerana Lutfan sangat teruja sebulan sebelum cerita ini ditayangkan—
hampir setiap hari dia akan berkongsi video potongan scenes filem dari Imaginur.

Namun pada malam ini. Mungkin sekali lagi Lutfan tidak akan hadir.

Dhia berlalu ke arah wayang. Ditangannya membawa 2 bekas air coke dan dua bekas popcorn. Suasana gelap menyelimuti seluruh ruang, hanya diterangi oleh pancaran samar-samar cahaya yang memantul dari layar besar di hadapan. Suhu sejuk menyusup ke setiap celah jemarinya.

Dhia duduk di antara deretan penonton yang penuh sesak, namun masing-masing terbenam dalam dunia filem yang sedang dipertontonkan, sementara bunyi halus dialog dan muzik dari layar bercampur dengan desiran halus nafas orang ramai.

Ketika cerita berkembang, tawa kecil atau bisikan kadang-kadang terdengar, tetapi semuanya bagaikan jauh, kabur oleh perhatian Dhia yang hanya terpusat pada satu kerusi kosong di sebelahnya.

Kerusi itu sepatutnya untuk Lutfan—kosong. Beg oksigen diletakkan pada kerusi tersebut. Setiap kali Dhia melirik ke arahnya, kesedaran bahawa Lutfan tidak akan hadir menusuk lebih dalam.

Waktu terus berputar, cerita di layar terus bergulir, namun dalam hati Dhia, cerita yang diinginkan tidak akan pernah bermula.

ImagiNur benar-benar sebuah filem yang sarat dengan nilai tersirat. Sebuah filem yang mengolah mengenai trauma dan kesihatan mental dengan sangat baik walaupun jalan ceritanya agak berat.

Sepanjang filem itu beberapa kali Dhia menyeka air matanya ditambah pula dengan keindahlan lagu OST filrm berkenaan—

Hasrat nyanyian Amir Jahari.

Satu jam setengah berlalu, filem juga telah tamat— Lutfan masih membisu. Tempatnya masih kosong. Tiada sebarang mesej diterima.

Namun—
dari filem tersebut, Dhia boleh membayangkan situasi Lutfan juga antara manusia yang masih berperang dengan masalah jiwanya, namun Lutfan masih tidak bersedia untuk mendapatkan bantuan yang sewajarnya menyebabkan Lutfan sukar untuk berkomunikasi seperti saat ini.

Lutfan hanya diam. Hilang. Dan akan kembali setelah dia bersedia tanpa memberitahu apa-apa sebelum hilang. 3 tahun ini beginilah corak dan kitaran yang Dhia perhatikan.

Malam ini adalah malam yang terakhir. Dhia harus berbincang dengan Lutfan. Sudah pastilah hatinya kecewa apatah lagi melihat satu set air dan popcorn yang tidak disentuh langsung itu menambahkan lagi kecewa pada hati Dhia.

Pada Dhia—
Lutfan yang tua 2 tahun darinya seharusnya lebih matang dan boleh berbincang dan berterus-terang jika tidak mahu hadir. Bukannya senyap dan hilang begini.

Kesejukkan angin malam ditambahi dengan hujan lebat dirasakan hingga ke tulang. Dhia memperkemaskan posisi beg oksigen dibahunya agar lebih selesa. Jam menunjukkan pukul 10 malam dan kelihatan ramai juga manusia yang masih menunggu untuk pulang.

Dhia segera mencapai telefonnya. Cuba menenangkan dirinya dari segala emosi dan menghantar mesej pada Lutfan.

DHIAWhere stories live. Discover now