23 | Perah pad?!

34 0 0
                                    




"KEPADA SEMUA PELAJAR ASPURI SAYA BAGI 15 MINIT UNTUK TUKAR BAJU PREP. KUMPUL DI DEPAN BLOK TENGAH. SIAPA LAMBAT SIAP!"

Suara Kak Syiqin bergema di dalam surau. Corong speaker seakan bergetar mengikut frekuensi suaranya yang nyaring. Pelajar-pelajar perempuan yang masih berbaki di asrama kecut perut. Nahaslah jika mereka tidak hadir. Senior mesti akan lakukan hitungan mengikut dorm. Pasti ada hal besar sehingga nada suara Kak Syikin cukup marah dan mereka semua dipanggil selepas waktu Isyak dan bukannya selepas waktu prep seperti kebiasaan.

Masing-masing keluar dari pintu lima dan enam, pintu khusus untuk saf wanita di surau itu. Masing-masing segera mencari kasut bagai tikus keluar dari lubang. Dalam kegelapan ruang luar surau, mereka asal boleh sahaja menyarung kasut dan berlari ke arah dorm.

Pelajar ASPURA hanya tersengih di dalam surau. Sekumpulan lelaki aspura yang nakal diketuai Farouq tidak berganjak dari beranda. Mereka menanti dengan sabar sambil menyeringai. Mereka tidak mahu terlepas adegan kekalutan pelajar perempuan. Pasti selepas ini ada drama lebih hebat!

"Thea cepat lah weyh! Semua dah ada kat bawah tu!"Jerit Nurul yang masih kelibut menyarung tudung bawal hitamnya yang disangkut di birai katil.

Dorm 3-12 atau Dorm Ummu Aiman mulai hingar-bingar. Itulah dorm paling malang jika berlaku apa-apa. Sudah lah jauh di hujung, malah berada ditingkat yang paling tinggi. Boleh tercabut nyawa hendak sampai ke surau dalam baki masa 5 minit yang tinggal.

"Mana stokin hitam aku TOLONGGG..." Athea kebingunan mencari stokinnya di dalam kekalutan.

Kelihatan selautan pelajar perempuan sudah berada di dataran. Dataran yang tadi malap kini sudah cerah dengan lampu limpah. Kekalutan yang tadi dari surau, kini berjangkit pula ke dataran.

Pelajar berpakaian t-shirt lengan panjang kuning terang sudah terkocoh-kocoh berbaris mengikut dorm masing-masing. Mereka adalah pelajar junior ASPURI. Beberapa pelajar perempuan memakai tshirt berwarna maroon gelap membentuk titik-titik rawak dalam barisan mereka. Mereka pula adalah pelajar form 5 atau super senior. Suasana semakin bingit apabila senior mula menjerit countdown.

Sepuluh.

Sembilan.

"Nurul cepattttt!!" Jerit Thea di hadapan pintu bilik sambil menggenggam stokin pada dua belah tangannya. Tidak sempat mahu pakai stokin, saat ini antara hidup dan mati!

Nahas. Senior sudah dibawah sedangkan mereka masih dalam dorm lagi!



***



"Mana minah dua ekor tu tak sampai lagi ke?" Ayra membulatkan mata ke arah Dhia. Dhia menjongketkan kedua bahunya sambil matanya melilau mencari kelibat dua orang sahabatnya masih tidak kelihatan dalam celahan ASPURI.

"Enam!"

"Lima!"

Hitungan dilakukan dengan nyaring. Dataran Indra yang tadinya bagai pasar ikan kini senyap. Hanya senior sahaja yang berani bersuara. Pelajar junior masih tertanya-tanya apa salah mereka sehingga akak senior terjerit-jerit. Dhia menggetus, kenapalah dirinya meninggalkan Thea dan Nurul tadi.

"JAPPPPPPPPPPPP!! TUNGGUUUU TOLONG TOLONG!" Jerit Athea berkaki ayam sambil memegang stokin dan kedua kasutnya. Dia berlari dari aras tiga turun ke bawah. Semua mata tertumpu padanya. Pelajar-pelajar junior seakan kecut perut kerana tidak pasti adakah Thea sempat sampai ke bawah sebelum hitungan itu berakhir. Melihat dia terkocoh-kocoh membuatkan Ayra menepuk dahinya.

"Kenapa kau tinggal aku Dhia!" Thea menarik lengan Dhia selepas dia berjaya masuk ke dalam barisan dorm. Dhia menahan gelak. Nurul pula sedikit membongkok, mengatur semula nafas. "Macam nak mati tau!"

DHIAWhere stories live. Discover now